Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Nota untuk GAZA

Imej
Assalammualaikum warahmatullah.. Semoga kebaikan dan ketenangan milik kita semua, InshaaAllah.. Alahmdulillah hari ini mencuri sedikit masa untuk mencoret sesuatu setelah lama hanyut dalam dilema sendiri :-)  Mari kita sama-sama mohon pada Allah agar sentiasa diberi hidayah dan perlindungan menjalani liku-liku kehidupan. Hidup ini mencabar bukan? tetapi saudara kita di Palestin? saya cuba untuk berdiaolog sendirian..ya Allah besarnya ujian mereka, hidup mereka lebih mencabar apalah sangat jika dibandingkan dengan kami di sini.Mari muhasabah diri kita.. Inilah selemah-lemah iman yang kami pertahankan.  Disini.. masih ada lagi yang tidak puas melayan nafsunya.. Makan minum seperti tidak pernah cukup, hidup seolah-olah diberi hanya untuk bercinta, bebas menjajah hati kebanyakan daripada kita,  lebih suka " dating" ditemani syaitan laknatullah, bahagia dalam bercinta kononya, walhal hari-hari mengumpul dosa! kalau dikejar dunia ,memang kita tidak akan pernah puas samp

Nota senja~

Imej
Assalammualaikum warahmatullah & Salam hormat.. Semoga kita semua sihat-sihat hendaknya ^_^ Alhamdulillah kembali mencerna minda di blog usang lagi~ ok untuk nota kali ini.. terima diri kita apa adanya, baik buruk macam mana pun itulah diri kita yang mana "diri" kita inilah yang memberi warna warni kehidupan kepada keluarga, teman-teman dan semua orang disekeliling kita :-) Apa yang paling penting kita mesti terus berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa terutamanya di sisi Allah, sebab saya yakin jika kita cuba terbaik untuk Dia, pasti ianya tebaik untuk semua. InsyaAllah.. Memberi semangat kepada diri ini agar terus berusaha! Jangan mengalah! walaupun diri ini banyak cacat celahnya, tapi... dengan kecacatan dan segala kekurangan inilah yang selalu menjadi pembakar semangat untuk kita terus berusaha memperbaiki diri dan semakin dekat dengan Nya iya kan ? :-) so you are not alone!! Kita tidak tahu apa ujian yang mendatang, oleh itu persiapkan diri deng

saya Blogger~

Imej
Assalammualaikum warahmatullah & Salam hormat :) Greeting ala-ala tv3 :-D semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Nya, dan menjadi hamba yang bertaqwa, Amin~ selamat datang ke blog usang ku yang tidak seberapa ni, tadi sempat blogwalking jenguk-jenguk dan baca entri para blogger yang hebat2 belaka, bak kata orang Blogger sekarang tumbuh bak cendawan dengan macam-macam gaya! Tengok blog orang lain macam best saja kan, header pun cantik-cantik belaka, comel, dan ada daya tarikan tersendiri, iyalah..kamu kan semua hebat-hebat belaka. Blogger tegar lah katakan :-)  Hurmmm.. teringin juga mahu touch up  blog usang ku ni, tapi ada saja komitmen lain yang menunggu. Tidak sangka pejam celik,pejam celik saya sudah pun 2tahun dalam dunia blog. ada juga lah serba sedikit menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada, jadi kamu bila lagi? jangan kasi lama!  URL blog pun entah apa-apa kan, nama  blog ni pun tercipta secara tidak sengaja "anabashair" belajar gunakan bahasa arab k

Kitab Cinta kita~

Imej
Assalammualaikum warahmatullah~  Cuba menyampaikan, peringatan untuk diri sendiri dan kita semua... al-Quran , menyebutnya saja diri ini terasa lemah. Menghayati baris-baris ayatnya boleh meruntun jiwa, terasa bahagia dengannya, tenang dibuatnya.itu rahsia bagi orang yang mendampinginya, bukan semua orang merasa, hanya mereka yang terpilih! tidak percaya? boleh cuba! kalau susah, usaha sehinnga kita boleh menangis sendirian dengan perasaan yang tidak boleh digambarkan. Bangga sangat dengan orang-orang yang sangat dekat hatinya dengan kitab cinta Allah seperti anda ^_^ Doakan kami yang sedang berusaha ya! Menepis rasa tidak layak, ilmu ku cuma sedikit, lagi sedikit jika digambarkan dengan ayat "sedikit" itu sendiri!  daripada bermonolog sendirian , mari sebarkan bahagia ..ketenangan bersamanya iaitu kitab cinta Allah al-Quran :-) Sedang mencari ayat-ayat cinta untuk didikan jiwa? hah..inilah "ayat-ayat" cinta yang sepatutnya kita kaji dan pelajari. Dia tid

