Nota Cinta ^_^
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulillah ..Huh sehari telah berlalu, sayangnya Allah dengan kita sangat-sangat kan ? :')
segala-galanya free or charge (FOC), kita ni kalau soal ''percuma'' semuanya suka ..Tapi bersyukurnya kurang.
kan dah hari-hari dapat free dari Allah! semuanya Dia bagi..sendiri mahu ingat lah kan :-)
Cinta..Cinta ..Cinta...semangat cinta ..huhuu ~
Terasa jangkal pulak bila bercakap soal cinta,jesteru diri ini pun belum mengenal dan fasih soal cinta sebenarnya.Tidak kesahlah tentang cinta apa-apa pun..dengan ilmu yang sangat terbatas ni, malu juga berbicara tentang cinta adakah bahagia,gembira, kecewa dan bermacam lagi yang telah digambarkan oleh keadaan sekeliling kita.kadang rasa lucu ,sedih pun ada mendengar kisah-kisah cinta kawan-kawan yang lain.Emosi sendiri pun pernah juga..itulah kan manusia, "emosinya" tidak pernah ketinggalan.
Sesuatu yang menyakinkan saya, apa-apa pun berlaku disekeliling kita sama ada baik buruk tentang cinta semuanya pasti berhikmah, dan terpulang kepada seseorang itu mentafsir 'cintanya' bagaimana rupa? setiap orang pun ada pendapat dan pengalaman masing-masing, makanya setiap orang ada hak untuk berkongsi.Bagaimana menggambarkan cinta itu terpulang kepada empunya diri, positif atau negatif.
Dimana mencari cinta ? itu pun rasanya tak perlu tanya orang lain, kena tanya diri sendiri dahulu. Rujuk itu perlu kerana apa-apa pun kita kena cari dengan ilmu..jangan sampai sesat sudah! bab-bab rujukan ni penting juga, biarlah berhemah dan berhikmah ..aisehhh, macam pandai sangat.tiada niat mahu bajet diri bagus..huhuu~ moga jauh dari sifat-sifat Mazmumah!
Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan ni? mengayat punya panjang ...Astagfirullah,beringat-ingat nak !senang cerita, sekarang topik hot yang selalu ditanya, termasuklah mendengar kisah-kisah suka duka teman-teman ku yang tersayang..siapa tiada kaitan dengan cinta kan? i'ts playing around us..everywhere!:-D ia membuatkan kita sendiri tertanya-tanya .."siapalah jodohku"?? :-D si dia bagaimana agaknya rupanya..macam-macam yang bermain dalam fikiran kita kan. lucu juga bila bab "jodoh" ni jadi topik utama dalam bilik..cerita punya cerita tiada penghujungnya.Roomate ku yang selalu buat diri gembira ..hehee "sayang kamu" :-)
Normallah kan,apabila seorang perempuan fikir soal jodohnya, sejak melangkah umur 20an bohonglah kalau tidak fikir soal itu kan..dengan ilmu yang tidak seberapa ini, saya cuba untuk mencari solusi melalui sumber-sumber yang ada. kesediaan itu amat penting.. terpulang dengan cara masing-masing. perkara yang samar-samar dalam hal agama ni saya perlu dahulukan. ada komitmen lagi penting kan..tidak dinafikan ujian-ujian yang selalu mendatangi kita. ujian itulah buat diri ini rasa bimbang. takut pun ada.
Bersangka baik saja dengan Nya yakin pada janji Nya. pasti ada sesuatu terbaik untuk kita.
Wallahualam
Ulasan