Kerana Hati Badan Binasa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
^_^ senyum untuk diri sendiri ..untuk anda yang membaca juga.
Assalammualaikum..& salam sejahtera
Sudah lama tidak mencoret apa-apa berita dan cerita disini, menjadikan blog ku bertambah usang, nama pun blog usang!
blog ini salah satu alternatif untuk aku mengenal diri sendiri dan memahami kehidupan yang serba canggih kini, boleh kenal blogger yang hebat macam anda ..cewaaahhh, saya memang suka bercakap tapi tengok orang dan tempat juga lah kan cuba belajar untuk biasakan diri hidup dalam beretika dan berhikmah macam Rasullah kan ? ;-) ehee..share apa-apa pun yang boleh buat hati orang senang.
dan saya jumpa dunia blog ni. best juga kan ..menulis syok sendiri :-D
tapi itulah..mesti beringat, apa pun yang kita buat semuanya 'dicatatkan'..so sendiri mau ingat, catatan yang baik kah or buruk ? ^_^
Hati oH Hati..
scan hati sendiri..apa khabarnya hari ini?sebab seketul daging ni lah merosakkan seluruh badan. kalau baik hatinya insya'Allah baik jugalah orangnya ..iya kan :-)
itu yang kena jaga 'hati' sebaik mungkin, kalau hati dalam keadaan tidak baik memang tidak baik untuk kesihatan , macam-macam boleh terjadi pada kita. semuanya bakal tidak terkawal.
Kalau kita cuba perhatikan, insan-insan sekelililng kita boleh menerangkan bertapa bahayanya kalau 'hati' ni kalau tidak terjaga.walaupun bukan 'ahli' tapi saya boleh yakin hadis ni terang dan jelas maksudnya..budak-budak pun boleh faham! tidak perlu hurai panjang-panjang pun..kita sudah menilainya sendiri.
Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
Ya Allah Engkau lindungilah hati-hati kami.
berusaha untuk positifkan diri..manusia ni macam2 ragam, termasuklah orang-orang kita sayang kan, so pandai-pandailah handle hati sendiri. bila-bila masa pun mereka-mereka ini menyakiti kita, baik sengaja atau tidak. walaupun sakit sangat..
saya belajar untuk berserah ..pada Mu ya ALLAH. You the only my hope! :-)
semoga kesihatan hati kita semua terjaga ^_^
tidur lewat pun boleh merosakkan hati dan otak! hehee..
Wassalam
Ulasan