.

.

Archive for 2011-05

Tulisan berhikmah^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM on

1 comment



Assalammualaikum wbt...


Masih ada kesempatan untuk menjenguk blog usang ini..terima kasih sahabat-sahabat yang sudi follow..^_^ award "terima kasih'' sahaja yang saya ada untuk kalian..
Mood senyum ni..hehee:-)
saya masih sangat baru dalam dunia blog ni..masih mentah,sebab itu saya namakan blog ini "Blog Usang"..saya banyak belajar daripada anda semua blogger-blogger yang hebat.
semestinya blog islamik yang menjadi keutamaan saya..
dalam bentuk perkongsian ilmu, tazkirah, cerita teladan dan pengajaran..
mohon tunjuk ajar kamu semua..:-)


Perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada semua,
saling ingat-mengingatkan..itulah yang sebaiknya.
saya tidak nafikan bahawa ramai yang menjadikan blog sebagai diari alam maya.
termasuklah saya juga:-) tujuan berblog ini terpulang kepada empunya blog sendiri..
merapu, meluah, berkongsi cerita, fatka atau auta suka hati si penulis^_^


Pertama kali belajar menulis dalam blog, main hentam tulis atau taip saja:-D
peduli apa orang cakap..tapi terbiasa buat 'blogwalking' dan ada "follower".mahu tidak mahu tulisan dan penyampaian post mesti kena 'adjust'..saya belajar menulis dengan 'skema'..hehee lebih mudah difahami dan dibaca:-)
kalau boleh saya tidak mahu ada sentimen-sentimen negatif terkandung dalam blog saya.
bukan takut dikomen,ditegur atau sebaliknya..tapi memurnikan hati dan minda sendiri saja.tidak lebih daripada itu..siapa tidak suka kalau hasil nukilan kita dibaca dan dikomen kan?..teringat saya pada perkongsian seorang sahabat blogger,apa yang kita tulis ni semuanya akan ditanya dihadapan Allah nanti.tulisan kita tanggunngjawab kita juga.


Baiknya sebuah artikel itu..adalah artikel yang mengajak kita kepada Allah dan kebaikan.
sama jugalah macam mana kita mencari seorang sahabat yang baik-baik^_^
tidak kisahlah nampak atau tidak..namanya juga alam maya, tapi melalui penulisannya kita boleh 'mengagak' orang itu jenis orang yang macam mana :-)
Disini saya jarang menggunakan ayat-ayat al-Quran ataupun hadis-hadis..
selain kelemahan yang ada pada diri sendiri..saya tidak berani menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau hadis-hadis sebab takut nanti ada yang tersalah faham atau disalah ertikan.apalagi orang baru belajar seperti saya,menghurai pun tidak pandai..payah nanti.insya'Allah bila pandai nanti..ada ilmu sikit-sikit bolehlah dikongsikan bersama :-)


Memperbaiki tulisan bukannya mudah ..dalam dunia ni mana ada yang senang kan^_^
terpulanglah kepada cara masin-masing..kalau saya pula lebih kepada pendekatan membaca..baca buku,blog atau apa saja yang penting membaca.(yang berfaedah)
banyak membaca banyaklah ilmu..banyak ilmu banyaklah idea mencurah-curah ke ladang gandum..hehee itulah namanya "Power of Knowing".Membaca buku-buku ilmiah,majalah, novel,surat khabar dan sebagainya..memang membantu sangat-sangat.bangsa membaca bangsa berjaya:-D sekarang baru terkejar-kejar baca buku ..kan dari dulu lagi cikgu ajar rajin baca buku tapi kita ni degil,masa mahu exam baru sibuk-sibuk baca buku, buku komik rajin pula dibaca :-)


Setiap orang ada kelebihan masing-masing,sama ada dari segi konsep blog,penyampaian atau gaya penulisannya.tidak perlu lah 'copy paste' cara orang.jadi diri sendiri cukup Ori sudah..hehee cuma kadang-kadang kita ni memang suka tengok cara orang tue, kita pun rasa mahu seperti dia juga kan?tidak salah kalau kita 'copy' benda yang baik-baik dan berfaedah.jangan disalah guna sudah!


Blog  satu medium perkongsian sangat baik..kalau dimanfaatkan kena pada tempatnya..
yang pendiam pun boleh jadi becok..hehee kena lagi dengan orang yang banyak cakap..
bla..blaa..tulisan panjang berjelah-jelah..siapa kisah kan?yang penting puas hati menulis dan berkarya..hehee lagi bagus kalau dapat 'feedback' dari pembaca kan?
satu kepuasan bagi saya bergiat aktif dalam dunia blog..huhuu walaupun tidak ramai pembaca dan kebanyakan kawan saya tidak suka berblog..kena lagi  kerja yang tidak sibuk macam saya,memang senang hati bah..:-) 

Inspirasi ada di mana-mana..teruskan berkarya,menulis dan terus menulis mewarnai ukhwah sesama manusia..berkasih sayang kerana Allah.

Selamat Maju jaya dalam berBlog^_^ 
tulisan bagi cantik-cantik jangan kasi comot, walaupun hakikatnya tulisan memang tidak kemas hehee..pilih font yang sedap mata bila membaca enrti anda,jangan terlampau blink-blink, tawar hati pula nak membaca.pemilihan templates blog yang kemas dan menarik,bagi yang tidak berapa pandai:-) bab-bab mengedit blog macam saya ni.minta tolong pakcik google cari saja..hehee

Paling penting kita kasi mantap isi blog masing-masing^_^ 









Sebenarnya kamu siapa?


