Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri



Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.