Nota Tengah malam::.
Bismillahirahmanirrahim....
Mata masih tidak mahu dilelapkan,
menyendiri dalam bilik berteman bunyi kipas dan alunan lagu iktiraf.
Entah rasa rindu seperti ini jarang
sekali menerpa..sudah beberapa hari ‘bercuti’. mudah sungguh hati tercemar
dalam keadaan begini.terkena lagi dengan orang cepat lalai macma aku.itu yang
selalu kena muhasabah..’mengasingkan’ diri daripada dunia luar memikirkan hal dunia
yang tiada kesudahannya.
Alhamdulillah merasa juga sedikit
nikmat menjaga ibadah..tidak apa walaupun sedikit tetapi berterusan dan berkekalan.insyaAllah..setiap
masa aku cuba manfaatkan dengan menambah ilmu dari semua sudut ilmu.cukup
berbaloi..daripada banyak-banyak benda yang pernah aku buat selama ini.terasa
diri sangat-sangat kerdil dan hina diantara semua..
Alhamdulillah dada terasa sedikit
lapang..Jarang sekali berbual panjang dengan abah..selalunya lepas balik kerja
masa di ruang tamu amat terhad,apalagi masa menonton tv.malam ni rajin pula
abah berkongsi cerita kisah silamnya..^_^ sambil kami menonton tv sama-sama.Tidak
sangka hati ini tersentuh oleh bicara si
adik2 ku yang celik dalam forum ‘Kasih
Ayah’ tadi.mahu saja aku suruh abah ketuk kepala anak yang keras kepala macam
aku ni.tanpa segan silu ..boleh2 aku teriak ,terima kasih ayah.:’) kegembiraan
seorang ayah hanya tegambar daripada senyumannya.al fatihah buat
sahabat-sahabat yang sudah
kehilangan seorang ayah.tidak tergambar kedukaan
kalian.
Mata turut berkaca malu pula aku menangis
depan tv huhuu,ucapan tadi sampai ke hati,menusuk ke dalam jiwa.terima lasih
ayah..menjaga,mendidik dan sabar dengan karenah kami adik beradik.jauh sekali
kami dipanggil anak soleh dan solehah..anak yang baik?mungkin iya mungkin
tidak..terasa sangat tidak layak melabelkan diri seorang anak yang ‘baik’.insyaAllah
ayah mak..berkat doa kalian..semoga kami menjadi anak-anak yang taat:’)
Sempat telinga ini mendengar luahan
abah tadi...’’tidak payah susah-susah belikan kami apa-apa,cukuplah kamu jadi
anak yang baik dan Berjaya nanti’’ tangan terus jadi lemah ketika sedang memicit-micit
badan mak yang sudah lena/masih mendengar perbualan aku dengan abah di ruang
tamu.Mak memang alert semua perkara kan?
Ya Allah jauhkan aku daripada menjadi
anak derhaka,nauzubillah.’’bisik hati ini.semoga kami menjadi anak-anak soleh
dan solehah,Berjaya dengan restu dan berkat daripada mak dan abah.ameen..
Mahu tidak mahu mata kena paksa untuk
dilelapkan..besok pagi kena turun kerja.sudah pukul 1.41 pagi..
Selamat beristirehat hati,jiwa dan
minda...seluruh anggota pancaindera...
Ulasan