.

.

Archive for 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Teruskan Melangkah..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Bismillahirahmanirrahim..

segala puji bagi Allah kekasih yang paling agung , awal dan akhir..
selawat dan salam buat nabi junjungan..Nabi Muhammad SAW..

intro yang menarik...^_^
bukan apa..biasakan diri untuk aku lebih mengingati Nya..
dan semaikan rasa cinta dan sayang kepada kekasih Nya juga..

sekarang semua orang tidak sabar2 menyambut tahun baru..
lumrah kehidupan semua orang..memang begitu lah kebanyakan kita..
sibuk dengan membeli belah..ada pula yang cuti2 malaysia:-D
Bertuahnya orang malaysia..semuanya berbahagia...

di lorong2 kehidupan tidak juga semua yang merasa 'bahagia' itu..

tadi pagi saya dengar radio ikim..setiap hari rabu,bersama Prof Dr Muhaya
setiap hari rabu memang on ikim...alhamdulillah sedikit sebanyak membantu..
memang best..dapat banyak motivasi, untuk menjadi 'insan' yang hebat, hamba yang cemerlang ...'how to be a good person' ..dan banyak lagi..


Tahun baru itu hanya 'angka' semata-mata..
niat dan azam baru..kita boleh lakukan setiap hari..:-)
selepas kita bangun pagi..niat untuk jadi seorang yang sentiasa menyumbang kebaikan kepada semua orang..tidak kira dimana kita berada..








sendiri-sendiri..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

3 hari dah aku sakit ..terpaksa juga pergi kerja..
batuk2 lagi..memang tidak selesa..berdepan lagi dengan ramai orang..
tahan2 jak lah.. makan ubat pun jadi mengantuk..
kena tangguh makan ubat lepas waktu kerja jak ^_^..


ada 5 hari lagi sebelum menjelangnya tahun baru..
bagi aku memang tiada apa pun yang istimewa tahun baru ni..
cuma letak satu harapan ..harap2 boleh sambung belajar..
dan..kalau boleh,perbaiki segala kelemahan dalam diri ini ..
insyaAllah..


macam2 tekanan ada..kadang2 terfikir mau berhenti kerja..
emm..siapa tanggung aku belajar nanti pula??:-( huhh...
astagfirullahalazim....apa nak jadi dengan aku ...
kemarin sibuk gila2..solat pun tidak sempat..
patutlah macam ada yang tidak kena dengan "hati" ni..


'tepuk dada tanya iman'....


begini lah kalau sendiri2...




posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Ada 15 hari lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan di tahun 2010..
apa yang berlaku kemudian hari .hanya Dia yang tahu..

soalan buat ku :
:: tercapaikah sudah matlamat utk tahun ini?
:: apa kebaikan yang aku telah lakukan sepanjang tahun ini?
:: bagaimana khabar iman ku ?menaik kah or menurun?
:: dimana kau habiskan masa mu selalu?
:: apa kebaikan yang aku perolehi melalui 2010?
:: apa sudah ilmu yang aku dapat?

 ..Rasanya ada byk lagi persoalan..untuk aku..cuma perlu di ingatkan


Huhh..dalam tahun ini, banyak kisah hidupku yang tersirat ..
tidak mampu diungkapkan dengan kata2..
terlalu perit melalui liku-liku kehiudpan ..
tapi nikmatnya tetap ada..
yang paling penting di mana tempat kita berpaut :-)...


masih kah ada masa untuk aku di hari-hari akan datang..?
apa yang akan berlaku seterusnya..Allahualam ..


dari 5 january aku mula bekerja sehingga ke hari ini..
tidak lama lagi genap sudah setahun..
aku masih jauh dari cita-cita dan impian ku..
masih terkapai2 menanti hari2 yang menggembirakan..
entahlah..bila hari itu akan tiba..


masih ada peluang untuk aku ??
sedihnya bila ada kawan yang mula berputus asa
tak pa ..kena teruskan juga..insyaAllah pasti ada jalan kepada sesiapa yang berusaha..
bertawakal kepadaNya..


aku kena bersedia untuk menempuh hari seterusnya..
di sini lah segalanya terluah..
tidak perlu meminta simpati dari siapa pun..
rasanya lebih selesa disini..dari "berkampung" dekat FB
ini blog aku..juga aturan ku..yeaaahhhhhhhh^_^



Creative FooD Design


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

saja nak berkongsi pasal makan-makan ni..hehee..

memang nampak sedap ..rasanya dkt malaysia dimana boleh cari makanan macam ni???
memang unik..


