.

.

Macam-macam..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

1 comment

Setelah sekian lama..rasanya masalah ni juga berlaku dimana2 ..
saya sudah bersikap positif..bersangka baik..
tapi kali ni ..saya nekad untuk lepaskan rasa kecewa disini...
bukan juga mengadu domba..jauh sekali...
hanya untuk berkongsi rasa dan minta pendapat anda..kalau ada lah yang sudi membaca entri ini..


Kekesalan terhadap segelintir orang..lebih tepat kepada muslimah2 yang menjadi tetamu surau di shopping mall2..terutamanya disini 1borneo KK.Memandangkan saya bekerja disini 1borneo, surau ni lah jadi rumah kedua..bersama sahabat2 surau yang lain..yang juga merupakan pekerja shopping mall ini,yang menjaga solat jumlahnya boleh dikira.
agak mengecewakan..mereka yang tumpang solat di surau ni amat mengecewakan...buang sampah suka hati, makan minum dalam surau..dengan bisingnya lagi masyaAllah ketawa buat macam rumah sendiri kalau ya pun respect lah sikit yang orang tengah solat...dengan sisa2 makanannya..dibuang begitu saja ya mungkin tidak semua,walhal yang datang ke surau ni kebanykannya budak2 U**,budak terpelajar lah katakan dan bukan budak-budak pun..tempat wuduk pun tersumbat..yang kena marah kami lah pulak,sabar je lah dengar makcik cleaner tu membebel..:D 


Solat ekspress..tidak tahu mau gambarkan situasi ni macam mana..bukan sekali saya jumpa orang mcam ni:D..ishhh..manusia2..macam-macam..
Begini, masa solat..kadang2 saya pelik,ada pulak orang solat 1.. 2 minit?
Sah..!org sebelah yang tengah solat pun tidak kusyuk. Zzzuuupp...rukuk, sujud...bla blaa blaa...tahiyat akhir sudah...huhuuu..(ntah hilang kemana tuma'ninah)
solat 1minit...make up berjammm...aduhaiii..pecah cermin ja tidak!..:D 



Surau agak terbiar..houskeping di sini..bersihkan surau berkala,jadi kebersihan surau ini tidak terjaga..kadang2 kamilah yang bergilir-gilir bersihkan surau ni itupun kalau berkesempatan,al maklumlah kami juga pekerja..masa diberikan amat terhad, cukup sekadar 15-20 minit macam tu untuk solat.cukup berterima kasih juga lah kepada Bos tempat saya kerja sebab bagi green light untuk curi sedikit masa kerja pergi ke surau.rest pun terpaksa di tempat kerja,tapau  makanan kejap..1jam masa untuk rest sudah diganti dengan masa solat. itulah realitinya bekerja dengan tauke cina :D..disini sabah jarang jumpa tempat kerja yang benarkan solat.
pengalaman seorang kawan yang terpaksa curi2 pergi solat,lepas bos dia dapat tahu..terus kena buang kerja sebab kedapatan solat.adakah patut??!...


Allahualam...



1 comment

  1. Tanpa Nama