.

.

Archive for 2011-04

Positif dan Menghargai::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

3 comments

Assalammualaikum wbt...
Memang kelihatan usang blog ku ini kalau tidak diupdate, bukan juga ada pembaca hehee..aku lah penulis dan pembacannya^__^
bukan tiada masa untuk blog ini, cuma mood menulis belum ada.kebanyakan kawan sibuk dengan exam, semoga dipermudahkan menjawab soalan kepada mereka dan juga anda yang menempuh peperiksaan:-)
aku pula..aktiviti tetap sama, kerja, kerja..dan terus kerja..berjumpa dengan bermacam jenis perangai manusia.
gambar hiasan
Alangkah indah dunia tanpa sengketa..siapa pun berangan benda yang sama, ingin bahagia, gembira  dan tenang dalam keimanan..itu yang terbaik^_^
cuba bertindak dan  bersikap positif :-)..berusaha untuk menghargai apa pun disekeliling kita..lebih baik daripada kita merungut, melayan ketidakpuashatian, mencari keburukan dan kelemahan orang lain.
creative ^_^ comel..
Kamu belum cukup matang memahami erti 'kehidupan'..yang selalu menjadi alasan orang yang lebih tua atau dewasa apabila ditegur oleh si anak muda..ya, mungkin benar apa yang dikata.Mereka lebih jauh 'berjalan' daripada kita yang muda..tapi tidak salah kan kalau mendengar pandangan atau teguran orang yang lebih muda? kalau asyik SALAH kami yang dicari sampai bila pun tidak akan berhenti dari berkelahi...jiwa yang semakin memberontak, syaitan pun tambah suka..apa lagi jiwa muda yang tidak di didik dengan iman.
Positif..positif..senyum..senyum dan senyum..:-)aku bersedia untuk ujian seterusnya..
cakaplah apa pun kamu suka..kritik dan terus mengkritik.. kita tengok siapa lagi 'beruntung'.Terima kasih kerana ambil berat pasal aku :-) ...terima kasih sebab selalu tengok-tengokkan salah silap ku..aku belajar untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.


Telur yang Comel..hehee






Wassalam

.:Hargai Masa terluang:.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

1 comment

Dari tadi pagi ..duduk depan laptop saja. tiada kerja kah?
Inilah ku kerja ku..kalau tiada customer..duduk sajalah depan kaunter ni..
manalah ada orang beli handphone  hari-hari kan..:-D 
Kedai nampak mewah..padahal sama saja pun dengan kedai Hp biasa ..hehee..
al-maklumlah kedai ori orang cakap..LG Mobile concept store..dengan aku aku sekali diconceptkan :-D


Menjadi rutinku untuk mengkaji OS(operating system) Hp2 terbaru..
tahu sikit-sikit pasal teknologi hp ni..budak baru belajar..
Huhuu..Aku sudah kemaruk oleh 'Android'..bilalah aku dapat pula Android phone ni^_^
tunggu hadiah dari Akak ..hihihii..


Islam:Empire of faith
tadi baru saja selesai tengok video ni Islam:Empire of faith..sebuah dokumentari orang barat tidak silap aku..^_^ sedikit sebanyak memberi ilmu pada diri ini..




Meluangkan masa dengan sesuatu bermanfaat ..memang berbaloi..:-)
memperkenalkan kisah hidup Rasullah S.A.W, kaum kerabat dan sahabat2 baginda..
yang bestnya lagi..ada 'lakonan semula' part2 yang bersejarah..
memang tidak rugi kalau tengok..so hari ni, blogwalking..sekejap saja tadi..
insyaAllah..lepas ni pergi ronda2 ruang maya ..mungkin blog anda..:-D
tinggalkan saja jejak anda..confirm diterjah kembali..hehee


^__^ just ingin berkongsi disini..tidak senang tengok blogku dengan post yang lama..hehee..







Oh remaja!


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Ada beberapa minit lagi nak masuk maghrib..

sebelum sampai ke surau..terpaku pandangan ku pada sekumpulan remaja,masih lengkap dengan pakaian seragam sekolah..
''apa dorang buat disini..mau malam sudah pun, mak bapa dorang tidak cari kah?''bermonolog sendiri..


Tengok gaya mereka ..hurmmm memang budak nakal pun..
"aik??..macam aku kenal budak sorang tue??..
ya ..Junior di sekolah dulu..
budak tue tengok aku ..macam nampak hantu..:-D
"weii..kakak tue..!..cepat kamu....!
budak-budak tue lari bertempiaran..macam lah aku cikgu disiplin sekolah..:-D Astagfirullahalazim, apa nak jadi dengan budak-budak sekarang..

