Rajin juga buat Nota


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Speechless..orang putih cakap, tiada perkongsian yang menarik hati kali ini.Tajuk entri pun belum ada lagi, semangat si kawan blogging tengah-tengah malam :-D 
Andai saja disini boleh berkongsi dari hati ke hati, dihambur segala cerita dalam kepala seperti penulis-penulis cerita sensasi..apa yang difikir, apa yang dirasa segala dihujung mata pena versi canggih kini.


Astagfirullahalazim...memang menusuk kalbu zikir terapi versi Hafiz hamidun. Sangat baik untuk terapi hati bila-bila masa dan tidak bosan pun kalau dengar sepanjang masa, tidak percaya ? boleh cuba sendiri,kalau tidak ngam dihati ..sah memang ada yang tidak kena tu:-)
Apabila kita berhenti berfikir seolah-olah hati pun terikut sama, walaupun bukan semua orang begitu kan.. 


ok ;-)  semoga terus istiqamah untuk menjadi "positive thinker" . InsyaAllah kita boleh perbaiki diri dari masa ke semasa dan menghargai setiap orang yang bersama kita tidak kira keluarga, sahabat, kawan , rakan ,teman, taulan pokoknya semua orang yang berada di sekeliling kita. kita tidak tahu turn siapa dahulu untuk menyahut panggilan Nya. yang penting masa itu bukan milik kita,segalanya milik ALLAH jua.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita di Dunia dan Akhirat . Wassalam 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.