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Assalammualaikum wbt..


Refresh minda..buka mata..tarik nafas dalam-dalam..Huhh..
melepaskan segala unsur-unsur negatif dalam hati dan minda..:-)
boleh kah?..insya'Allah semuanya boleh jika kita mahu!
positif negatifnya..terpulang kepada empunya diri.


Penat sebenarnya tengok perangai manusia..(spesis sendiri juga):-D
memang susah kita menilai orang hanya melihat kepada luaran sahaja..
iya..itu semua orang tahu "Don't judge book by its cover" kan..
tetapi hakikatnya orang tengok kita begitu..
pandangan pertama itu penting orang cakap..
untuk menilai sesorang baik kah tidak,tengok saja caranya bercakap dengan orang..
tengok kaki..tengok baju..tengok mata..tengok tapak tangan ?hurmmm..mengarut..:-)


direct to the point!..
Proses mengenal diri sendiri..berapa lama agaknya?1hari..1minggu, sebulan,setahun...??
perlukah bertanya kepada orang lain, dengan family,kawan atau orang lain yang kita kenal untuk mengetahui siapa sebenarnya diri kita..
orang cakap..tiada orang lain mampu mengenal diri kita melainkan diri sendiri.
huhh..rumit bagi aku..


Pakar motivasi ada cakap.."tanya diri kita dahulu, apa sebenarnya kita mahu?"


mind set kena betul..jangan dipengaruhi syaiitannn..
jangan terlampau banyak permintaan..fikir dan rancang setakat mana yang kita mampu.
step by step..hehee dengan sederhana laju,jangan main langgar saja...dont belok2:-D
silap-silap jauh dari matlamat dan sasaran..:-)
sebetulnya..berpegang pada tali Allah..malu aku bercakap pasal agama, tidak layak pun..:-( tidak apa kan untuk mengingatkan diri sendiri..
yeaahh aku boleh!!


Insya'Allah...Insya'Allah..insya'Allah.. your find the way...


Menyanyi tapi tidak berbunyi..^_^ 










P/s: Mari Mengenal diri sendiri..^_^

kerja baru,azam baru:;.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Assalammualaikum w.b.t


aku cuba menulis dengan hati dan minda yang terbuka..
menerima apa-apa pun kebangkitan idea di kepala..


selepas ini ..Blog ini akan kembali usang.
selepas ini..tiada lagi masa terluang untuk mengasah minda dan idea disini..
selepas ini..tiada lagi masa buat 'Blogwalking'..:-(


..sebenarnya aku mahu pergi mana??


tidak pergi mana-mana pun:-)
Ok. Next month kena tukar tempat kerja..dimana kesibukan akan melanda, tiada lagi masa untuk menghadap laptop seperti sekarang, tiada lagi masa goyang kaki jaga kaunter..tiada lagi masa untuk baca buku dan majalah..oh tidak!!..
facebook...bakal deactivate?? iya..aku sanggup!


Kena fokus!!..saya perlu nyatakan disini..sekarang juga! 
Aku mahu sangat sambung study...
dimana?..entahlah..Kos apa??..yang mana aku layak!.
Sungguh..aku sudah penat cari duit! aku mahu cari ilmu lebih!!
tapi orang belajar tinggi-tinggi pun sebab duit kan??gaji tinggi, pangkat tinggi, nama pun tinggi..iya kah?Ooo bukan begitu..bukan semua orang bermatlamat begitu kan:-)
Maafkan aku selalu buruk sangka..:-( Husnuzon..husnuzon....


Dimana-mana pun ada ujian dan cabarannya ..
peduli apa orang nak kata..huhh padahal aku memang sangat peduli pun.
sebab?..kita boleh tahu baik buruk diri sendiri..
kerja jadi sales boleh cari makan kah?..boleh bah..
jangan makan rezeki haram sudah!


Kena rajin buat sales banyak-banyak..iya,sebanyak yang boleh.
cukup bajet..ok! boleh terbang sudah^_^
tukar hp baru?..buat lesen?..tolak tepi dahulu..
sudah lebih dari cukup dah ni..ada laptop sendiri, hp sendiri (bukan second hand ok)..:-D
aku beli semua guna duit sendiri..bukan duit mak bapa ataupun kerajaan(PTPTN)..hahaaa
alhamdulillah merasa juga mak dengan abah duit gaji ku..^_^
orang alim ada mengingatkan..seorang anak yang mengangap dirinya sudah membalas jasa kedua orang tuanya adalah anak derhaka..ingat mengingatkan.:-)


Memang 'sedap' rasanya kalau makan dan pakai hasil titik peluh kita sendiri..
dari dulu lagi aku memang bukan anak manja..huhuu..
parents memang tidak bagi muka sangat kami adik-beradik..hehee..
sia-sia kau merengek sendiri..hahaa..
abah cakap kena usaha sendiri kalau mahu sesuatu ..
tapi siapalah yang mampu menghalang baik hati seorang ibu kan hehee..


aik..lebih-lebih pula..membebel panjang sendiri..


