Kitab Cinta kita~

Assalammualaikum warahmatullah~ 

Cuba menyampaikan, peringatan untuk diri sendiri dan kita semua... al-Quran , menyebutnya saja diri ini terasa lemah. Menghayati baris-baris ayatnya boleh meruntun jiwa, terasa bahagia dengannya, tenang dibuatnya.itu rahsia bagi orang yang mendampinginya, bukan semua orang merasa, hanya mereka yang terpilih! tidak percaya? boleh cuba! kalau susah, usaha sehinnga kita boleh menangis sendirian dengan perasaan yang tidak boleh digambarkan. Bangga sangat dengan orang-orang yang sangat dekat hatinya dengan kitab cinta Allah seperti anda ^_^ Doakan kami yang sedang berusaha ya!

Menepis rasa tidak layak, ilmu ku cuma sedikit, lagi sedikit jika digambarkan dengan ayat "sedikit" itu sendiri!  daripada bermonolog sendirian , mari sebarkan bahagia ..ketenangan bersamanya iaitu kitab cinta Allah al-Quran :-)

Sedang mencari ayat-ayat cinta untuk didikan jiwa? hah..inilah "ayat-ayat" cinta yang sepatutnya kita kaji dan pelajari. Dia tidak pernah bagi kita hampa. cuma kita saja yang suka bersangka sebaliknya. seolah-olah al-Quran itu satu "kitab" untuk orang yang perlukannya sahaja!walhal Kitab cinta ini untuk kita semua tanpa mengira sesiapa atau status dan agama sekalipun. para ilmuan pun ada mengatakan inilah kitab yang paling Universial di alam semesta. dan lebih mudah kalau kita ada tafsir al-Quran sendiri.


Rasanya tidak perlu untuk beritahu kelebihan, kekuatan, keajaiban dan banyak lagi yang ada dalam al-Quran. apalagi kalau kita mahukan bukti. Huh..seakan-akan tidak percaya pada Tuhan sendiri. sehingga mempersoalkan sedemikian rupa bukan? aduh.. emosi juga kalau berjumpa dengan orang yang buat-buat tidak faham kan? :-D  ada orang lebih layak dan arif lagi bijaksana untuk menjelaskannya, banyak kaedah dan cara untuk mencari dan mengetahui semua ni, yang pentingnya usaha..aja2x figthing! 

Last but not least ..

Peringatan :
Untuk diri saya dan kita semua melalui ayat-ayat cinta Nya. Mari hayati..ketegasan dalam ayat ini menyedarkan saya tentang sesuatu ..


Katakanlah ( Wahai Muhammad ) : "Jika bapa-bapa kamu,dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluaga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah termpat tinggal yang kamu sukai - ( jika semuanya itu ) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripadanya) berjihad untuk agama-Nya, maka tungguhlah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). 

Surah At-Taubah 9:24


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.