Update!!

 Assalammualaikum ...

Ini 1st Entri untuk bulan Jun, entri pembukaan untuk post seterusnya..^_^
blog ini agak terbiar..memang sengaja dibiarkan, tuan punya blog ni sangat sibuk dengan rutin hariannya ..kerja..kerja..kerjaa...entah sampai bila.

Kalau sudah jadi blogger..memang tidak senang kalau tengok blognya asyik entri yang sama saja.walaupun entri nampak 'kosong'.tapi bagi seorang blogger satu kepuasan bila blog dapat diupdate dengan entri baru..bagi pendapat saya:-) 
saya sibuk baca entri blog sahabat blogger yang lain, blog sendiri sepi.^_^

Kesibukan bekerja..pergi kenduri kendara, urusan itu ini.terkena lagi dengan orang tidak pandai mengurus masa dengan baik macam saya ni.kelihatannya semua ok tapi yang berlaku adalah sebaliknya, di tempat kerja rutin tetap sama ..jadi sales person,terpaksa berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dengan macam-macam karena.apalagi duduk di kaunter service point, tahan emosi,kontrol jiwa lah hendaknya..:-D si 'iman' juga penyelamat setia ..

ok. cuci mata sekejap..

Masa akad nikah..( macam mana lah perasaan time ni arr)
Team nasyid..eh bukan, ni group berzanji..sepakat membawa berkat:-)


selamat pengantin baru^_^



akhirnya ke jinjang pelamin juga..




team potong memotong..cun,go green!:-D
Ni group nasyid sebenar...:-D
Sedondon gitu..^_^ Maroon !


Walaupun penat,terpaksa bersengkang mata dan kurang tidur tapi kepuasan tetap ada. cukup gembira dapat menyumbang sedikit tenaga.Menjayakan walimah keluarga..^_^
Mengeratkan lagi silahturrahim...memang susah sangat jumpa saudara mara,kenduri kendara ni lah peluang untuk jumpa semua orang...padahal bukan jauh pun, naik bas tambang seringgit pun sampai sudah:-D Al maklumlah semua sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Semua orang mengimpikan keluarga bahagia, kesejahteraan rumah tangga, keakraban saudara mara.tiada sesiapa pun yang mahu tengok sebuah keluarga porak peranda..
kalau boleh jauhkan lah diri kita daripada buruk sangka..think positif bah kan^_^


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.