Semoga dipermudahkan nanti..ameen ya Robb..
bekerja dengan suasana baru..orang baru..
baju kerja baru..name tag baru...huhuuu semuanya baru..
azam pun mesti baru..yeaahhh! itu semestinya..heheee


cuma satu yang aku takut nanti..
dengan kesibukan yang baru..semoga solat aku pun tidak terganggu..
insyaAllah ..tidak! aku sanggup terima risiko kena marah manager..hehee
aku tahu ..manager kami memang baik hati bah..doakan sekali..:-)
terfikir cari kerja lain..pergi mana aku nak cari lagi..
cukup bersyukur dapat company yang bagi lepas waktu solat..
memang boss kami bagus dan baik hati hehee..
disini payah sangat cari 'tauke' bagi masa untuk pergi solat
..tidak tahu pula tempat lain..di tempat kamu kan..:-)

done! sedia tempuh ujian dan cabaran seterusnya..^_^ selamat berjuang BerR.






p/s:  ~Minta doa daripada sahabat blogger dan pembaca .semoga si penulis ini dapat
         menyambung pelajaran tahun ini bersama anda,seperti anda juga..ameen ^_^
         



















Ruang waktu::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Assalammualaikum w.b.t...


Melayani kesibukan jiwa yang memikirkan masa depan..
masa banyak terbuang dengan angan-angan..mengapa perlu kesa pasal masa depan ,
sedangkan hari ini belum habis dan mungkin hari esok aku tidak akan ada peluang lagi untuk buat perkara seperti hari ini??
buat kerja bagus-bagus..jangan fikir hari esok..
bersungguh-sungguh untuk hari ini..


sudah..







Jangan begitu bah::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

4 comments



Assalammualaikum w.b.t..dan salam sejahtera^_^


AMARAN.. INI BUKAN ISU POLITIK ATAU PERKAUMAN! 


Saya cuba menulis dengan gaya bahasa orang sabah..style kami konon:D 
rasanya bagi kami (orang di sini) cepat belajar,'tangkap' atau faham apa pun loghat dari seberang sana (semenanjung/borneo sarawak).Mungkin juga disebabkan pengaruh media atau filem2 melayu kita ni..mana ada filem dari orang sabah kan?ada tapi tidak banyak hehee..tapi kalau artis dari sabah memang banyak:-D .Yang aku pelik bila (kami nie) cakap sabah, loghat sendiri..ada pulak orang ketawa,eh? kenapa pula rasa lucu dengan kami,sedangkan kami boleh terima apa jua bahasa atau bangsa tidak kesa lah datangnya dari mana..kami ok jak bah:-)
kepada orang sabah..jangan lupa daratan sudah ..hihii


Sebagai contoh:-D ...(promote sabah sikit)
Disini kami ada ramai bangsa dan keturunan..paling 'famous' orang kadazan dusun, orang cakap mereka 'pure' orang borneo sabah.hehee..lain-lain ada Rungus, suluk, bajau(ada sama, ubian,laut)bugis,bisaya,brunei,tidung,sungai,iranun dan lain-lain...(kalau ada yg tidak tersenarai minta maaf) ini berdasarkan pengetahuan saya sahaja..:-) ada banyak lagi sebenarnya..boleh research sendiri:-D


***************
Teringat pula masa di Kem PLKN dulu, sanaa.. dekat Kem Bawah Bayu tuaran:-D,1st day para pelatih mendaftar,kami budak sabah memang awal sampai,kebetulan masa saya sampai di kem, satu blok tu sudah penuh.terpaksa masuk blok yang baru,blok sebelah memang full dan semuanya datang dari pelosok negeri sabah.kami ada beberapa orang saja dari sabah menghuni blok baru tu.rombongan pelatih dari semenanjung tiba petang tu,then masuk blok kami..hurmm memang nampak sangatlah 'berpuak2'.senyum pun tidak apalagi bertegur sapa.memang lah, kan baru 1st day..rilek2 dulu:-D
2nd day..Komander kami marah -_-" lepas itu baru buat rombakan penghuni blok.kasi campur-campur :-D..biasa tidak biasa lain cerita.


Setelah selang beberapa minggu barulah ok sikit:-) 
mereka pun belajar menyesuaikan diri di tempat kami:-)belajar sikit-sikit bahasa sabah, memang tidak dinafikan ada suara-suara sumbang,yang mengatakan kami (orang sabah) ni macam 'tinggal atas pokok lah', 'bahasa tidak sopan', 'ketinggalan zaman'..macam-macam lagi lah..:-D biasalah tue asam garam kehidupan kita yang berbilang bangsa..hehee
"kau..kau..aku..aku.." memang kalau didengar agak kurang sopan,cuma (itu) sudah jadi budaya percakapan kami disini..cakap dengan parent pun 'aku2'..hehee..sebaik-baiknya, cakap 'saya' lah kan..sopan sikit orang bilang bah kan.
**************
Biasanya orang yang tinggal sekitar pusat bandar,macam KK (kota kinabalu)..
bahasanya tidak sepekat orang kadazan dusun yang tinggal di daerah jauh dari KK seperti ranau,kota marudu,tambunan dan lain-lain^_^..dan kami disini memang faham antara satu sama lain,kami tidak kisah berkawan dengan orang bukan seagama, apalagi berlainan bangsa..menerima seadanya:-) sebab itu jarang sangat berlaku isu-isu perkauman disini.
best juga bah belajar loghat orang kadazan dusun^_^..


Kami lagi happy kalau ada kawan cina,india, atau 'mix blood' yang lain hehee..
Bab-bab perkauman ni memang sangat sensitif..kebanyakan sekolah disini pun 50/50 bilangan muslim dan non muslim..kecuali sekolah berasrama penuh (agama)..
Jarang sekali didengar 'debat2' pasal agama ni atau perkauman disini..kalau ikut pengalaman saya disekolah.di asrama pun hidup sebumbung ..kami menghormati kepercayaan masing-masing..
selalunya para pendakwah ni memang buat aktiviti senyap2..bagi menghormati agama orang lain.


