Hikmah musibah::.
Assalammualaikum w.b.t..
Menulis dengan hati..
salam takziah kepada sahabat ku Nceng dan seluruh ahli keluarga.semoga terus tabah, kehilangan seorang abang sulung dalam keluarga..
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..hanya kata-kata semangat dan sokongan yang mampu kami bagi..
menyelami hati seseorang yang baru saja kehilangan orang tersayang..sungguh mengharukan,apalagi melihat seorang ibu yang telah kehilangan anak sulungnya..
jenazah ditatap dengan penuh perasaan hiba..tidak dapat ditafsir dengan pandangan:'(
Kita yang melihatnya pun boleh mengalirkan airmata..apalagi seorang ibu melihat tubuh anaknya yang kaku.Ditatang bagai minyak yang penuh,dididik penuh kasih dan sayang..anaknya kini kembali disisi Tuhannya yang Maha Pencipta.yang pergi takkan kembali..Doa suci tulus ikhlas untuk arwah..Al-Fatihah
Tatkala jenazah dimandi dan dikafankan..seluruh ahli keluarga semakin hiba, masing-masing terbayang memori bersama arwah dulu..tanpa dipinta airmata jerni mengalir bersama bayang-bayang dan kenangan.siapa sangka dia akan pergi dalam usia ini?Hanya ALLAH saja yang tahu..itulah ketentuan Nya..Dia yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu.
tiada yang akan terkecuali |
Setiap orang akan merasa sakit ini..semua orang akan pergi, cuma masa dan tarikhnya saja kita tidak tahu.Ziarah sambil bermuhasabah..esok lusa siapa tahu kita pula yang dipanggil Nya..diam penuh keinsafan,melihat sekujur tubuh dibaluti kain kafan..beginilah aku nanti..bagaimana keadaan jenazah ku nanti?..bagaimana cara aku dijemputNya?
pesan Rasullah S.A.W yang bermaksud " Perbanyakkanlah olehmu mengingati perosak kelazatan iaitu Mati" (H.R al-Tarmizi)
Semua orang tahu ini.."setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya" ya bah kan?^_^
kadang-kadang Allah tutup pada pandangan mata kita ..hakikatnya hikmah ataupun kebaikannya cukup besar.kita saja yang tidak menyedarinya..Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.Tiada siapa mahu berduka..tiada siapa mahu menangis, tiada siapa pun mahu hidupnya susah..apalagi menderita? jauh sekali..tapi hakikatnya kita perlu diingatkan,kita perlu disedarkan,kita perlu dibagi amaran..itulah aturan kehidupan.Dia sudah bagi kesempurnaan pada Islam cuma kita saja yang merumitkannya..
yang segar akan layu,
yang muda akan tua,
yang hidup akan mati,
Wallahualam..
Ulasan
Setiap insan pasti akan melaluinya
Mudah-mudahan perginya kita nanti
Dalam Khusnul Khotimah..
Amin..
Amin ya Robb..
semoga kita sntiasa bersama org2 yang beriman
insyaAllah..