Kehidupan ini Indah~

Imej
Assalammualaikum warahmatullah ~ ^_^ Kembali bersuah ..walaupun tidak nampak muka :-)  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Tercinta,yang selalu Terbaik untuk kita, Penawar segala duka lara ..so sweet, Allah is the Best Ever! Berkongsi saat-saat indah kehidupan yang membahagiakan jiwa,   walaupun tidak semua faham "kehidupan" itu sebenarnya macam mana, bagaimana, sendiri mahu ingat ya! berfikir secara positif;-) terasa syok sendiri lah pulak..alaa Blogger memang selalu ada perasaan begitu. :-D  Merenung dan menyelami kehidupan sendiri memang banyak perkara yang dilalui,mengharungi saat-saat kesusahan,kemiskinan,kepayahan,kekecewaan, apabila difikirkan balik  unexpected! Jatuh bangun kita Allah tetap bersama   dan segalanya diluar kawalan. Apa lagi kalau kita cuba memahami kehidupan orang lain, pendek akal dibuatnya! Dan sekarang? Bersyukurlah..Alhamdulilah3x, Allah permudahkan segalannya dan diberi kehidupan penuh hikmah.Dalam masa yang sama mengaja

Harapan ~

Imej
Assalammualaikum warahmatullah .. Alhamdulillah, bertemu kembali semoga kita semua sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah. Tiada yang lebih penting melainkan keberkatan dan keredhaan daripada Nya. Apa yang terbaik segalanya dari Allah apalagi yang kita rasa sempurna,dan setiap apa yang menyakitkan atau menguji kita itu semua adalah kasih sayang daripada Allah. bersangka baiklah..InsyaAllah, Allah lebih Tahu mentarbiah hati dan jiwa-jiwa hamba Nya. Walaupun sudah tidak bergiat aktif dalam dunia Blog, yang kononnya sibuk walhal sentiasa mencari kesibukan diri :-D. al maklumlah bercuti 3bulan di rumah,menjadi suri rumah sepanjang masa. Huh..boleh tahan juga penatnya, walaupun rutin nampak sama saja ,tapi cabaran tu tetap ada. Waktu bekerja sentiasa berjalan mengikut keperluan. hehee~ orang cakap " Practice make's perfect ! Hidup ni memang perlukan cabaran. tak begitu kawan2? ;-)  Intro punyalah panjang :-) bercakap soal HARAPAN, siapa yang tiada harapan dalam dunia ni. set

Gembira:)

Imej
Assalammualaikum warahmatullah I'm back :) blog usangku bertambah lagi usang terbiar macam tu saja, tanpa sebarang pengisian dan perkongsian. tiada idea, dengan emosi yang tidak tentu arah urusan dunia yang tidak pernah ada hentinya. rindu sangat 'blogging'.  Biarlah syok sendiri:-D yang pasti kita semua "HAPPY". Ramadan berlalu , syawal pun beransur pulang , aisehh.. ayat!! banyak sangat idea di kepala ni sampai susah nak mengarang mana satu. hehee~ selalu buka blog , tapi setiap kali nak tulis sesuatu, 'tergantung' begitu saja. Cuti semester hampir 3bulan dan tinggal seminggu lagi untuk menghabiskan cuti. sepanjang cuti jadi suri rumah sepanjang masa, nampak mudah tapi mencabar emosi. itulah hakikatnya..walau apa pun kita kena bersangka baik, dan berfikir secara positif. InsyaAllah   semuanya akan dipermudahkan. Allah yang Tahu apa yang terbaik untuk kita.  Sesiapa pun yang menyakiti kita, kita cuba dan usaha untuk redha.Mungkin kita tidak b

