Nota Kerja..

by pakcik google.


Bismillahirahmanirrahhim...


Assalammualaikum wbt..
Kesibukan melanda, terasa lenguh pula kaki dan lutut berdiri berjam lamanya.
kiranya teringin juga mahu tukar opsyen kerja.penat pula buat kerja sales.
dimana lagi aku mencari lorong-lorong kerja baru..?
sedangkan orang lain yang punya degree/diploma berlambak di luar sana mencari ruang kerja.tapi masih belum ada peluang bekerja.Pokoknya,kalau mahu kerja,kadang-kadang terpaksa lupakan soal kelesaan dan minat sendiri:-)


Apa pun peluang kerja di depan mata kena ambil tanpa banyak soal.fikirku ..
teringat 1st time masuk kerja, manager train seminggu,memang perah otak!bekerja di  sebuah 'concept store' handphone,terpaksa jugalah diri ni di 'konsep'kan:-D setiap pekerjaan pun ada cabarannya yang tersendiri.walaupun kerja kita orang nampak senang atau mudah,diri kita sendiri saja yang faham:-) 
ramai dikalangan kita yang menjadi  penganggur yang 'berjaya' ketika ini, disebabkan terlalu memilih kerja,sentiasa meletakkan status diri sendiri hanya layak di tempat-tempat yang tertentu sahaja.positifku..bukan semua orang berfikiran sedemikian rupa kan:-)


Hanya kerana ada segulung ijazah dan diploma mahupun sijil, kebanyakan kita selalu letakkan 'target' untuk bekerja dalam sektor kerajaan atau bekerja di syarikat-syarikat besar dengan alasan lebih menjamin masa depan walhal apa-apa pun jenis pekerjaan (jangan saja pekerjaan yang HARAM) seseorang itu boleh berjaya ke tahap yang lebih tinggi seperti yang diimpikan semua orang,yang penting memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan sekarang.ceahh..perli diri sendiri nampak:-D
tidak perlu lagi banyak berdalih, seolah-olah kelulusan yang dipegang dijadikan 'ego' yang sukar diluturkan.hakikatnya Allah telah mengatur hidup kita dengan sempurna, cuma kita yang suka pilih jalan pintas,asal mudah,senang,tidak penat..dihujung jalan harapan kita sendiri yang punah.


Bila aku difikirkan semula, memang berat hati tinggalkan tempat kerja.Rasullah dan isteri baginda saidatina khadijah 'sales person' juga kan^_^ sedapkan hati sendiri:-)
kita buat kerja apa pun kena ikhlas, walaupun ada tekanan, hilang mood dan pelbagai lagi masalah.semestinya penat itu tetap ada..hehee, Bos pun penat bah fikir itu ini..apalagi kita sebagai orang bawahan,alhamdulillah juga dapat company yang memahami 'tuntutan' seorang muslim.insyaAllah ibadah tidak terabai..


time to rest..





Ulasan

Unknown berkata…
Semoga cekal dan tabah..

Berdoa moga kita dikurniakan kerja yang baik..

:)
Berlinda Ibrahim berkata…
@ Azree
insyaAllah...
Ameen..semoga kejayaan juga milik kita ..^_^

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.