Bagi pendapat saya, mana-mana agama atau kepercayaan pun tidak mahu dikutuk,dihina..apalagi direndah2kan, saya rasa Islam pun tidak pernah menyuruh kita bermusuh-musuhan dan kutuk-mengutuk ni dan agama lain pun begitu kan?Iman dan islam itu letaknya pada hati tulus dan suci..^_^ orang lain boleh menilai kita daripada segala tindak tanduk dan tutur kata kita sendiri.terpulang kepada diri dimana kita letakkan ISLAM itu sebenarnya. jangan negatif2 ok!:-) kita semua orang baik-baik kan...
huhuu..tiada niat pun nak tunjuk pandai..(siapalah aku) cuma blog ini jadi tempat 'melepaskan' segala idea2 dalam kepala ni..hehee 


ok balik cerita asal..
istilah "bah"..kadang saya ketawa sendiri kalau dengar orang yang baru belajar cakap sabah, 'suka hati'  buat ayat sendiri..Bah..bah..bah..semua ayat dipakaikannya 'bah':-D
trade mark lagu stacy.." kenapa bah kau berubah"..aca jak tu..


suka kamu lah bah..hehee tapi jangan sampai jadi macam dalam gambar ni


by pakcik google^_^
Siapa mahu perkara macam ni berlaku ?? tiada bah kan..oleh itu mari sama2 wujudkan kedamaian hehee..
Jangan pernah wujudkan sentimen-sentimen buruk yang boleh menggugat kepercayaan dan ikatan kasih sayang sesama manusia,tidak kiralah sealiran dengan kita ataupun tidak.termasuklah kawan sendiri hehee..respect each other kan?..ceawahhh..
isu2 politik saya tidak main OK..saya hanya seorang remaja dan rakyat sejati Malaysia...huhuu^_^ tidak pro mana2 pihak..


huhuu..aku fikir (kalau guna bahasa sendiri atau bahasa rojak nanti susah orang 'translet' blog saya) hahaa..mana tahu ada tourist datang buat lawatan sambil belajar di blog aku...huhuu perasan:-D


Done! entri ini hanya untuk mengisi ruangan blog dan ruangan minda bersama...
renung-renungkan dan selamat beramal..




p/s: Perkongsian ilmu dan pendapat secara berhemah dan berhikmah..
       







cerita semalam::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments


Semalam selepas pulang dari kerja..aku tutup rongga telinga dengan headset,mainkan lagu Maher zain..best juga sekali sekala layan lagu ni hehee..jarang sangat on mp3 aku ni..kebetulan hp ku lowbat..ok, layan lagu sekejap..sempat aku ukir senyuman kepada jiran2 sekerja:-)..mereka pun masing2 sibuk nak balik..tutup kedai.diterjah bisikan hati ..apa sudah aku buat hari? hurmm...buat aku berfikir panjang, replay balik segala tindak tanduk ku dari pagi sampai lah habis kerja..


***********
Datang seorang hamba Allah, baik hatinya menghantar aku pulang sehingga ke bus stop.then aku naik bas..layan blues sambil dengar lagu-lagu maher zain...senyap,sempat aku dongakkan kepala melihat keindahan langit dari tingkap bas..Subahanallah..


************
Sampai rumah..Macam biasa, bagi salam..mak aku tengah kusyuk tengok drama tv..:-)
ok, lepas bersihkan diri..join mak pula depan tv..cerita-cerita kosong ..^_^
panaskan air sekejap..tolong buatkan abah kopi..tiada selera pula aku makan.dah dekat jam 10..
Last2..bila tengok abah makan second round, hurmm bukan main berselera lagi..macam sedap mak masak hari ni..Ok makan!:-D..memang payah sangat mau diet..hahaa..


****** 
Masuk bilik ...buka buku " Lah Tahzan" Birthday present minggu lepas..:-)
belum pun sempat baca..ringing mesej masuk, buka hp..mesej dari kawan yang baik hati tadi ^_^..


" salam..kalau kau d tmpt sya tadi, kau marah kh klu sya balik begitu saja.tanpa tegur kau lansung..??"



glurrrp..eh, aku tidak tegur dia lansung kah tadi??
Astagfirullah..


ok! call dia terus..dia tak angkat lah pulak..


incoming call...:-)
dia memang baik hati..bisik hati kecil ku ..hihii..
Ini kes kecil hati lah ni..(sebelum buruk sangka datang):-)kawan aku ni seorang perempuan,:-) tua 2 tahun dari aku..hehee pangkat kakak lah ni..
tapi kadang ..macam aku pula jadi kakak..hahaa..
dia minta tolong ajar,ingin berubah..dekat dengan islam..
huhh..sedang diri masih tercari-cari..tidak apa, niat baik mesti diteruskan..nawaitu kerana Allah..aku bawa dia mengenal Allah,kami belajar sama2..semoga dipermudahkan untuk kami.insyaAllah...


