Nota usang



Bismillahirahmannirahim...


Assalammualaikum wbt...


Menghelah nafas yang panjang...saat ini dada baru terasa lapang, lapang sedikit daripada kesibukan kerja, dan kesibukan merayau dalam kota alam maya ^_^ sudah banyak post yang tertunggak, lapuk menjadi draft dalam simpanan blog usang ni. ada saja penghalang yang datang kalau tidak pun,idea hilang begitu sahaja..terbantut dek akal yang fikirkan masalah itu ini.


Alhamdulilah..Dia beri kelapangan,dan terasa segar pula menaip ni:-)  
rutin ku hanya sibuk dengan kerja..lain? rajin menjenguk blog kalian..ehee baca artikel-artikel yang best-best.sungguh..ia bermanfaat untuk minda dan jiwa..memupuk rasa cinta kepada Allah,memupuk rasa sayang kepada Rasullah. menghargai ukhwah dan paling penting membawa kita sentiasa kepada ke arah kebaikan bersama dunia dan akhirat.di rumah masa untuk beristirehat..sekali sekala jadi ulat buku di rumah, itu yang bagusnya kalau tiada wifi/broadband di rumah..:-D


Kadang-kadang terasa hipokrit pula apabila menulis dalam blog ini,bercerita tentang iman dan islam. malu sendiri..tapi itu semua bisikan-bisikan syaitan laknatullah! apa saja 'kenikmatan' kita rasa tentang iman dan islam sepatutnya kita semarakkan lagi, sebarkan dan biarlah semua orang tahu bertapa nikmatnya apabila berada dalam iman dan islam (Semoga terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah) tidak semestinya kita perlu belajar agama tinggi-tinggi baru merasa 'nikmat' kasih sayang yang lebih dekat dengan ALLAH. aku tidak pernah ditarbiyah,belajar Islam sangat 'basic' ..aku tidak pernah merasa bagaimana rasanya dididik dengan cara Islam.mari sama-sama mencari 'nikmat' itu..usaha memang tidak boleh sikit-sikit,maka hasilnya pun sikit-sikit.aku tahu bagaimana rasanya, begitu parah menjauhkanNya. setiap insan ada ujian dan cabaran hidup masing-masing.tiada siapa boleh pertikaikan itu.


Alhamdulillah,bersykur tidak terhingga..semuanya hidayah datangnya dari Allah, mendidik aku dengan cara yang berbeza,terlalu banyak ujian untuk sampai ke jalan ini.setiap orang ada pengalaman masing-masing, cerita suka dan duka.kadang terasa diri seolah-olah seorang mualaf yang baru saja mengenal islam secara dekat.sungguh-sungguh aku kata disini, perkongsian ilmu banyak membantu aku.tidak kisah dalam bentuk apa pun, terpulang bagaimana kita cara kita praktikkannya dalam kehidupan.'copy' yang baik-baik saja.^_^


Merasa tidak layak bercakap tentang agama? ya..aku jauh sekali dipanggil 'alim', jolokan teman-teman yang lain.biasalah..'remaja', erti 'alim' itu sendiri tidak pernah terlintas untuk dikaji.siapa tidak ingin menjadi orang yang baik-baik? siapa tidak ingin menjadi soleh/solehah?siapa tidak ingin berjaya dunia akhirat? semua orang memang angkat tangan.tapi usaha untuk kesitu?aku ingatkan diri sendiri..semoga terus diberikan kekuatan untuk 'membina' semula cara hidup diri dan keluarga kepada cara hidup yang lebih bermakna dan diredhaiNya.ameen..:-) sama-sama berpimpin menuju ke syurga..InsyaAllah

Ulasan

Trx berkata…
tak perlu ilmu yang tinggi untuk berkongsi ilmu.. kongsikan apa sahaja yang kita yakini dan kita tahu ia benar.. moga istiqamah :)
Berlinda Ibrahim berkata…
^_^ sama2 istiqomah...

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.