Tulisan berhikmah^_^



Assalammualaikum wbt...


Masih ada kesempatan untuk menjenguk blog usang ini..terima kasih sahabat-sahabat yang sudi follow..^_^ award "terima kasih'' sahaja yang saya ada untuk kalian..
Mood senyum ni..hehee:-)
saya masih sangat baru dalam dunia blog ni..masih mentah,sebab itu saya namakan blog ini "Blog Usang"..saya banyak belajar daripada anda semua blogger-blogger yang hebat.
semestinya blog islamik yang menjadi keutamaan saya..
dalam bentuk perkongsian ilmu, tazkirah, cerita teladan dan pengajaran..
mohon tunjuk ajar kamu semua..:-)


Perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada semua,
saling ingat-mengingatkan..itulah yang sebaiknya.
saya tidak nafikan bahawa ramai yang menjadikan blog sebagai diari alam maya.
termasuklah saya juga:-) tujuan berblog ini terpulang kepada empunya blog sendiri..
merapu, meluah, berkongsi cerita, fatka atau auta suka hati si penulis^_^


Pertama kali belajar menulis dalam blog, main hentam tulis atau taip saja:-D
peduli apa orang cakap..tapi terbiasa buat 'blogwalking' dan ada "follower".mahu tidak mahu tulisan dan penyampaian post mesti kena 'adjust'..saya belajar menulis dengan 'skema'..hehee lebih mudah difahami dan dibaca:-)
kalau boleh saya tidak mahu ada sentimen-sentimen negatif terkandung dalam blog saya.
bukan takut dikomen,ditegur atau sebaliknya..tapi memurnikan hati dan minda sendiri saja.tidak lebih daripada itu..siapa tidak suka kalau hasil nukilan kita dibaca dan dikomen kan?..teringat saya pada perkongsian seorang sahabat blogger,apa yang kita tulis ni semuanya akan ditanya dihadapan Allah nanti.tulisan kita tanggunngjawab kita juga.


Baiknya sebuah artikel itu..adalah artikel yang mengajak kita kepada Allah dan kebaikan.
sama jugalah macam mana kita mencari seorang sahabat yang baik-baik^_^
tidak kisahlah nampak atau tidak..namanya juga alam maya, tapi melalui penulisannya kita boleh 'mengagak' orang itu jenis orang yang macam mana :-)
Disini saya jarang menggunakan ayat-ayat al-Quran ataupun hadis-hadis..
selain kelemahan yang ada pada diri sendiri..saya tidak berani menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau hadis-hadis sebab takut nanti ada yang tersalah faham atau disalah ertikan.apalagi orang baru belajar seperti saya,menghurai pun tidak pandai..payah nanti.insya'Allah bila pandai nanti..ada ilmu sikit-sikit bolehlah dikongsikan bersama :-)


Memperbaiki tulisan bukannya mudah ..dalam dunia ni mana ada yang senang kan^_^
terpulanglah kepada cara masin-masing..kalau saya pula lebih kepada pendekatan membaca..baca buku,blog atau apa saja yang penting membaca.(yang berfaedah)
banyak membaca banyaklah ilmu..banyak ilmu banyaklah idea mencurah-curah ke ladang gandum..hehee itulah namanya "Power of Knowing".Membaca buku-buku ilmiah,majalah, novel,surat khabar dan sebagainya..memang membantu sangat-sangat.bangsa membaca bangsa berjaya:-D sekarang baru terkejar-kejar baca buku ..kan dari dulu lagi cikgu ajar rajin baca buku tapi kita ni degil,masa mahu exam baru sibuk-sibuk baca buku, buku komik rajin pula dibaca :-)


Setiap orang ada kelebihan masing-masing,sama ada dari segi konsep blog,penyampaian atau gaya penulisannya.tidak perlu lah 'copy paste' cara orang.jadi diri sendiri cukup Ori sudah..hehee cuma kadang-kadang kita ni memang suka tengok cara orang tue, kita pun rasa mahu seperti dia juga kan?tidak salah kalau kita 'copy' benda yang baik-baik dan berfaedah.jangan disalah guna sudah!


Blog  satu medium perkongsian sangat baik..kalau dimanfaatkan kena pada tempatnya..
yang pendiam pun boleh jadi becok..hehee kena lagi dengan orang yang banyak cakap..
bla..blaa..tulisan panjang berjelah-jelah..siapa kisah kan?yang penting puas hati menulis dan berkarya..hehee lagi bagus kalau dapat 'feedback' dari pembaca kan?
satu kepuasan bagi saya bergiat aktif dalam dunia blog..huhuu walaupun tidak ramai pembaca dan kebanyakan kawan saya tidak suka berblog..kena lagi  kerja yang tidak sibuk macam saya,memang senang hati bah..:-) 

Inspirasi ada di mana-mana..teruskan berkarya,menulis dan terus menulis mewarnai ukhwah sesama manusia..berkasih sayang kerana Allah.

Selamat Maju jaya dalam berBlog^_^ 
tulisan bagi cantik-cantik jangan kasi comot, walaupun hakikatnya tulisan memang tidak kemas hehee..pilih font yang sedap mata bila membaca enrti anda,jangan terlampau blink-blink, tawar hati pula nak membaca.pemilihan templates blog yang kemas dan menarik,bagi yang tidak berapa pandai:-) bab-bab mengedit blog macam saya ni.minta tolong pakcik google cari saja..hehee

Paling penting kita kasi mantap isi blog masing-masing^_^ 









Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
biar usang janji penuh ilmu(^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.