SAHABAT BLOG IINI

0

My Akak

Bismillahirrahmanirahim..


Assalammualaikum warahmatullah..


Sudah lama mahu buat entri untuk orang ni sebenarnya, tapi setiap kali mahu cakap pasal benda ni mesti sangkut di mana-mana hehee~ 
semalam terbaca entri Top blogger Malaysia  Kak fatin. pasal sister :D Blogger mana yang tidak kenal Fatin Liyana kan?? ^_^


Tengok...Nak taip benda lain sebenarnya, melencong lagi..huhuu~ 
tidak tahu mahu cakap apa sebenarnya..speechless orang putih cakap.


Pendek cerita macam ni ..sejak dari kecil lagi aku teringin sangat ada seorang kakak , aku ada hanya 2 orang abang  satu ni mamat poyoh seorang lagi mat rock :D  yang  dan selepas 5tahun jadi anak bongsu, adik aku yang comeloteh dilahirkan hahaa :D 19 Mei sehari selepas hari jadi aku 18 Mei :-) jadilah aku anak tengah. yang selalu menjadi mangsa keadaan hukhuk~ (",) ragam adik beradik kan biasalah tue..


Mengenang zaman kanak-kanak ku dulu huhuuu~ selalu sangat jadi bodyguard kakak sepupu ke hulu ke hilir..tapi bila dah diorang kawin..dah tak rapat macam dulu lagi, ialah orang dah jadi bini orang :-D Aihh..agak susah kalau mengayat panjang2 kan  hahaa..:D
itulah orang selalu cakap blogger ni selalu syok sendiri ehehee~ ketawa sopan :-D  memang failed bah aku bab mengayat ni..


Allah itu Maha Mendengar, pastinya kalau kita usaha dan berdoa. Allah jualah Maha mengetahui segala permintaan hamba-hambaNya :-) so Mintalah dengan Dia ..

Kak dean, Inilah nama yang daku maksudkan setelah intro begitu panjang :-D 
Orang ni yang 'pungut' aku jadi adik dia ..(walhal dulu aku memang tidak suka istilah ''adik angkat or seangkatan dengannya" hehee~ :-) walaupun rapat dengan ramai senior semenjak jadi penghuni tegar asrama dulu. tapi tidak juga teringin nak jadi "adik angkat" ahahaa :-D


Pertemuan itu kita semua aturan Nya bukan? Kita semua mesti ada seseorang yang istimewa, halal vs haram ..pandai-pandailah fikir nak!  
ok~ nanti ada orang terasa..bab couple ni sensitif 'banyak'. :-) 
berbalik kepada cerita asal kita ..kami memang sangat rapat, dan dialah sahabat dan kawan aku selalunya heheee~ baik buruk aku dialah yang tahu, adeq lah katakan :-) kalau nak jadikan dia "orang tengah" boleh juga ..hahaa:-D mengada budak ni ..


Special thank to her :')  susah juga nak ungkapkan dengan kata-kata perasaan ni setelah 7tahun dia melayan dan menjaga aku yang banyak songeh ni, belikan dan bagi aku macam2 :')  "anything you wish dear" hehee~..ayat akak yang paling diingati^_^ terima kasih kak ehee~ sayang akak ..dialah orang paling sabar pernah aku jumpa. aku tahu juga..akak ni memang cepat rapat dengan siapa-siapa jak :-D boleh tahan becoknya juga..hahaa;-D jangan marah ek kak ;-) 


Hubungan kekeluargaan kami sangat baik :-) terharu juga diri ini diterima sebagai ahli keluarga ceaaaah :-D rumah akak aku buat dah macam rumah sendiri, family sporting kan ;-) ukhwahfillah gitu . diharap berkekalan ukhwah yang terjalin until jannah ^_^  hanya Allah yang boleh membalas segala jasa baik dan kasih sayang akak dengan adeq :') 


Menghargai orang sentiasa bersama kita susah senang, at least berterima kasih. Kalau diceritakan A-Z memang jenuh aku menaip tengah-tengah malam ni :-) akak jugalah orang aku sangat percaya.. tapi kannnn , kejap baca ayat bawa ni ..


" Don't Love too much ,Don't Trust too much, 
Because that 'too much' can be hurt us So much"


Kesimpulannya.. Cinta dan Kasih sayang itu fitrah, terpulanglah kepada diri kita bagaimana menterjemahkannya..aisehh:-D Semoga Allah redha :-)


Kisah sis and more nanti cerita entri lain ;-)


Selamat berkasih sayang sampai ke syurga ^__^




















Terima kasih diatas kesudian membaca nota-nota usang^_^
0

Semalam dan Sekarang ~

Assalammualaikum wbt..