Semalam dan Sekarang ~

Imej
Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah ...masih bernafas dan bernyawa lagi kita ya ^_^  Semoga dipermudahkan segala urusan dan usaha kita, Amin Selawat dan salam rindu ya Rasullah Comel kan ? :) memberi seribu makna  Entri pun belum buat, oleh kerana suka sangat Blogging mahu juga berkongsi sesuatu disini. setelah beberapa kurun ..wooahh! baru berpeluang Qiam berjemaah di masjid ^_^ bersama roomate  yang tersayang hehee~ .. jadi AJK yang tak bertauliah, sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada kami. yang kelihatan selalu Blurr :D  Luangkan masa dengan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk JIWA , Alhamdulillah bersama dengan teman serumah, mengeratkan lagi ukhwah sedia ada...berkepit macam budak kecik, ke hulu ke hilir sama2, lucu jugalah :-D Almaklumlah..merendah diri sangat konon! :-D ramai juga yang datang, termasuk budak2 sekolah, golongan VIP,ustaz ustazah ..tidak ketinggalan geng surau yang selalu menyerlah dalam majlis ilmu dimana2  ^_^ Sehati sejiwa ~ Banyak po
Bila kau pijak bumi kau lupa pandang ke langit Bila kau pandang langit kau lupa jejak ke bumi  Kau buat-buat tak tahu yang kau diperhatikan setiapa saat Tanpa ada rasa bersalah kau buat begitu  Kau lupa di mana tanggungjawab mu Kau bisukan telinga daripada pekakkan ku  Kau sedapkan hatimu dengan dosa Kau halalkan semua tanpa ada rasa berdosa Kau kata kau benar, tapi kau lupa Salahmu semakin terang Kau tidak peduli kata siapa Bentak hatimu "asalkan aku bahagia, kau siapa''

Segalanya Milik MU

Imej
Kau yang menciptakan cinta Dan Kau jua yang menghampar bahagia Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan Kau yang mengutuskan duka Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa Namun padaMu jua diadukan Merabahkan keresahan dan tangisan Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku Tak semuanya yang ku mahu... Di celah hangat nafas yang terhela Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu Terarah segala ronta dan rasa Pada damainya dakapanMu... Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu di segenap ruang rasaku Telah Kau titipkan kekuantan Oh Tuhan... By : Lirik lagu - Mestica 

Nota Hikmah bersaudara

Imej
Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera  Bertemu lagi kita ..ceah, pagi-pagi lagi blogging.lepas subuh tadi terus pergi cuci kain boleh tahan jugalah banyaknya. then sekarang tengah tunggu maggi masak..maggi kari + telur untuk breakfast :-D perghhhh... always maggi kalau sudah namanya budak Hostel memang tidak sah kalau tiada maggi.tidak kisahlah maggi brand apa pun yang penting versi maggi jugalah huhuu..~ intro yang merepek :-D  Sejak kebelakangan saya  kerap berhubung dengan seorang sahabat baru, nak dikatakan rapat tidak jugalah cuma sejak "kewujudannya'' dia membawa seribu hikmah yang tidak terhitung rasanya. Soal jodoh dan pertemuan kita tidak tahu percaturan Allah..baik atau buruk sukar dijangka dan belum tentu juga kita boleh bersedia fizikal dan mental sebab itu dinamakan Ujian. Tapi bagi ISLAM agama yang cukup sempurna ini baik dari segi  I nternal mahupun  External . pastinya Allah memberi kita panduan yang tidak tidak pernah kurang cuma mungkin pe

Notaku

Imej
Assalammualaikum wbt Sesak dalam masa sendiri..tidak tahu sibuk untuk dunia atau perjuangan untuk hari-hari kemudian ? kadang kalau rutin harian kita tidak berubah itu yang membuatkan kita rasa boring dan pandai mengeluh. iyalah buat benda yang sama setiap hari siapa tidak bosan kan? melainkan orang itu pandai mendidik hatinya..buat sesuatu aktiviti yang lebih bermanfaat didalam kelapangan masa yang ada :-) selain daripada  aktiviti "facebooking" .. " What's on your mind? " ayat inilah yang membuatkan kita selalu jadi mangsa " Wall" sendiri kan? merapu macam-macam, meluah tanpa rasa segan silu  apabila bercakap dengan orang yang "dihadapan". wahh..buat status gempak lah katakan, untuk mendapat "like" sebanyak yang mungkin ,dana-dana dosa berterusan..dari sisi positifnya memang kagum sangat dengan orang yang istiqomah dalam menyampaikan 'aya-ayat' , tazkirah, kata-kata nasihat.itulah sebaik-baiknya..biar kita selalu