********
Done! settle..bab2 orang kecik hati ni, memang payah sikit bagi aku,
huhh..aku betul2 tidak pandai bab pujuk memujuk ni..
yang aku tahu " aku minta maaf" dan jelaskan situasi aku yang sebenarnya..
positif negatif ..terpulang kepada si penerima...rasa kesal memang ada,tapi yang penting kita tidak akan ulang perkara yang sama buat orang kecil hati..atau terasa, baik dari segi tindakan atau tutur kata kita...
sila tegur saya...~_~


Allah paling suka orang-orang banyak bertaubat^_^


Kita ni memang suka kalau bab orang puji kita,sama ada pada kebaikan,kecantikan,kebijakan atau apa saja yang 'lebih' tentang diri kita..
walhal itulah yang selalu buat kita parah,hati ditusuk dengan sikap keangkuhan,tinggi diri,sombong,hipokrit,riak,ujub, takhbur..Nauzubillah..
ok! lepas ni kalau ada orang nak puji..tutup telinga..hehee:-D 
jangan kerna ilmu sedikit lebih, kita pula lebihkan diri sendiri sebab kelemahan dan kekurangan orang lain.:-( ingatan untuk diri sendiri..


Macam Prof.Muhaya cakap..apa yang baik dan lebih yang ada pada diri kita ni..semuanya anugerah dari Allah.sebab itu kita kena banyak muhasabah diri..
kejar akhirat bukan kejar dunia..
pada realitinya sekarang,kebanyakan orang sibuk mengejar harta,pangkat dan kedudukan..memang susah jumpa orang yang ''dekat hatinya'' dengan akhirat..
huhh..marilah berpesan-pesan..boleh bah kan?:-)

Yang baik semuanya datang dari Allah, yang kurang dan buruk itu datang daripada diri sendiri.


Umat Islam sentiasa boleh.!!






P/S: - Mohon tunjuk ajar dan bimbingan kepada yang lebih berilmu untuk aku memahami, mendalami dan
       mencintai Islam dengan lebih dekat lagi.bagi memudahkan lagi niat suci ini untuk membawa keluarga
       dan orang-orang disekeliling ku lebih dekat cara hidup sebagai seorang muslim yang sebenar^_^     







Nak jadi ulat buku^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Assalammualaikum w.b.t....

Baru hari dapat buka laptop..rindu pula dengan blog usang ku ni..
on saja laptop, terus buka blog..huhuu 
dengan ehsan kawan ku, pinjam charger laptop dia hari ni..hehee
charger ku masuk wad:-D kena tunggu seminggu lagi untuk dapat balik.

sejak kebelakangan ni..( kebetulan cuti online ) hehee..
jadi memang tiada peluang nak update blog usang ni.
saya banyak luangkan masa dengan baca buku..
kini saya semakin sukakan buku^_^ nak jadi ulat buku lah kononnya ni..

cerita pasal buku..Birthday saya baru-baru ni,Alhamdulillah dapat hadiah dua buah buku..

Novel ni Hadiah daripada daripada 'secret admire' hihihi


Alhamdulillah..bila jiwa dididik dengan ilmu sedikit sebanyak membantu kita mendidik diri ke arah yang lebih positif, bermotivasi dan sentiasa bermuhasabah..
Baru saya tahu macam mana rasanya jadi ulat buku..hehee ( baru jadi anak ulat) :-D 

kalau zaman sekolah dulu ..memang liat sangat mau baca buku tebal-tebal ni..
apalagi novel cinta ..baca pun ikut mood,masa di sekolah pula, peruntukan (kewangan):-) amat terhad untuk beli buku bacaan selain buku akademik..hehee almaklum lah budak sekolah..
selalu baca buku-buku ilmiah masa di perpustakaan sekolah ..kebetulan rapat dengan cikgu jaga library..memang kamceng^_^ cikgu selalu share buku yang best2..:-)

sekarang tukar mood daripada pembaca setia buku komik dulu, beralih pula kepada buku-buku ilmiah..memang jauh bezanya, kebanyakan 'ulat buku' yang saya jumpa memang otak geliga..hehee bercakap dengan hikmah, fuhh kalau bab-bab mengayat memang diorang power..di sekolah dulu, ramai kawan yang kaki novel..dunia khayalah dan fantasi..
asyik bercakap pasal novel..novel..cinta..cinta..memang mengkhayalkan:-D
tapi memang tidak dinafikan melalui bacaan kita mampu berfikir dan bertindak lebih waras. yakah ?..betul bah kan..^_^ jangan sampai terjebak dengan 'cinta palsu'.

Saya bermula dengan membaca artikel2 islamik di laman-laman web..blog2 dan macam2 sumber lagi.terpulang kepada kita sendiri macam mana manfaat masa yang banyak terluang depan laptop..hehee..sejak mula berjinak-jinak dengan dunia blog. hati saya sudah semakin tawar untuk 'facebook' hahaa...
saya harap boleh jadi 'ulat buku' yang berjaya..mengumpul sebanyak yang boleh koleksi buku..^_^ kebahagian membaca hanya mampu diraih oleh orang2 yang betul2 mencintai ilmu dan buku.perggrrhh...


Insya'Allah dimana ada kemahuan disitu ada jalan..hehee..jangan ambil jalan yang salah sudah.:-D 


Jom Membaca..!!!
saya masih belum terlambat..
tidak kesa lah apa orang nak cakap, semua benda kena bermula dengan langkah pertama bah kan:-)?  jangan kasi lama ..






Meraih diri sendiri^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM on

5 comments



Assalammualaikum wbt..


Perasaan dilanda rasa hiba..Ntahlah, lepas 'dating' dengan Dia, baru terasa lega..
ok..post ni  sebenarnya untuk hari esok tapi memandangkan rumah tiada wifi, saya buat entri untuk diri sendiri malam ni..huhu ^_^


"Happy Birthday" ..itulah wish saya rasa paling simple setiap kali orang birthday kan.
sudah cukup untuk menggembirakan bagi orang yang menyambut tarikh kelahirannya.
kalau zaman sekolah saya, sudah menjadi 'trend' untuk kenakan orang birthday ni..
apalagi kalau pelajar hostel..(boleh dianggap juga satu pembaziran) sudah menjadi asam garam kehidupan pelajar asrama..disimbah air, tepung, telur..dibuatnya kita macam 'roti' pulak:-D..dalam diam saya rindu kenangan itu. 


