kerja baru,azam baru:;.

Assalammualaikum w.b.t


aku cuba menulis dengan hati dan minda yang terbuka..
menerima apa-apa pun kebangkitan idea di kepala..


selepas ini ..Blog ini akan kembali usang.
selepas ini..tiada lagi masa terluang untuk mengasah minda dan idea disini..
selepas ini..tiada lagi masa buat 'Blogwalking'..:-(


..sebenarnya aku mahu pergi mana??


tidak pergi mana-mana pun:-)
Ok. Next month kena tukar tempat kerja..dimana kesibukan akan melanda, tiada lagi masa untuk menghadap laptop seperti sekarang, tiada lagi masa goyang kaki jaga kaunter..tiada lagi masa untuk baca buku dan majalah..oh tidak!!..
facebook...bakal deactivate?? iya..aku sanggup!


Kena fokus!!..saya perlu nyatakan disini..sekarang juga! 
Aku mahu sangat sambung study...
dimana?..entahlah..Kos apa??..yang mana aku layak!.
Sungguh..aku sudah penat cari duit! aku mahu cari ilmu lebih!!
tapi orang belajar tinggi-tinggi pun sebab duit kan??gaji tinggi, pangkat tinggi, nama pun tinggi..iya kah?Ooo bukan begitu..bukan semua orang bermatlamat begitu kan:-)
Maafkan aku selalu buruk sangka..:-( Husnuzon..husnuzon....


Dimana-mana pun ada ujian dan cabarannya ..
peduli apa orang nak kata..huhh padahal aku memang sangat peduli pun.
sebab?..kita boleh tahu baik buruk diri sendiri..
kerja jadi sales boleh cari makan kah?..boleh bah..
jangan makan rezeki haram sudah!


Kena rajin buat sales banyak-banyak..iya,sebanyak yang boleh.
cukup bajet..ok! boleh terbang sudah^_^
tukar hp baru?..buat lesen?..tolak tepi dahulu..
sudah lebih dari cukup dah ni..ada laptop sendiri, hp sendiri (bukan second hand ok)..:-D
aku beli semua guna duit sendiri..bukan duit mak bapa ataupun kerajaan(PTPTN)..hahaaa
alhamdulillah merasa juga mak dengan abah duit gaji ku..^_^
orang alim ada mengingatkan..seorang anak yang mengangap dirinya sudah membalas jasa kedua orang tuanya adalah anak derhaka..ingat mengingatkan.:-)


Memang 'sedap' rasanya kalau makan dan pakai hasil titik peluh kita sendiri..
dari dulu lagi aku memang bukan anak manja..huhuu..
parents memang tidak bagi muka sangat kami adik-beradik..hehee..
sia-sia kau merengek sendiri..hahaa..
abah cakap kena usaha sendiri kalau mahu sesuatu ..
tapi siapalah yang mampu menghalang baik hati seorang ibu kan hehee..


aik..lebih-lebih pula..membebel panjang sendiri..


Semoga dipermudahkan nanti..ameen ya Robb..
bekerja dengan suasana baru..orang baru..
baju kerja baru..name tag baru...huhuuu semuanya baru..
azam pun mesti baru..yeaahhh! itu semestinya..heheee


cuma satu yang aku takut nanti..
dengan kesibukan yang baru..semoga solat aku pun tidak terganggu..
insyaAllah ..tidak! aku sanggup terima risiko kena marah manager..hehee
aku tahu ..manager kami memang baik hati bah..doakan sekali..:-)
terfikir cari kerja lain..pergi mana aku nak cari lagi..
cukup bersyukur dapat company yang bagi lepas waktu solat..
memang boss kami bagus dan baik hati hehee..
disini payah sangat cari 'tauke' bagi masa untuk pergi solat
..tidak tahu pula tempat lain..di tempat kamu kan..:-)

done! sedia tempuh ujian dan cabaran seterusnya..^_^ selamat berjuang BerR.






p/s:  ~Minta doa daripada sahabat blogger dan pembaca .semoga si penulis ini dapat
         menyambung pelajaran tahun ini bersama anda,seperti anda juga..ameen ^_^
         



















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.