Kehidupan ini Indah~

Assalammualaikum warahmatullah ~

^_^ Kembali bersuah ..walaupun tidak nampak muka :-) 
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Tercinta,yang selalu Terbaik untuk kita, Penawar segala duka lara ..so sweet, Allah is the Best Ever!

Berkongsi saat-saat indah kehidupan yang membahagiakan jiwa, walaupun tidak semua faham "kehidupan" itu sebenarnya macam mana, bagaimana, sendiri mahu ingat ya! berfikir secara positif;-) terasa syok sendiri lah pulak..alaa Blogger memang selalu ada perasaan begitu. :-D 


Merenung dan menyelami kehidupan sendiri memang banyak perkara yang dilalui,mengharungi saat-saat kesusahan,kemiskinan,kepayahan,kekecewaan, apabila difikirkan balik unexpected!Jatuh bangun kita Allah tetap bersama dan segalanya diluar kawalan. Apa lagi kalau kita cuba memahami kehidupan orang lain, pendek akal dibuatnya!

Dan sekarang? Bersyukurlah..Alhamdulilah3x, Allah permudahkan segalannya dan diberi kehidupan penuh hikmah.Dalam masa yang sama mengajar dan mendidik kita untuk lebih tabah dan kuat untuk mengorak langkah seterusnya. 

 Walaupun ujian tidak pernah sepi dalam kehidupan kita seharian, tetapi Allah tetap bagi bahagia dipenghujung jalan. Indah bukan? :-) Bagaimana pun bentuk kehidupan yang kita jalani, pastinya semua orang berpeluang dan layak untuk merasa bahagia dan gembira. 
saya cuba untuk menyampaikan rasa bahagia ini, Huh..tapi ku akui, saya belum cukup bagus untuk menulis :-) menterjemah emosi disini memang susah! apa-apa pun jangan pernah putus asa! chayoookk..!!

Semoga Allah permudahkan urusan dan tunjukkan jalan. Aminn 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.