Teringat satu pengalaman masa form 4 tidak silap,saya rasa itulah pengalaman yang paling teruk yang saya pernah lalui dikenakan kawan-kawan.lepas saja masa study petang di aspuri ..habis kepala ku dihumban dengan telur,lepas telur dihentam pulak dengan tepung..:-D habis badan ku basah kuyup disiram air satu baldi..terpaksa menyorok dalam loker bilik study dengan keadaan basah kuyup bercampur bauh telur dan tepung.
ya Allah..saya dikejar macam budak-budak( memang budak pun):-D walhal sudah besar panjang..geng kami ni memang agak kebudak-budakan.hahaa..:-D walaupun kami ada warden,kami buat aspuri macam rumah kami sendiri..(itulah yang sebaiknya:-D) kebetulan pula warden kami yang sangat penyayang orangnya,cukup memahami 'kenakalan' kami anak-anaknya..memang wajarlah dia mendapat gelaran 'Bonda Aspuri'.:-) terima kasih buat Ustazah.Rahmah Omar ali..


Memang tidak dinafikan zaman persekolahan lah antara zaman paling menyeronokkan.
start saya dilantik timb.pengawas aspuri masa form 4..banyak sangat benda yang kena belajar..orang cakap ke arah yang lebih 'matang' lah konon.huh..menjaga beratus 'anak orang' termasuk juga senior-senior dengan ragam tersendiri.saya pun masih tertanya-tanya mengapa saya dipilih untuk menjadi pemegang jawatan itu.iya..walaupun skopnya nampak kecil tapi beban atau tanggungjawab kami cukup mencabar.sukar saya luahkan disini. Allah jualah yang tentukan semua ini..itulah hakikatnya^_^ Alhamdulillah ..sejak itu saya banyak berubah dan merubah diri sendiri.kebetulan ada  sedikit basic kepimpinan setelah menganggotai PRS (pembimbing rakan sebaya) sedikit sebanyak membantu "Pimpin diri sendiri dahulu,barulah pimpin orang lain"..


Saya rasa cukup bertuah sebab dibimbing oleh barisan senior-senior atau mantan pegawas asrama yang hebat-hebat.selain itu mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada guru-guru yang cukup dedikasi.huh..saya rindukan saat-saat itu, saya banyak dididik oleh kehidupan di asrama.disitulah jugalah baru saya mengenal ISLAM dengan lebih dekat..jiwa dan roh saya seakan-akan tertinggal disana.sehinggakan mak dengan ayah saya bertanya.." kenapa jarang sangat balik rumah bila ada cuti sekolah''..?:-) sibuk dengan pelbagai aktiviti sampai lupa nak balik rumah..ntahlah saya lebih selesa duduk di asrama,sebab solat saya lebih terjaga, boleh solat berjemaah, bersukan..dan macam-macam lagi aktiviti kami buat di asrama..itu yang jarang balik rumah.bukan tidak sayang rumah, siapa yang tidak sayang keluarga kan? (bukan itu jadi persoalan)..:-)


Kalau nak diceritakan background family panjang lebar lah pulak nanti..


Terima kasih buat insan yang cukup memahami,menyanyangi dan sabar melayani  kenakalan ku..(nakal sikit,tidak banyak)  akak dan sis cukup bersabar hehee..:-D mereka  sudah buat saya macam adik kandung sendiri ..ada hikmah juga saya tiada seorang kakak.kasih sayang seorang kakak jauh bezanya dengan kasih sayang seorang abang..(kontrol macho jak lebih)...hahaa..:-D 
tapi saya tahu bukan semua abang macam tu..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita^_^


Pejam celik pejam celik..im already 21 ..huhuu, boleh mengundi sudah:-D Alhamdulilah..tidak ternilai apalagi dihitung nikmat Nya..semoga 'dewasa' ini saya boleh mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Nya..sungguh!! saya perlu banyak perbaiki diri ini..kepada mak, ayah dan seluruh ahli keluarga...tanggungjawab seorang anak tidak akan luput sampai ke liang lahat.apalagi 'tanggungjawab' hamba kepada Tuhannya..saya masih sangat jauh..InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh Nya jalan kesitu.amin..anda dijemput membantu juga hehee..^_^


Terima kasih buat kamu yang masih mengingati diri ku..
(buat apa orang mau ingat kau berR..:-D)
kepada sahaba-sahabat dan juga semua kawan-kawan..
terima kasih semuanya ya^__________^


Aspuri kami yang tercinta



Penghargaan


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments



Assalammualaikum wbt..


Membuat penghargaan ini dalam masa 20 minit..^_^
16 Mei ..Selamat Hari Guru Cikgu..ucapan tanda ingatan kepada insan yang berjasa dalam hidup kita..Cikgu, jasamu tidak terbalas dengan harta apalagi dengan kata-kata..
siapa pun yang berjaya pada hari ini..semuanya hasil didikan dan tunjuk ajar cikgu^_^
TERIMA KASIH cikgu..