Ciut..( sesuai utk bekal ke sekolah) :-D

Macam tak sampai hati nak makan.....

Bekal puntuk si kecil...

rasanjya ada peluang kah makan makanan macam ni??? hehee..


nasi bangau ..hahaha...

yumm yumm,..

creative design food..

saja..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

sebelum balik kerja..sempat lagi jenguk blog kejap..
masih mau study banyak benda..sekarang ni..
aku selalu sorang2 ..kesian kan..


paling sakit bila bergelut dengan masalah ..
sorang pn tiada dengan aku..
huhh..hanya Allah yang tahu..
ku berserah kepadaNya..
disebalik kesakitan ada kesyukuran ..^_^
sebab Allah tidak akan uji aku kalau aku tidak mampu..


xpalah nnt sambung esok..or kat rumah jak..
slmwrhm2lh..

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


Rawatlah Hati Kita


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



"Orang perempuan ni aurat dia dari mana sampai kemana?", tanya seorang kakak naqibah pada adik-adik usrahnya. Salah seorang adik usrahnya tertunduk diam. Malu.
Dia tahu kesalahannya yang sering memakai pakaian yang agak ketat, menampakkan bentuk tubuhnya. Dia sedar akan kesalahannya, dan walaupun dia masih belum berubah, namun Alhamdulillah dia mempunyai ramai kawan yang sanggup menegur kesalahan itu. Kesalahan jelas, yang tampak di mata manusia lain.
Seorang naqibah lain pula, lengkap menutup aurat, berstokin tangan, stokin kaki,sedap di pandang mata. Ketika usrah sedang berjalan, dia menarik stokin tangannya sedikit ke depan. Terdetik rasa bangga dengan prestasi dirinya.
'aku wanita yang baik, tak ramai yang mampu menutup aurat sebaik aku,'bisik si syaitan yang durjana.
Usrah tetap berjalan seperti biasa. Tiada yang mampu menegur lintasan hati si naqibah, Tiada yang tergerak untuk memberinya peringatan. Dia terus dianggap 'sempurna' oleh adik-adik usrahnya. Walaupun dia juga melakukan dosa. Namun kesalahannya tersembunyi, tak mampu dilihat oleh mata kasar manusia!
Lalu kesalahan mana yang lebih membahayakan?
Kalau si adik usrah, dia masih boleh ditegur oleh manusia yang melihat dan menyayanginya. Tetapi si kakak naqibah, berkemungkinan besar terus menerus lalai dengan 'kebaikan' dirinya yang tiada nilai di sisi Allah taala.
Naudzubillah..

Itulah bahayanya riya' dan ujub!
Melakukan sesuatu bukan keranaNya, tetapi kerana pandangan manusia
dan perasaan bangga pada diri sendiri. Penyakit hati sangat bahaya kerana ia kadangkala berlaku tanpa kita sedari..

Kita yang sering memberi tazkirah di kalangan rakan-rakan, mampu menyebabkan terdetik rasa 'hanya akulah yang paling layak memberi nasihat'
Kita yang sering mendapat markah tinggi dan pujian lecturer, menimbulkan rasa 'akulah yang paling hebat dan pandai'
Kita yang sering bangun paling awal dipagi hari, menyebabkan rasa 'akulah yang paling baik antara yang lain' dan banyak lagi detik-detik hati hasil dari bisikan syaitan.
Syaitan itu bekerja dengan sangat licik dan halus!
Tanpa kita sedari,ia mempermainkan hati dan keihklasan niat kita. Maka waspadalah!
Seringlah menjaga hati dari penyakit-penyakit yang mampu membankrupkan kantong pahala kita.
Ingatlah kata-kata Allah taala,
"Katakanlah Muhammad, apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaiknya" [Al-Kahfi: 103-104]
Moga kita tidak tergolong dalam mereka yang sia-sia amalannya.

iluvislam.com

::::All About Life:::: LG mobile 1Borneo


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

::::All About Life:::: LG mobile 1Borneo

Siapalah aku..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Disebabkan aku dengan dunia sendiri..
aku banyak luangkan masa dengan sufting jak..
masa kerja..tetap dengan kerja..

