Ancaman segenap sudut

Semoga kita semua sentiasa dalam hidayah dan Rahmat Nya...


Kerisauan ini bukan biasa..hanya ingin berkongsi 'kebimbangan' ini..
sebagai seorang remaja islam..hamba Allah ..memang wajar kita ada ketakutan pada ancaman-ancaman ini...
sedang diri yang masih terhuyung hayang dengan pelbagai dosa dan kelalaian..
Ya..!! sayalah paling lemah..apa pun tiada..hanya berbekalkan iman dan ilmu yang sedikit ini.
saya tahu..anda yang pun begitu..
sudah kah kita bersiap sedia untuk menempuh semua ancaman ini?


Islam Liberal?..yang semakin menular..
Pluralisme agama ancaman lama atau baru?...
Hiburan yang berleluasa? siapa yang tidak perasan??..cuma kita saja yang diamkan diri.
Fitnah yang bertaburan disini sana..di laman2 sosial..
kita tahu kah?tahu..tapi sekejap saja 'sedar' dan 'takut'nya..
Gerakan2 anti islam rahsia kini sedang berusaha untuk mempesongkan akidah dan akhlak umat islam sekarang?terutamanya dikalangan kita remaja..tapi ramai yang tidak menyedarinya..
sumber2 makan dan minuman yang kita tidak pasti halal haramnya..??
ramai yang leka dikalangan kita sekarang..itulah hakikatnya..
kita masih dalam zon selesa kan?? so...tidak payah peningkan kepala?!




Tiada yang perlu dibanggakan ..apa pun keselesaan yang kita alami sekarang..mungkin tidak akan berpanjangan. Nauzubillah..




Berbahagia lah bersama orang2 yang soleh dan sahabat2 yang selalu mengingatkan kita ketika kita lalai ataupun terlupa..
kita ada banyak cara untuk membawa orang kepada kebaikan ..tapi diri kena kuat dulu,punyai akhlak dan akidah yang baik..mantapkan keimanan..!
kita masih ada peluang untuk menegur dan sama2 memperbetulkan apa yang silap..
paling penting ..mengingatkan saudara seislam.paling tidak pun keluarga dan kawan2 kita yang ada sindrom2nya..


Ya..! siapa pun pernah lakukan kesilapan ..tapi kita masih boleh usaha untuk jadi yang lebih baik..dan menjadi hambaNya yang taat..
Kalau sudah tahu hilang arah atau tujuan..berpeganglah pada tali Allah itulah sebaik-baiknya..jelas sekali pada seruan Nya..
kenapa artis atau pimpinan politik sekarang kita boleh sanjung dan jadikan idola..
Walhal Nabi kita yang agung..contoh teladan yang terbaik sepanjang zaman..yang sepatutnya menjadi idola kita semua..


Telinga ini yang mendengar sendiri bagaimana orang2 kafir begitu gembira melihat kita bermusuhan sesama sendiri..rosaknya akhlak saudara2 kita yang lain,perang politik sesama sendiri yang tidak pernah ada penghujungnya...:-( dan senyuman sini termasuk sindiran mereka itu juga lah yang menghentam jiwa saya!..
agama kita diperolok-olokkan..dek kerana kesilapan dan kelalaian kita sendiri!


apa yang aku mampu lakukan :-( masih cukup lemah dan daif untuk membidas mereka dalam soal agama..saya akui kelemahan itu:'(


**Monolog diri sendiri dengan keyboard ni..di tengah malam..untuk mengingatkan diri yang selalu saja lalai..
**ketuk2 iman ni..Bangunnnnnnnnnnn!!!















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.