Hari ini saya sempat hantar SMS,kepada semua guru yang ada dalam contact list dalam hp.
hampir kesemuanya balas  mesej ku..saya tumpang gembira:-) terharu sangat apabila ada cikgu2 yang masih memberi sokongan walaupun saya bukanlah seorang anak murid seperti sahabat-sahabat yang lain:') terima kasih cikgu ..


mesej seorang guru buat muridnya..." jangan pernah putus asa, doa cikgu tetap bersama. kita hanya mampu merancang Allah jualah yang menentukan. kita kena redha apa pun perancangan Nya kerana mungkin itulah yang tebaik buat kita.insyaAllah kamu akan berjaya juga,kejayaan itu tidak dilakar hanya pada akademik sahaja"
tidak terkata..mata semakin berkaca..rasa rindu sangat pada cikgu.pada setiap kata-kata semangat mu..


TERIMA KASIH CIKGU..
JASAMU AKAN KU KENANG SELALU..
SETIAP LANGKAH PERJALANAN KU...
PADA SETIAP LAKARAN KEJAYAAN KU..
AKAN KU SEMAT DIHATI SEGALA PESAN MU..
WALAU JAUH KITA DIDEKATKAN OLEH KASIH SAYANG ITU..
AKU BANGGA MENJADI ANAK DIDIK MU..
TERIMA KASIH CIKGU..
















posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Assalammualaikum w.b.t..


Dalam keadaan terbatuk-batuk sempat lagi buat entri baru..^_^
memang tidak boleh duduk diam..kalau dah jadi habit beginilah jadinya..
padahal idea semuanya "kosong" sekadar mengisi blog usang ku ni..:-D
bekerja dengan suara 'rock' begini,boleh tahan aku kena perli..
sudahlah kerja jadi sales..huhuu..biarlah bah kan:-) rock pun rock lah..


kadang-kadang kita ni perlu juga ada 'sakitnya'...
siapapun tidak mahu sakit, apalagi didatangi musibah.
dengan kerja yang tergendala..iya macam tu selalunya..
mudahnya hati kita suka pada "gembira"..
selesa..tanpa sebarang musibah, siapa tidak suka kan??
ketawa berdekah-deka.huhh mudahnya hati lupa pada Dia.
harap juga ada orang menyapa "sudahlah ..banyak sangat kamu ketawa"...
jarang..dan memang itulah hakikatnya,dunia kita pada hari ni..


Dalam sakit ada bahagia..walaupun sakit tu membuatkan urusan seharian kita agak terbatas.tapi kena kuatkan semangat juga..sakit itulah yang boleh buat kita bermuhasabah sentiasa dan ingat pada Allah..
tapi bukan semua..Huhh diri ini juga,tunggu diketuk-ketuk  ima didada..:-(


oleh itu pentingnya kita berpesan-pesan..
dirumah, tempat kerja..atau di mana saja..
menegur dengan perasaan kasih sayang...wahh..
mampu kah aku buat macam tu juga??..Ya!! aku boleh bah,InsyaAllah..



















Last


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Semuanya akan berubah..
sekarang..esok...lusa..ntahlah
jangan pernah kau mengharap tinggi di langit..
bila kau kecewa , bangun semula pun payah
aku hanya mampu berdoa


Assalammualaikum::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments


Assalammualaikum

Mood menulis datang tiba-tiba..hee
cerita tentang seorang sahabat^_^
kami kenal lebih kurang setahun macam tue..:-)
Berkenalan semasa di surau..indah sungguh bila diingat semula perkenalan itu.
Budak perempuan yang terbaik pernah aku jumpa,setakat ini dan disini.
orang seperti dia memang susah mau cari..kenapa?

Saya kagum dengan ketulusan hatinya..wajahnya tidak lekang dengan senyuman..
eh..semua orang pun pandai senyum bah:-)
ya..semua orang boleh senyum, tapi dia bukan saja suka senyum, tapi ramah dengan semua orang,even orang tue dia tidak kenal..dia suka bertegur sapa dan memberi salam.
so setiap kali kami jumpa mesti salam..orang senyum tengok kami:-)
dia sentiasa bertanyakan khabar..bukan dengan saya seorang..tapi dengan semua orang yang dia kenal..tidak kesa lah kenal lama atau tidak.

Bagusnya kalau kita juga terdidik bersama orang-orang yang macam ni,
saya banyak belajar dari dia..insyaAllah saya cuba praktikkan di mana-mana.
pernah sekali...terjumpa dengan sekumpulan pelajar rasanya lah..
saya bagi salam "Assalammualaikum"...yang jawab seorang saja,
terdengar ucapan seorang daripada mereka.."eh siapa budak tue,kamu kenal tak"
Hurmmm...itulah kan,sudah jadi budaya..kenal baru bagi salam,tak payah cakap kenal..
kadang-kadang kita kenal orang tu pun, sepatah pun payah nak diucapkkan..

semoga kita terus menyemarakkan kasih sayang di bumi Tuhan, 
at least senyumlah..:-) insyaAllah sama-sama kita perbaiki diri dan berusaha untuk mengamalkannya..Aminnn

Wallahualam..





P/s: - Eratkkan silaturrahim sesama kita..biarpun di alam maya, yang penting pandai jaga tata susila
       - saya sayang kamu juga^_^
    

"Attitude"


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Assalammualaikum w.b.t


" Attitude = "sikap"
setiap orang ada sikap masing-masing..sama ada baik atau buruk terpulang kepada individu macam mana dia pamerkan atau tunjukkan dengan orang lain. negatif dan positifnya orang yang menilai kita.
Menjaga sikap atau 'attitude'..orang moden lah selalu cakap ..:D penting lah sangat!