Memang rasa terasing sangat2..
kesian..kesian dengan diri sendiri..
bukan aku tiada kawan.banyakkk..tapi seorang sahabat tu yang payah dicari..

Ada orang..dia datang bila ada masalah..
tapi best juga bah tolong2 kawan ..tolong orang..
walaupun aku bergelut dengan masalah sendiri..
Hanya Allah yang tau..

aku cuba kuat dan yakin
Allah bersama hambaNya sabar dengan ujian :')
Huhh..beginilah kalau orang tengah emosi,..

tadi tanya2 lah dengan kawan..bila kita ble kuar lepak sama2 ni??^_^
sedihnya..dapat jawapan " alim sangat bah kau ni , tu yang payah bawa jalan.."
hahahaa...tidak layak pun kena bg title begitu..jauh sekali..
salah kah ingat mengingati antara kawan..
bila jalan jangan tinggal solat..
emm..jaga2 lah imej tu sikit..

tapi sekarang..memang payah cari kawan ble 'jaga' iman sama2 kita..


memang begitulah lumrah orang disekeliling ku..
biarlah mereka berbahagia di dunia sendiri..
aku tetap disini..dan akan sentiasa disini..


menunggu saat2 ..dimana aku akan pergi ..^_^
selepas ini..


Salam..




Game addicted


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



arrgghhhhh.............
sakit kepala layan game sepanjang hari ni..
lepas PSP..Main PC game..
huhuuu..boring gila kat tmpat kerja..


Sekarang tengah tunggu habis download "call of duty"
hehee...
emmm...sebenarnya...
tak juga sampai ketagih game..
layan sekali sekala..release tension..:-D


tapi...kalau jumpa game best2..hurmmm..mmg gila jadinya
depan laptop jak..
heheee...
game2 juga..tapi aku jaga juga bah waktu solat..
nnt kena marah hehee..


Gaming is not a Crime..
memang lah ..tapi awas..!!boleh melekakan hehee..
lebih2 lagi kalau tak pandai kawal diri memang jadi ketagih..
pandai2 lah urus masa sendiri..


emm..aku bukan ulat buku..tapi ulat IT
tetttttthh........
ada banyak lagi belum xplore ni..
kena cari sifu dulu..^_____^

coret-coret


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Mud xbgs hari ni..semua xkena..

tmpt kerja..emm d rumah..sakit mata-_-
konflik jiwa ,perasaan, emosi...semua lh..

emosi sikit aku sejak kebelakangan ni..
rasa macam mau jmpa kaunselor plak??
try bertahan dlu..
dekat2kn diri dengan Allah..insyaAllah semuanya ok!!!


Dalam kepala ku ni..aku mau sambung belajarrrrrrrrrr.......
huhhh...hidup tiada motivasi,beginilah jadinya..

Cuti sekolah dah bermula..
pening kepala ku ..tengok org semakin ramai d 1B ni..emmmm bdk2 sekolah hurmmm..bkn main lagi..
bersesak2 ke panggung..ke hulu ke hilir..
berkasih mesra.. muslim ke non muslim ke..
kdg2 susah nak dibezakan..


aku ni..mengarut..
sebenarnya kboringan..duk sorg2 dpn laptop..
tasya blk awal pla hari ni..
blog ni je lah teman setia..huhuuu..

rindunya aku...aduiii...
bertuah pnya org..^_^ sapalah yang dirindu ni..
kesian...padahal tdk kna pduli punnn..

Apa aku merepek ni......
tettttttttthh....
wrong turn..

ada 1jam lagi mau pulang..
huh..hujan lagi..redah jak lh..
k smpi cni saja lah crita coret2 utk hari ni..

