.

.

Nota Tengah malam::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments



Bismillahirahmanirrahim....

Mata masih tidak mahu dilelapkan, menyendiri dalam bilik berteman bunyi kipas dan alunan lagu iktiraf.

Entah rasa rindu seperti ini jarang sekali menerpa..sudah beberapa hari ‘bercuti’. mudah sungguh hati tercemar dalam keadaan begini.terkena lagi dengan orang cepat lalai macma aku.itu yang selalu kena muhasabah..’mengasingkan’ diri daripada dunia luar memikirkan hal dunia yang tiada kesudahannya.

Alhamdulillah merasa juga sedikit nikmat menjaga ibadah..tidak apa walaupun sedikit  tetapi berterusan dan berkekalan.insyaAllah..setiap masa aku cuba manfaatkan dengan menambah ilmu dari semua sudut ilmu.cukup berbaloi..daripada banyak-banyak benda yang pernah aku buat selama ini.terasa diri sangat-sangat kerdil dan hina diantara semua..

Alhamdulillah dada terasa sedikit lapang..Jarang sekali berbual panjang dengan abah..selalunya lepas balik kerja masa di ruang tamu amat terhad,apalagi masa menonton tv.malam ni rajin pula abah berkongsi cerita kisah silamnya..^_^ sambil kami menonton tv sama-sama.Tidak sangka hati ini tersentuh oleh bicara  si adik2 ku  yang celik dalam forum ‘Kasih Ayah’ tadi.mahu saja aku suruh abah ketuk kepala anak yang keras kepala macam aku ni.tanpa segan silu ..boleh2 aku teriak ,terima kasih ayah.:’) kegembiraan seorang ayah hanya tegambar daripada senyumannya.al fatihah buat sahabat-sahabat yang sudah 
kehilangan seorang ayah.tidak tergambar kedukaan kalian.

Mata turut berkaca malu pula aku menangis depan tv huhuu,ucapan tadi sampai ke hati,menusuk ke dalam jiwa.terima lasih ayah..menjaga,mendidik dan sabar dengan karenah kami adik beradik.jauh sekali kami dipanggil anak soleh dan solehah..anak yang baik?mungkin iya mungkin tidak..terasa sangat tidak layak melabelkan diri seorang anak yang ‘baik’.insyaAllah ayah mak..berkat doa kalian..semoga kami menjadi anak-anak yang taat:’)

Sempat telinga ini mendengar luahan abah tadi...’’tidak payah susah-susah belikan kami apa-apa,cukuplah kamu jadi anak yang baik dan Berjaya nanti’’ tangan terus jadi lemah ketika sedang memicit-micit badan mak yang sudah lena/masih mendengar perbualan aku dengan abah di ruang tamu.Mak memang alert  semua perkara kan?

Ya Allah jauhkan aku daripada menjadi anak derhaka,nauzubillah.’’bisik hati ini.semoga kami menjadi anak-anak soleh dan solehah,Berjaya dengan restu dan berkat daripada mak dan abah.ameen..

Mahu tidak mahu mata kena paksa untuk dilelapkan..besok pagi kena turun kerja.sudah pukul 1.41 pagi..

Selamat beristirehat hati,jiwa dan minda...seluruh anggota pancaindera...

Selamat malam.. -_-


2 comments