Bulan Baru..


Bismillahirahmannirahim...

Assalammualaikum wbt...

Penghujung bulan Jun,esok datang pula bulan baru ,begitu pantas masa berlalu mahu tidak mahu, kita sudah pun menghabiskan masa atau umur genap setengah pada ketika ini.di tahun 2011..apakah kesudahannya pada diri ?

Tepuk dada sendiri, Mengakui kelemahan diri yang tidak pandai mengatur dan mengurus masa sendiri. Jadi saya rasa tidak layak bercakap soal masa kepada orang lain.cermin diri sendiri dahulu...Masa terbuang begitu saja,akhirnya membelenggu diri sendiri.keterbatasan yang kita ada..sukar sekali untuk bercakap kelemahan yang ada pada diri apalagi bercakap soal orang lain.memang tidak patut dan tidak wajar bagi saya.

Tiada masa untuk mengkritik sana sini,sekarang..esok lusa ,entah masih ada kah lagi untuk kita? cukup untuk kita bermusahabah diri ketika ini lagi baik jikalau berterusan insya’Allah.berapa peratus sangat kita mengingatkan diri soal kehidupan di akhirat kelak,ingat mati,ingat neraka?..banyak sangat ingat dunia begini lah jadinya.tahniah buat anda sahabat-sahabat yang sentiasa berdamping dengan majlis-majlis ilmu, bersama orang-orang soleh sekurang-kurangnya ada juga orang yang mengingatkan masa lalai dan menegur kesilapan atau kesalahan.

Terasa sangat kerendahan diri apabila berada dikalangan orang-orang yang berilmu.lidah terus jadi keluh,sepatah pun terasa berat untuk diucapkan.seolah-olah ada orang yang  mengawal lidah ini..apabila kita suka bercakap tentang kebaikan, secara automatik kita akan benci pada kejahatan.apabila kita selalu mengingatkan orang tentang ilmu ,secara tidak lansung juga kita cintakan ilmu itu.bodoh sombong namanya kalau bercakap banyak tentang sesuatu walhal kita sendiri kurang tahu dan kurang faham bukan?

Kalau sukar untuk melenturkan ego ,lebih baik diam saja..ketidaksempurnaan iman,diakui semua orang,tapi kita mampu berusaha untuk memperbaikinya..untuk menjadikannya lebih baik walaupun tidak sempurna.jarang sekali orang mengakui dirinya sempurna iman..setakat ini saya belum pernah dengar.cara kita semua berbeza..pengalaman hidup kita pun tidak sama, bagaimana mengenal baik buruk sesuatu itu.semua orang ada cerita tersendiri..yang pasti tetap berhikmah.

Belajar untuk menerima kekurangan atau keburukan orang lain, memang sukar bagi saya sendiri, huh..saya masih berusaha untuk perbaiki kelemahan itu ,repair mana-mana yang patut..banyak sudah yang berkarat, sebelum bertambah karatnya lagi  baik service awal-awal selagi mampu.minta bantuan mana-mana untuk service mana yang patut..kepada siapa?kita tentukan sendiri..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.