.

.

posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Ada 15 hari lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan di tahun 2010..
apa yang berlaku kemudian hari .hanya Dia yang tahu..

soalan buat ku :
:: tercapaikah sudah matlamat utk tahun ini?
:: apa kebaikan yang aku telah lakukan sepanjang tahun ini?
:: bagaimana khabar iman ku ?menaik kah or menurun?
:: dimana kau habiskan masa mu selalu?
:: apa kebaikan yang aku perolehi melalui 2010?
:: apa sudah ilmu yang aku dapat?

 ..Rasanya ada byk lagi persoalan..untuk aku..cuma perlu di ingatkan


Huhh..dalam tahun ini, banyak kisah hidupku yang tersirat ..
tidak mampu diungkapkan dengan kata2..
terlalu perit melalui liku-liku kehiudpan ..
tapi nikmatnya tetap ada..
yang paling penting di mana tempat kita berpaut :-)...


masih kah ada masa untuk aku di hari-hari akan datang..?
apa yang akan berlaku seterusnya..Allahualam ..


dari 5 january aku mula bekerja sehingga ke hari ini..
tidak lama lagi genap sudah setahun..
aku masih jauh dari cita-cita dan impian ku..
masih terkapai2 menanti hari2 yang menggembirakan..
entahlah..bila hari itu akan tiba..


masih ada peluang untuk aku ??
sedihnya bila ada kawan yang mula berputus asa
tak pa ..kena teruskan juga..insyaAllah pasti ada jalan kepada sesiapa yang berusaha..
bertawakal kepadaNya..


aku kena bersedia untuk menempuh hari seterusnya..
di sini lah segalanya terluah..
tidak perlu meminta simpati dari siapa pun..
rasanya lebih selesa disini..dari "berkampung" dekat FB
ini blog aku..juga aturan ku..yeaaahhhhhhhh^_^