Nota Cinta ^_^

Imej
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulillah ..Huh sehari telah berlalu, sayangnya Allah dengan kita sangat-sangat kan ? :')  segala-galanya free or charge (FOC) , kita ni kalau soal ''percuma'' semuanya suka ..Tapi bersyukurnya kurang. kan dah hari-hari dapat free dari Allah!   semuanya Dia bagi..sendiri mahu ingat lah kan :-) Cinta..Cinta ..Cinta...semangat cinta ..huhuu ~ Terasa jangkal pulak bila bercakap soal cinta,jesteru diri ini pun belum mengenal dan fasih soal cinta sebenarnya.Tidak kesahlah tentang cinta apa-apa pun..dengan ilmu yang sangat terbatas ni, malu juga berbicara tentang cinta adakah bahagia,gembira, kecewa dan bermacam lagi yang telah digambarkan oleh keadaan sekeliling kita.kadang rasa lucu ,sedih pun ada mendengar kisah-kisah cinta kawan-kawan yang lain.Emosi sendiri pun pernah juga..itulah kan manusia, "emosinya" tidak pernah ketinggalan.  Sesuatu yang meny

Nota Aku kesah!

Imej
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Assalammualaikum wbt & salam sejahtera  Pesan sahabat..Menulislah kerana Allah.Nabi juga ada berpesan biarlah setiap apa yang kita buat itu disertakan dengan niat yang baik ok. Noted! tiada siapa yang boleh pertikaikan itu. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri ini ..mahupun yang membacanya.InsyaAllah Diri ini baru sedar sebenarnya, bagaimana untuk menghargai orang yang ada dengan kita tanpa mengira tahap kepentingan terhadap seseorang itu.Kalau dulu saya tidak berapa   peka soal ini,buat tidak tahu..bertindak sendirian tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.apa yang penting saya buat tu betul dan tidak melanggar hak-hak orang lain.selalunya kalau kita tidak rapat atau tiada urusan dengan seseorang tu,secara automatiknya komitmen untuk ambil berat tu agak kurang. selalunya macam tulah kan.  Bertapa kita tidak sedar bahawa setiap orang yang berada disekeliling kita itu adalah tanggungjawab yang

Rajin juga buat Nota

Imej
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Speechless.. orang putih cakap, tiada perkongsian yang menarik hati kali ini.Tajuk entri pun belum ada lagi, semangat si kawan blogging tengah-tengah malam :-D  Andai saja disini boleh berkongsi dari hati ke hati, dihambur segala cerita dalam kepala seperti penulis-penulis cerita sensasi..apa yang difikir, apa yang dirasa segala dihujung mata pena versi canggih kini. Astagfirullahalazim...memang menusuk kalbu zikir terapi versi Hafiz hamidun. Sangat baik untuk terapi hati bila-bila masa dan tidak bosan pun kalau dengar sepanjang masa, tidak percaya ? boleh cuba sendiri,kalau tidak ngam dihati ..sah memang ada yang tidak kena tu:-) Apabila kita berhenti berfikir seolah-olah hati pun terikut sama, walaupun bukan semua orang begitu kan..  ok ;-)  semoga terus istiqamah untuk menjadi " positive thinker" . InsyaAllah kita boleh perbaiki diri dari masa ke semasa dan menghargai setiap orang yang bersam

Nota oh kawan!

Imej
Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera Menunggu masa lapang walhal kita tidak pernah berusaha untuk melapangkan masa yang ada untuk diri sendiri ,keluarga mahupun orang sekeliling kita..Alhamdulillah dengan sesuatu yang telah selesai. kita masih dipermudahkan Nya ..walau dimana saat kita terlupa, lalai seketika atau buat tidak tahu tentang soal semua itu ..Wallahualam Melakar sesuatu hanya dengan angan-angan kosong..hanya lakaran semata-mata, apa-apa benda pun tidak akan menjadi, benar bukan? bermonolog sendirian ..sudah lama tidak meluangkan masa untuk menulis sesuatu di sini. perkongsian itu satu kepuasan. tidak kesah lah orang baca atau tidak kan :)  Datang sebagai tetamu dialu-alukan :-) semoga memperoleh sesuatu yang bermanfaat disini.iya nota-nota kehidupan yang ada dalam blog ini banyak sangat tersirat sebenarnya, sebabnya saya bukanlah seorang yang suka meluah sama ada disini atau facebook sekalipun.Blog usang ini hanya sekadar cernaan minda dan dialog hati antara dir

