Nota Aku kesah!
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Assalammualaikum wbt & salam sejahtera
Pesan sahabat..Menulislah kerana Allah.Nabi juga ada berpesan biarlah setiap apa yang kita buat itu disertakan dengan niat yang baik ok.Noted! tiada siapa yang boleh pertikaikan itu. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri ini ..mahupun yang membacanya.InsyaAllah
Diri ini baru sedar sebenarnya, bagaimana untuk menghargai orang yang ada dengan kita tanpa mengira tahap kepentingan terhadap seseorang itu.Kalau dulu saya tidak berapa peka soal ini,buat tidak tahu..bertindak sendirian tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.apa yang penting saya buat tu betul dan tidak melanggar hak-hak orang lain.selalunya kalau kita tidak rapat atau tiada urusan dengan seseorang tu,secara automatiknya komitmen untuk ambil berat tu agak kurang. selalunya macam tulah kan.
Bertapa kita tidak sedar bahawa setiap orang yang berada disekeliling kita itu adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul. bukan hanya untuk mengambil hati semata-mata.tetapi untuk tunjukkan bahawa kita ambil berat, biarlah ada sikap 'ambil peduli' walaupun sedikit. Orang berilmu pernah beritahu, seseorang yang mengambil berat akan agamanya,pasti akan ambil berat soal saudaranya.saya selalu lupa apa-apa pun yang kita buat Islam itu ada bersama. untuk jadi role model bukan mudah tetapi sekurang-kurangnya kita ada 'hati' untuk peka dengan setiap perkara.yang 'over' lain pulak lah ceritanya kan :-D
Biarpun benda tu nampak kecil tapi itu juga menjadi soalan disana nanti kan ?
Alhamdulillah, kini saya boleh mengawal habit bercakap banyak,dan sedikit sebanyak mampu mendidik diri dan hati untuk sesuatu yang lebih bermanfaat, bercakap biar berhikmah ..cewahh :-) pesan Nabi ''Diam itu Lebih baik" tidak rugi apa-apa pu kalau kita amalkan apa yang Rasullah suruh, malah lebih beruntung! satu perkembangan yang positif..yeahh..tepuk tangan untuk diri sendiri :-D ehehee..
Macam ni..kalau kita carring dengan orang lain. orang pun akan carring juga dengan kita kan. lebih kurang begitulah soal hati ni..kalau kita tidak berusaha menjaga hati orang ,orang pun tak akan jaga hati kita baik dari segi tindakan,pertuturan dan lain-lain hal lagi.. kadang kita tidak sedar sebenarnya..komitmen hanya untuk diri sendiri , keluarga, dan 'special friend'. Apa-apa pun komitmen kita yang paling utama adalah dengan Pencipta, kalau setakat nak jaga hati orang tapi tak ikut aturan Tuhan, Susah tue!
Tiada siapa yang mahu mendapat tanggapan negatif dari orang lain kan? dan saya yakin ..kalau kita berusaha untuk mengikut panduan agama mahupun syariatnya.InsyaAllah tiada masalah..bukan mudah untuk puaskan hati semua orang kan. at least kita mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik disisi agama bukan hanya di mata manusia. kalau ada orang yang tidak suka melihat perubahan kebaikan pada diri kita..memang mereka itu ada masalah bukan kita okay! Untuk itu jadilah sebagai seorang berfikiran positif..setakat itu sajalah Nota usang hari ini. Wallahualam
Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya.Aminn~
Ulasan