Nota ohMalaysia!



Bismillahirahmannirahim...


Assalammualaikum...


Sudah menjadi rutin kita,setiap hari sebelum atau selepas bekerja..
membaca,menonton mahupun memerhati perkembangan isu semasa di setiap lorong-lorong informasi yang ada..kalau cerita politik jarang sekali yang 'menyedapkan' jiwa dan telinga yang mendengar.apalagi kalau di depan mata..siapa suka kepada perbalahan?
mahu tidak mahu,emosi kita terjebak sama..(jarang benar ada orang yang jenis 'no felling" ni :-D) letakkan 'felling' di tempat yang betul^_^
tidak tahu dimana hendak letak di diri, siapa yang betul dan siapa pula yang salah?? memang lumrah politik dunia yang memang tiada penghujungnya,itulah hakikat yang kita kena terima.


Pada fikiran ku itu semua memang buang masa,banyak lagi komitmen yang saya perlu usaha dan selesaikan.biarlah orang kata apa,saya tetap mahu bersuara,sebagai cernaan ilmu saja.
ada sesetengah pihak bersuara,remaja perlu belajar dan tahu selok belok tentang politik. kerana remaja sekarang akan menjadi pemimpin di masa akan datang.iya semua orang tahu itu..tidak akan ada manusia kekal hidup di dunia ini.emo sendiri..-_-" Allah sudah cukup mengatur dan tetapkan kehidupan kita dengan begitu sempurna.
macam mana nak jadi pemimpin kepada orang lain,sedangkan diri sendiri huru hara apalagi terfikir mahu memimpin negara..huh,fikir keadaan diri sendiri dan keluarga dahulu bah kan^_^ sama-sama mencari sinar kebahagian dalam Islam.memang kena betulkan diri dulu ni nampaknya.


Sudah..sudahlah..jangan bertengkar lagi, ada cara yang lebih baik dan lebih aman untuk menyuarakan segala permasalahan.bincang baik-baik ok! aduii ..saya pula yang stress,
entahlah.. apa jadi dengan pakcik-pakcik kita ni.tidak kesalah pro mana pihak pun,kalau boleh, tunjukkanlah cara politik yang 'waras' dan guna cara orang 'dewasa'.bila tengok maki memaki pula lah..macam budak kecik! ish ish....Islam tidak pernah ajar kita cara sedemikian rupa.terus terang memang memalukan AGAMA kita, soal agama pun buat tidak kesa apalagi soal maruah bangsa dan negara.seluruh dunia 'tengok'!aik..kalau sudah lihat dan dengar dengan mata kepala sendiri 'bersangka baik' pun susah.ermm saya hanya memerhati sahaja, tidak layak pun mengkritik orang lain:-)


Alhamdulillah diatas nikmat yang Engkau berikan kepada kami.Ya Allah! berikan kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian ..ameen^_^ kita wajib bersyukur sebab masih boleh tidur, makan dan minum dengan sempurna, hidup dengan selesa,bekerja,belajar dan juga masih menikmati semua kemudahan yang ada..sendiri mahu ingat.
selepas ini apa pula musibah yang melanda..Wallahualam, 
semoga kita sentiasa beringat dan berpesan-pesan kepda kebaikan dan juga paling penting meningkatkan lagi iman dan taqwa kepada Allah.


semua orang tahu orang yang benar-benar cintakan islam tidak akan terlibat dengan politik kotor.iya bah kan^_^


sahabat-sahabat remaja yang kini sudah berjiwa rakyat hehee,diharap jangan terlampau taksub dengan politik semasa,belum pun kita tahu kebenaran dan kesahihannya,berkobar-kobar sudah hati membentak sini sana..huhuu,dalam tidak sedar ia sudah mencemarkan iman dan kewarasan kita.Islam kan agama indah..mari kita sama-sama tunjukkan keindahannya,kalau bukan kita siapa lagi kan..PEACE No WAR!




p/s: - pencinta kedamaian (bukan mahu tunjuk pandai) ^_^
       - Beringat-ingat,berpesan-pesan
       - mohon tunjuk ajar si cerdik pandai..:-)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.