Assallammualaikum wbt..





Buatlah..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

buatlah apa kamu suka..
buatlah apa yang kamu rasa buat kamu bahagia..
buatlah apa pun yang buat boleh gembira dan tersenyum..
buatlah apa yang terbaik untuk kamu..
buatlah jika itu buat kamu sihat dan dekat dengan tuhan
Buat lah....



Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.
"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )
Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya  Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

SABAR..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Sabar itu lah perlu dipertahankan..
bila kau terasa sakit di hati.macam2 boleh berlaku 
diluar jangkaan..sebab kita bertindak diluar kewarasan fikiran..

Bila seseorang itu di tempat yang selalu 'bersabar'
dia akan selalu anggap dirinya yang betul..
cukup hebat dari segala ancaman emosi orang sekelilingnya..
padahal hakikatnya makan diri sendiri 
kalau kita bersabar bukan dijalan sebenar2nya..

Fuhh..
sukarnya memahami akal manusia..
yang tidak pernah puas..
buatlah apa2 pun..
tapi satu benda kita kena ingat 
betulkah Allah meredhai segala perbuatan kita ?
yang kita rasa apa yang kita buat itu adalah 'betul'????
Tapi agama Allah cukup sempurna..tiada tolok bandingnya..
Sendiri ingat apa yang perlu dibuat..

Cukuplah sempurna bagiNya..
tidak perlu mengharap pandangan dan kebaikan pada manusia yang lain
Dia yang atur semua kehidupan kita sebagai Hamba kepadaNya.
kebanyakannya manusia tidak tahan dengan tekanan..
lebih2 lagi ada permasalahan yang timbul melibatkan
hati dan perasaan..

kita harus akui ..
kita punya kelemahan sendiri..
tidak perlu sombong untuk pertahankan ego
tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
kecuali seorang yang bernama kekasih ALLAH

Walau kita tidak sempurna sepertimana yang kita inginkan
kita masih lagi boleh untuk menjadi seorang yang lebih baik..
yang boleh berbakti kepada orang2 sekeliling kita
dan untuk agama dan bangsa kita 
yang paling penting menjadi yang terbaik untuk diri sendiri..




Dari HATI...


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments




Ya Allah berikan aku kekuatan ..
disaat ku di uji..akan ku selalu ingatkan diri
bertapa indahnya kasih sayang Mu..

Semoga sakit ku membantu aku mendekati Mu
Namun disebalik  ujian Mu..
Aku tetap merasa syukur..
Bahagia dalam kesakitan^_^
disamping orang tersayang..
Walau aku tak sehebat 
Hamba2  soleh  yang lain..
Tapi aku cuba yang terbaik menjejak 
Kasih Mu..

Terima kasih buat sahabat2 yang membantu..
yang nyata atau di alam maya..^_^

Semoga aku diberikan kekuatan


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Semua orang mengiginkan kehidupan yang bahagia..
Gembira,tenang, dan kesempurnaan

Hidup aku tidak seindah orang lain...
Tapi satu perkara yang buat aku kuat..
Ada insan lain lebih berduka,menderita,sengsara ..
Jika dibandingkan dengan hidup aku sekarang

Buat apa yang ALLAH suruh
Jangan buat kalau ALLAH tidak suka..
Sayang semua Makhluk ALLAH..
Sayang semua orang..

Kalau hidup ini untukNya
Hati tidak akan pernah  kecewa..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments




Di mata nampak mudah..
hakikatnya berbeza apa yang di rasa..
Hidup kita berbeza-beza
cuma kita yang menentukan baik buruknya


Jika ketika ini..
kita mampu senyum dan ketawa..
Bersyukurlah..
Mungkin ketika ini ada orang yang terpaksa berduka
dengan pelbagai musibah
Jauh lagi berat penderitaan atau 
kesakitan yang ditanggungnya


Janganlh berduka ..
ingatlah semua yang indah 
apa yang Dia bagi dgn kita
kenapa perlu kecewa bila diuji 
untuk seketika...





Mustahilkah untuk membuat perubahan?


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.