Nota Pertama
Ketenangan yang tersirat. |
Bismillahirahmannirahim...
Semalam aku berfikir panjang..kemana halatuju selepas ini..
sampai bila aku disini??...soalan itu memang buat aku stress..
Mencari kekuatan disebalik kelemahan dan kekurangan diri sendiri..
Jangan tanya apa lagi yang kurang..nanti nafsu yang banyak menjawab..
setitik pun susah sangat difikirkan,padahal itu juga nikmat dari Nya..
rasa banyak sangat yang 'spoil' hari ini...
Muhasabah diri banyak-banyak..itu yang terbaik.
Hari ini tukar ''Blog title''..Entah dari mana datangnya idea "Nota ilmu jalanan''.
title yang dulu?.."All About Life" aku malu sendiri, setelah berbulan-bulan aku habiskan masa bersama blog ini.baru perasan..title itu memang tidak sesuai untuk blog usang ku ini.sejak mula berjinak-jinak dalam dunia blog ni tiada hati pun untuk buat post dalam bahasa orang putih yang diagung-agung sekarang.aku sendiri rasa 'bodoh' bila cuba menulis dalam bahasa inggeris, fikir juga kelemahan diri sendiri yang tidak menguasai subjek itu sejak di bangku sekolah..setakat level 'oklah'..faham dan menulis memang payah sangat nak mengayat.BM jugalah yang terbaek!^_^ bahasa jiwa bangsa..ceahh:-D
Ok! akhirnya..terciptanya "Nota Ilmu jalanan". bisik hati ku ..(ok ngam lah tue) lagipun perkongsian dalam blog ini bukan dalam bentuk formal..aku bukanlah sehebat blogger lain yang berilmu tinggi, berstatus siswi/siswazah..apa pun aku kagum kehebatan mereka pada pena-pena dakwah ni.kegeligahan otak blogger yang pandai 'explore' blog sehingga boleh menjadi seorang blogger yang berjaya,dihormati dan dikenali ramai orang. walaupun hanya di alam maya..aku belajar blog ini pun atas ehsan manager ku yang baik hati,tolong ajar buat blog ni.rata-rata kawan-kawan aku memang tidak minat berblog:-)
belajar sikit-sikit..sahabat-sahabat blogger juga banyak membantu,dengan macam-macam tutorial..kamu memang terbaik! dengan artikel-artikel yang menarik,kreatif dan paling penting ialah perkongisan ilmu yang bermanfaat dunia akhirat.Cun!
Kewujudan blog usang ini diharap boleh membantu aku untuk terus mencatat nota-nota yang baik dan berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain sebagai diari ilmu perkongsian bersama..tidak pula terfikir untuk jadikan blog in sebagai tempat luahan rasa.insyaAllah tidak..disini hanya tempat aku mencurahkan idea-idea lapuk yang aku kutip sepanjang perjalanan hidup ini bergelar seorang insan, hamba kepada Nya dan juga mengisi masa lapang remajaku..kalau diizinkan Nya sehingga ke usia tua ..ameen.
Tiada duka yang abadi..macam opick cakap^_^
Semoga diberikan kekuatan untuk istiqomah di jalan ini,
kadang rasa keseorangan,tapi apa boleh buat mereka juga perlukan aku.
kalau bukan aku siapa lagi.Never give up! chayoo..chayooo:-D
Teringin juga ada orang tolong tengok-tengokkan aku, tegur dan ingatkan aku selalu.
tapi yang berlaku adalah sebaliknya..sedapkan hati sendiri ( kau yang terpilih ) ^_^
Dengan ini rasmilah "Nota Ilmu Jalanan" ..hehehe
Ulasan