.: Siapa pun boleh jadi cikgu:.


Jalan2 di alam maya..skodeng2 blog orang,baca beria ,cari artikel2 yang bermanfaat..melirik mata ke sebelah meja..hurmmmm majalah solusi, belum lagi aku habis baca..isu30, mood sekarang macam nak tidur ..ditambah pula kalau aku membaca~_~ mulalah syaitan menari di kelopak mata...

Terdetik dihati menulis entri ini...okey,teruskan..

universiti kehidupan..
Tiada apa juga yang perlu dibanggakan, belajar pun tidak berjaya sangat..
akui kelemahan diri ini:-(..tiada guna pun menyesal..sekarang aku buat buku baru.
umur baru masuk 21..sudah pun menempuh alam pekerjaan..perjalanan melanjutkan pelajaran terhenti disini..harap sangat boleh teruskan niat ambil degree tahun ini..Amin ya Robb..
Genap sudah setahun aku bekerja..kadang2 hati kecil ini mengeluh kebosanan, buat benda yang sama...cepat2 sedarkan diri dari lamunan..
Alhamdulillah ..ekonomi keluarga ada sedikit peningkatan..
Alhamdulillah.. sungguh gembira melihat perubahan kedua orang tua ku yang mula belajar ilmu agama..untuk berubah tiada istilah terlambat.
cuma abang ku saja yang masih dipancing hatinya..
kalau mahu orang sekeliling kita berubah..diri kita lah yang perlu berubah terlebih dahulu..disitu ada satu hikmah yang nyata mahupun tersembunyi yang kadang kita tidak sedar kewujudannya..ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang.

Aku masih ingat kata2 Prof.Muhaya di radio IKIM..rancangannya setiap hari rabu bermula jam 9pagi hingga 10 pagi..banyak sangat manfaatnya pada diri ini..bahkan rakan2 pendengar diluar sana..
" Ramai yang berjaya dalam akademik, kerjaya,dan kekayaaan dunia dengan memperolehi bermacam pangkat dan kedudukan. Tapi tidak semua berjaya Universiti kehidupan yang mampu seimbangkan keperluan dunia dan akhirat"

Tatkala diri cemburu dengan kejayaan orang lain, selalu ingatkan diri Allah telahpun menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu..bersangka baik pada Nya.itulah sebaik-baiknya..
bohonglah kalau aku cakap tidak ada masalah..bak kata orang, tidak akan kita rasa keindahan dunia kalau tidak merasa keperitannya dulu..
Alhamdulillah ..merasa sangat bersyukur masih diberi kesempatan mengenal erti sebenar kehidupan..
Sedang mereka yang lain masih dalam kemungkaran dan kelalaian duniawi..
tidak cukup jelas kah kita pada kasih sayang Allah yang memelihara kita sampai ke tahap ini?? Allahualam..

Mungkin orang seperti aku ini masih muda dan mentah untuk mengenal erti sebenar kehidupan..Tapi apa yang pasti aku telah belajar sesuatu dari perjalanan umur ini..
mengenal mana satu jalan yang terang dan jalan yang menuju kegelapan.biarlah masih merangkak sekali pun mengenal agama Allah..insyaAllah satu hari nanti aku akan mampu berdiri dan berjalan jauh dengan berbekalkan kasih sayang Nya..
satu persatu aku korek rahsia dari bermacam jenis manusia didepan mata mata mahupun di alam maya..mencari keagungan agama Islam tercinta.mencari jawapan disebalik nama ISLAM..mengapa selalu ustaz berkata "islam itu mudah"..
ilmu di dada masih belum cukup untuk menjelaskannya kepada mereka yang bertanya kepada ku.semoga dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk terus mencari jawapan tanda tanya  itu.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud: " Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah" 
( R.Ibn Islam)

Berpeganglah kita pada tali ALLAH..insyaAllah kita tidak akan sesat selama-lamanya..
Mari Bersama memburu kemanisan IMAN..^__^


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.