Ini mengikut pengalaman saya sendiri..rasanya semua orang pernah melalui,cuma bezanya dari presepsi masing-masing..alhamdulillah sebab saya terdidik bersama orang yang baik-baik.dimana saja  berada saya pegang 'attitude' ini "saya budak baik" :-)"saya sayang ISLAM',untuk itu kena bersiap sedia, menjaganya sebaik mungkin.saya sendiri masih belajar tentang islam.memang wajib pun kita belajar,belajar bukan bermaksud sekadar belajar 'pendidikan islam' atau 'pengajian islam' di sekolah,universiti,pondok kah..ISLAM itu sangat luas merangkumi semua aspek kehidupan lahiriah dan rohaniah.dimana-mana pun kita boleh belajar itu bagi pendapat saya sendiri sahaja.Tapi kena berhati-hatilah,kepada siapa kita bertanya mahupun beguru..ialah zaman sekarang kan macam-macam ada..paling penting belajar islam dengan cara yang tepat dan berlandaskan syariat^_^


Pesan Rasullah s.a.w yang bermaksud:
"Orang islam yang sebenar ialah mereka yang menyelamatkan manusia daripada kejahatan lidah dan tangannya"


Belajar ilmu agama memang banyak dugaannya,mesti banyak bersabar.kena lagi sekarang dengan banyak ajaran sesat,dan pelbagai fahaman,bermacam aliran contohnya islam liberal,pluralisme agama,..huh macam-macam.tidak boleh juga kalau kita ni main 'ikut' saja.tidak tahu mahu percaya siapa?..percaya dengan diri sendiri cukup.itulah penting dan perlunya kita belajar ilmu dalam pelbagai bidang,atau aspek-aspek kehidupan yang lain.orang yang belajar tinggi-tinggi pun boleh kena tipu apalagi orang macam saya ni ilmu pun tak sampai sejemput^_^


Imam Abu Yazid al-Bustani mnegingatkan
"Kalau kamu melihat seseorang yang diberi keramat sehingga ia boleh terbang di udara,janganlah kamu tertarik kepadanya kecuali kalau dia melaksanakan suruhan agama dan menghentikan larangan agama serta membayarkan sekalian kewajipan syariat"


Bagi saya berpegang kepada ajaran Islam bukan hanya  dengan melabelkan  islam sebagai "islam agamaku" tapi islam itu adalah kehidupan kita.Sungguh..:-( saya daif dalam bab ini, atas kesedaran itu saya perlu berusaha untuk mencari dan mendalami islam,dan berharap satu hari nanti ada seseorang yang boleh membimbing dan mengajar tentang islam keseluruhannya amin ..insyaAllah.itu satu keperluan untuk hidup dunia dan akhirat


Amat penting bagi kita seorang muslim, menjaga sikap dalam masa yang sama menjaga 
nama sendiri,keluarga dan paling penting menjaga nama agama kita yang tercinta ISLAM!Mungkin pengalaman saya di sekolah tidak sehebat anda di luar sana..
saya bertanya kepada seorang budak..lepasan SPM dah pun " kenapa tidak pakai tudung dik"? "ala kak.. buat apa pakai tudung kalau memalukan agama sendiri, sama juga bohongnya kalau pakai tudung tapi pakai baju ketat-ketat,touch sana touch sini dengan lelaki bukan muhrim,saya belum bersedia katanya" fuhh..senyum saja lah:-) 


Saya sudah merasa bagaimana menjadi seorang yang menjaga 'attitude'nya dengan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh islam memang cukup luar biasa..kita tidak perlu minta penghormatan, penghargaan atau difahami orang lain tapi kita akan dapat 'itu' secara tidak lansung.seolah-olah saya seorang mualaf:) hakikatnya tidak,kadang malu pada diri sendiri dan orang lain:-( Islam macam mana kah saya ni??
saya tidak kisah apa orang cakap..saya tidak malu bertanya, siapa pun anda :) dunia Blog memang banyak menbantu juga..memberi inspirasi , motivasi dan paling penting perkongsian ilmu dunia dan akhirat. saya suka "blog Islamik"^_^


Pernah juga mendengar bisikan-bisikan syaitan,iaitu orang-orang yang tidak suka kepada orang yang belajar agama.mungkin jarang ditempat anda..tapi alhamdulillah saya masih bertahan sehingga ke hari ini,dengan pertolonganNya juga.ada yang cakap "Obses agama", 
"tunjuk baik" lah..umat akhir zaman..start pakai tudung pun lepas PMR,macam-macam penghinaan aku dapat..kena pula tinggal dengan orang-orang cetek ilmu agama, saya tidak salahkan mereka..anggap sajalah mereka 'tidak tahu'..kita boleh mulakannya dengan langkah pertama..kalau nak orang berubah, diri sendiri dahulu kena berubah, lepas itu keluarga..dan seterusnya..
cukup sempurna sudah Nabi s.a.w memberi panduan kepada kita..
kalau tidak tahu?..tanya kepada yang tahu dan pakar^_^
belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit..hehee


Kalau sudah tahu, belajar dan praktikkan...pelan-pelan bah:-)
InsyaAllah berkat doa dan usaha semuanya akan mudah..
Kalau sudah tahu juga,jangan kedekut ilmu..
share-share bah kita ^_^ 





P/s: ~ Sila  tegur dan betulkan kalau penulisanku salah atau tidak betul.
       ~ Amat dialu-alukan untuk memberi sebarang pendapat atau cadangan  
       ~ tulisan ku tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun ^_^ hanya sekadar pandangan
         dan pendapat sendiri.