Nota Hikmah bersaudara

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera 

Bertemu lagi kita ..ceah, pagi-pagi lagi blogging.lepas subuh tadi terus pergi cuci kain boleh tahan jugalah banyaknya. then sekarang tengah tunggu maggi masak..maggi kari + telur untuk breakfast :-D perghhhh...always maggi kalau sudah namanya budak Hostel memang tidak sah kalau tiada maggi.tidak kisahlah maggi brand apa pun yang penting versi maggi jugalah huhuu..~ intro yang merepek :-D 

Sejak kebelakangan saya  kerap berhubung dengan seorang sahabat baru, nak dikatakan rapat tidak jugalah cuma sejak "kewujudannya'' dia membawa seribu hikmah yang tidak terhitung rasanya. Soal jodoh dan pertemuan kita tidak tahu percaturan Allah..baik atau buruk sukar dijangka dan belum tentu juga kita boleh bersedia fizikal dan mental sebab itu dinamakan Ujian. Tapi bagi ISLAM agama yang cukup sempurna ini baik dari segi Internal mahupun External .pastinya Allah memberi kita panduan yang tidak tidak pernah kurang cuma mungkin perlu berusaha untuk mencarinya bukan? itu bagi pendapat saya yang cetek ilmunya.

Tentang hidup beragama, terus terang saya katakan. untuk faham ISLAM itu secara menyeluruh ianya agak sukar dan perlunya usaha yang berterusan.Ok ..cuba bayangkan **** orang yang sudah belajar tinggi rendah macam kita ini merasakan 'kesukaran' untuk FAHAMI ISLAM atau agama sendiri apatah lagi orang-orang yang tidak punya peluang untuk menuntut ilmu sejak kecil?? MasyaAllah besarnya hikmah yang tersembunyi.Setinggi mana pun ilmu yang kita ada baik ilmu dunia ataupun akhirat konsep ilmu itu masih cukup luas disisiNya. Dengan rasa rendah diri, kita tidak perlulah berbangga dengan ilmu yang kita ada sekarang, kalau nak difikirkan banyak lagi kita tidak tahu. cuma tidak mahu ambil tahu, almaklumlah sekarang macam-macam bidang dan kepakaran.Bah..boleh tahan juga mengayat begini panjang, buat esei payah pulak :-D mungkin sebab tiada "skema"nya kan..hehee~ 

Tidak tahu membaca dan menulis?? zaman sekarang memang jarang sangat kita jumpa orang sebegini. kiranya bertuah jugalah sesiapa yang jumpa orang-orang yang 'terpilih' ini. kita yang celik ilmu pun boleh tersasar daripada fahaman ISLAM atau agama yang lainnya. apalagi seseorang yang 'buta huruf' dengan bahasa kasarnya. Dengan ilmu saya yang sangat terbatas, saya cuba untuk membantu sahabat ini mengenal ALLAH dan ISLAM itu sendiri dalam masa yang sama kami belajar dan explore sama-sama melalui sumber-sumber yang ada. saya pun bukanya pandai sangat huhuu~ tiada background pendidikan agama secara formal kecuali belajar subjek teras sekolah sejak sekolah rendah "Pendidikan islam". 

Subahanallah, seorang 'tomboy' nekad untuk berubah walaupun agak "drastik" tapi dia begitu tabah menghadapi sentimen-sentimen negatif daripada orang-orang sekelilingnya. ujian juga buat kami dituduh dengan bermacam-macam versi .kentalkan jiwa sahaja! setiap orang pastinya ada kisah silam masing-masing dan kita berhak untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik. Berusaha untuk menerima dengan hati yang terbuka, baik buruk orang yang berada disekeliling kita..walaupun saya ni jenis 'beremosi' sedikit tapi Alhamdulillah saya punya sahabat-sahabat yang hebat-hebat juga :-) terima kasih semua. menjadi tulang belakang saya selama ini. kalau tidak sudah lama give up! 

Belajar menulis dan membaca. bukan semudah ABC :-D bersabar mengajar macam ajar budak tadika. hehee~ InsyaAllah dengan kesungguhan yang dia 'sembunyikan' harap dipermudahkan untuk itu. kita doa sama-sama ya ^_^ satu benda yang buat saya rasa kagum sangat-sangat , sifatnya yang sangat pemurah dan mudah memberi. kadang gelagatnya buat saya rasa lucu, ada juga orang macam dia dunia ni ( mestilah ada bah kan :-D ) cuma jarang jumpa, golongan minoriti ..hehee~ bagi dia , duit bukan segalanya, iya memang kita selalu dengar ayat ini tapi bukan semua orang begitu fikirannya.orang kata semua pun perlukan duit macamlah rezeki tu kita yang control :-D (perli diri sendiri nampak!). tapi dia tidak..kalau ada orang minta tolong jarang dia cakap tidak! walaupun ada juga sisi negatifnya tapi positif itu yang kita mahu bukan? :-) semoga terus diberikan kekuatan.


Bersabarlah..walaupun dia lebih tua daripada saya. kematangan masih dalam proses macam saya jugalah :-D tapi perangai dia  memang jarang kita 'ada'.Itu yang membuatkan orang suka berkawan dengannya. walaupun hanya untuk mengambil kesempatan! diatas kebaikannya.kadang saya yang sendiri emosi .tapi kita tetap 'berbeza'. banyak perkara yang saya belajar biarlah kekurangan dan kelemahan itu menjadi titik tolak perubahan kita untuk menjadi lebih baik. walaupun dia 'buta huruf' tetapi tidak 'Buta hatinya". kadang dia bertindak luar jangkaan sememangnya berhikmah pada saya. banyak lagi kisahnya yang boleh dijadikan ikhtibar untuk kita yang hidup "normal" ni. sekadar ini sahaja dahulu.. lain hari boleh update cerita lagi. 

Sebenarnya semua orang mahu berubah, mahu jadi baik, soleh dan solehah. Mata, telinga dan rasa!! semua sudah "nampak" hikmah yang Allah bagi!! cumanya kita ni susah mahu "bergerak" untuk itu! beritndak kearah itu sangat kurang, komitmen hanya fokus pada duniawi semata-mata. sendiri mau ingatlah!! untuk diri saya yang mudah leka!
ya Allah lemahnya hambaMu , sesungguhnya hidayah itu milik Mu..Celikkanlah mata hati kami ya Allah .Aminn..
masalah yang menimpa emosi dan hati kita sekarang hanya ujian yang sangat-sangat kecil. Tapi kadang boleh bertindak luar kawalan ,bertindak mengikut emosi dan perasaan.Ampunilah dosa-dosa kami. Hati ku fragile...Huhuu

Maafkan saya selalu membuat hati orang terasa sebab ego dan perasaan marah selalu berkuasa. makanya hati kita belum cukup "ubat" dan perlu dijaga "kesihatannya.Banyak budi yang ditabur tapi mudah lebur hanya kerana iman belum subur :-) 

Wallahualam




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.