Waras!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Lidah ku keluh, hati membisik bermcam-macam rasa dan prasangka.kerisauan selalu ada bagaimana mendidik untuk tulus ikhlas dan sentiasa mencari redha Allah. fikiran seakan-akan buntuh walau ujian yang datang tidak sehebat orang diluar sana. rasa syukur itu kadang tenggelam timbul..setiap gerak langkah ku penuh dengan tanda tanya, apa sudahnya kehidupan ini. memang sangatlah rugi apabila kita selalu mengaudit kehidupan orang lain berbanding kehidupan diri sendiri. Langkah terasa longlai..kosong, iya..perhatikanlah kuasa Nya,perbanyakkan lah ingat hari mati mu! di kubur nanti apa bekal yang kau bawa! Astagfirullah...mengetuk pintu keimanan sendiri. pasti jiwa ini kekosongan daripada santapan rohani yang sepatutnya di'refill' setiap masa. mana tidaknya..terkejar sini sana memenuhi kehendak dunia. Jiwa  "HAMBA" itu dibiarkan kosong, airmata tergadai begitu saja untuk sesuatu yang tiada manfaatnya..kenapa??? hati

Nota fikir!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W Baik! semoga dipermudahkan jalan untuk ke situ, insya'Allah. Kalau kita mahukan lebih baik tingkatkan kualiti terhadap diri sendiri terhadap semua perkara, termasuklah 'nilai' kita terhadap insan-insan yang berada di sekeliling.maksudnya bagaimana aku boleh bermanfaat kepada orang lain? nampak mudah tapi banyak cabarannya  dan paling penting saya rasa adalah soal ketakwaan kita kepada Allah, iya kan? :-) Keinginan untuk berubah memang sudah lama,tapi prosesnya bukan mudah. kesukaran menghadapi apa saja yang berada di hadapan,terlalu banyak kemungkinan dan kita sendiri tidak pasti.itulah qada dan qadar yang sepatutnya kita terima.bagaimana menyiapkan diri kearah itu? ya Allah terasa sangat kedaifan ini,Alhamdulillah Dia bagi peluang. berharap, percaya dan bersangka baik pada Nya. insya'Allah hati akan lebih tenang. Menukar 'kebiasaan' i

Kerana Hati Badan Binasa

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ^_^ senyum untuk diri sendiri ..untuk anda yang membaca juga. Assalammualaikum..& salam sejahtera Sudah lama tidak mencoret apa-apa berita dan cerita disini, menjadikan blog ku bertambah usang, nama pun blog usang!  blog ini salah satu alternatif untuk aku mengenal diri sendiri dan memahami kehidupan yang serba canggih kini, boleh kenal blogger yang hebat macam anda ..cewaaahhh, saya memang suka bercakap tapi tengok orang dan tempat juga lah kan cuba belajar untuk biasakan diri hidup dalam beretika dan berhikmah macam Rasullah kan ? ;-) ehee..share apa-apa pun yang boleh buat hati orang senang. dan saya jumpa dunia blog ni. best juga kan ..menulis syok sendiri :-D tapi itulah..mesti beringat, apa pun yang kita buat semuanya 'dicatatkan'..so sendiri mau ingat, catatan yang baik kah or buruk ? ^_^ Hati oH Hati.. scan hati sendiri..apa khabarnya hari ini?sebab seketul daging ni lah merosakk

Mencari

Bismillahirahmanirrahim Kesempurnaan sesuatu memang agak mustahil.. tetapi kita boleh memilih jalan yang terbaik untuk meraih segala impian cuma perlu sentiasa beringat tiap sesuatu ada ujian yang bakal ditempuh. kepercayaan ,kejujuran, dan pengharapan terhadap manusia selalu menjadi sia-sia Kesedihan memang sukar dipadam tanpa kekuatan iman kepada siapa aku letakkan pengharapan? disitu aku silap.. apabila sudah merasa sakit baru dicari sang kekasih abadi. tunduk malu pada janji-janji yang terdahulu. Kini aku kembali lagi, pengharapan sudah diletakkan pada yang selayaknya semoga hati ini bertemu kepada sang cinta Nya. Dialah juga Pemilik segala penawar kesakitan dan kedukaan setiap insan. Hadirlah Cinta pertama!

Tiada kata

Imej
Saat hati dikaburi oleh keindahan pandangan mata.. Yang hanya sementara ,kita selalu alpa oleh dunia.. Begitu sukar lepaskan nikmatnya, kenapa begitu mudah kita mendustakan Nya Dengan kebesaran zat Nya padahal kita yakin bahawa Dia semunya boleh! Tapi kenapa masih lagi berpura-pura buta Saat itu akan tiba Kenikmatan akan hilang  Semua itu akan tinggal bayangan Dengan siapa kita akan pulang  Air mata berlinangan ,tanpa henti.. Dosa itu sukar dipadam tanpa TAUBAT dan KEAZAMAN!