Alhamdulillah ...masih bernafas dan bernyawa lagi kita ya ^_^ 
Semoga dipermudahkan segala urusan dan usaha kita, Amin


Selawat dan salam rindu ya Rasullah


Comel kan ? :) memberi seribu makna 

Entri pun belum buat, oleh kerana suka sangat Blogging mahu juga berkongsi sesuatu disini.
setelah beberapa kurun ..wooahh! baru berpeluang Qiam berjemaah di masjid ^_^
bersama roomate  yang tersayang hehee~ .. jadi AJK yang tak bertauliah, sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada kami. yang kelihatan selalu Blurr :D 


Luangkan masa dengan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk JIWA , Alhamdulillah bersama dengan teman serumah, mengeratkan lagi ukhwah sedia ada...berkepit macam budak kecik, ke hulu ke hilir sama2, lucu jugalah :-D Almaklumlah..merendah diri sangat konon! :-D ramai juga yang datang, termasuk budak2 sekolah, golongan VIP,ustaz ustazah ..tidak ketinggalan geng surau yang selalu menyerlah dalam majlis ilmu dimana2  ^_^ Sehati sejiwa ~


Banyak post yang 'tertunda' oleh kerana emosi yang tak tentu arah huhuu~ 
sekarang musim2 cuti peperiksaan. nak buat countdown  pun dah terlambar, semester ni terasa masa sangat singkat. memang pun! :-) berdebar-debar juga.."boleh kah aku ni "?? soalan itu selalu berada di kotak fikiran ..lantas dengan spontannya , study woiii!!!


Disiplin untuk belajar dengan BERKUALI terasa sukar untuk dicapai, kelemahan yang sangat-sangat merugikan  diri sendiri , walaupun tahu baik buruknya nanti. Untuk membangkitkan lagi semangat belajar.ceahhh:-D ku pujuk diri ini duduk di meja belajar,ambil mood lah katakan kalau tidak "penyakit malas" tu terus-terusan melanda ..kalau mood tu tidak sampai-sampai juga?? silalah baca buku-buku motivasi yang ada :-) bukan main pulun lagi beli buku motivasi guna baucer 1Malaysia! hehee~ novel pun tidak pernah habis baca. 


Oleh itu, sedarlah wahai diri yang duduk depan laptop ni , sudah-sudahlah tu Blogging ! hehee~ 


Refresh mood~ 


Bersyukurlah kita untuk hari ini dan selamanya ~ i like that word ~ ^_^ 
( copy paste daripada pengacara program di masjid semalam ) 


Wallahualam















Terima kasih diatas kesudian membaca nota-nota usang^_^
0

Hari jadi

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam rindu untuk kekasih awal dan akhir :')

Assalammualaikum ..

Alhamdulillah. 100000000000000000000x......^___^
 wahh..im 22 already... tidak terhitung segala hadiah-hadiah dari Allah dari aku kecik sampailah dewasa kini.. ehee~gembirakan diri sendiri ! :-) ya Allah ..Hamba mu yang hina dina ini.bertapa Maha Penyayang Engkau :') Engkau bagi aku rasa agak ''romantik" malam ni ..hehee

Imbas kenangan lalu...teringat pulak zaman budak sekolah dulu, bestttt...ya Allah rindunya aku dgn dorang semua :') lindungi dan rahmati mereka ..

Mengharapkan sesuatu yang istimewa masa hari jadi anda ? ahh...jangan kasi biasa :-D yang paling penting syukurnya mesti ada dong ^_^ kan ..jangan demanding  sangat huhuu~ orang wish pun kira OK sudah tu. at least pakcik facebook tolong sebarkan ulang tahun "kejadian" anda di muka bumi ini Woohaa..:-D ala-ala Hamka pinjam trademark malam ni :-D sesungguhnya kita semua akan jadi mayat !

Happy Birthday to me! ehee.. well sekarang teramat canggih, tidak perlu segala lilin dan kek,bagus jugalah. ustaz pernah cakap kalau orang islam dilarang tiup2 lilin ni .. itu budaya "Copy&Paste" . so ..hargai diri sendiri , nikmat yang terang lagi bersuluh ..eherrmm segalanya free of charges (FOC) tanpa service tax dan cukai seumur hidup ..heheee sendiri mau ingat nak.

Hari ini hari jadi aku! yeahhh..ahahaa berapa kali daa mau repeat :D Pastinya semua orang ada pengalaman tersendiri cerita "hari jadi" macam-macam versi ada.. suka duka manusia, kalau aku paling best pada zaman sekolah tinggal di asrama, rumah kedua ku^_^..dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan 6 :-) masa birthday memang selalu dengan kawan-kawan iyalah budak asrama kan. jarang sangat masa birthday di rumah atau dengan family. Normallah tu kalau family lupa or tidak ingat lansung hahaa.. eh, tapi mak memang tidak pernah lupa sebab Birthday adik aku sehari selepas hari jadi ku on 19 May !


Merepek tengah2 malam :-D Happy Birthday kepada yang "birthday" hari ni juga. tingkatkan prestasi ibadah , kurangkan dosa-dosa wohaa..

Birthday tahun lepas ..hehee muka2 innocent :-D



selamat malam sayang ! 


Assalammualaikum.
Terima kasih diatas kesudian membaca nota-nota usang^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Free Palestin

Back to Top