Bukan sekali dua aku nampak budak sekolah disini..berkeliaran walaupun masih dalam waktu persekolahan..ada pulak yang berkepit dengan jantan,dengan selekehnya..Astagfirullah..tanpa segan silu terlentok di bahu si jantan, bertudung pulak tue!!...macam dibakar hati aku ni..

Kemana sudah hilangnya 'malu' itu..
semoga mereka diberi hidayah..
tiada istilah 'terlambat' untuk berubah..
Ini ujian untuk kita semua...
Inilah dunia di akhir zaman..







.:: Kagum::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Assalammualaikum w.b.t..


Baru saja tiba di lapangan ini,selepas meronda-ronda diruang alam maya..Blogwalking^__^
dari satu blog ke satu blog aku lawati..sungguh kagum dengan semangat juang mereka dalam tinta dakwah..secara tidak lansung memberi sedikit motivasi kepada diri ini untuk turut serta bersama mereka..


Alahai..siapalah diri ini,jika dibandingkan dengan mereka yang penuh ilmu di dada..:-(
apalagi bermadah dengan bahasa yang indah-indah...
Belum pun cukup matang memberi ulasan atau pandangan..
masih teragak-agak untuk memberi komen pada entri-entri mereka yang cukup membuka minda..
malu pada diri sendiri yang serba kekurangan..


Jangan Bersedih..:-)
setiap sesuatu itu ada hikmahnya..Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Teruskan Berjuang!^_^ istiqamatul jihad..








Wassalam



.: Siapa pun boleh jadi cikgu:.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Jalan2 di alam maya..skodeng2 blog orang,baca beria ,cari artikel2 yang bermanfaat..melirik mata ke sebelah meja..hurmmmm majalah solusi, belum lagi aku habis baca..isu30, mood sekarang macam nak tidur ..ditambah pula kalau aku membaca~_~ mulalah syaitan menari di kelopak mata...

Terdetik dihati menulis entri ini...okey,teruskan..

universiti kehidupan..
Tiada apa juga yang perlu dibanggakan, belajar pun tidak berjaya sangat..
akui kelemahan diri ini:-(..tiada guna pun menyesal..sekarang aku buat buku baru.
umur baru masuk 21..sudah pun menempuh alam pekerjaan..perjalanan melanjutkan pelajaran terhenti disini..harap sangat boleh teruskan niat ambil degree tahun ini..Amin ya Robb..
Genap sudah setahun aku bekerja..kadang2 hati kecil ini mengeluh kebosanan, buat benda yang sama...cepat2 sedarkan diri dari lamunan..
Alhamdulillah ..ekonomi keluarga ada sedikit peningkatan..
Alhamdulillah.. sungguh gembira melihat perubahan kedua orang tua ku yang mula belajar ilmu agama..untuk berubah tiada istilah terlambat.
cuma abang ku saja yang masih dipancing hatinya..
kalau mahu orang sekeliling kita berubah..diri kita lah yang perlu berubah terlebih dahulu..disitu ada satu hikmah yang nyata mahupun tersembunyi yang kadang kita tidak sedar kewujudannya..ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang.

Aku masih ingat kata2 Prof.Muhaya di radio IKIM..rancangannya setiap hari rabu bermula jam 9pagi hingga 10 pagi..banyak sangat manfaatnya pada diri ini..bahkan rakan2 pendengar diluar sana..
" Ramai yang berjaya dalam akademik, kerjaya,dan kekayaaan dunia dengan memperolehi bermacam pangkat dan kedudukan. Tapi tidak semua berjaya Universiti kehidupan yang mampu seimbangkan keperluan dunia dan akhirat"

Tatkala diri cemburu dengan kejayaan orang lain, selalu ingatkan diri Allah telahpun menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu..bersangka baik pada Nya.itulah sebaik-baiknya..
bohonglah kalau aku cakap tidak ada masalah..bak kata orang, tidak akan kita rasa keindahan dunia kalau tidak merasa keperitannya dulu..
Alhamdulillah ..merasa sangat bersyukur masih diberi kesempatan mengenal erti sebenar kehidupan..
Sedang mereka yang lain masih dalam kemungkaran dan kelalaian duniawi..
tidak cukup jelas kah kita pada kasih sayang Allah yang memelihara kita sampai ke tahap ini?? Allahualam..

Mungkin orang seperti aku ini masih muda dan mentah untuk mengenal erti sebenar kehidupan..Tapi apa yang pasti aku telah belajar sesuatu dari perjalanan umur ini..
mengenal mana satu jalan yang terang dan jalan yang menuju kegelapan.biarlah masih merangkak sekali pun mengenal agama Allah..insyaAllah satu hari nanti aku akan mampu berdiri dan berjalan jauh dengan berbekalkan kasih sayang Nya..
satu persatu aku korek rahsia dari bermacam jenis manusia didepan mata mata mahupun di alam maya..mencari keagungan agama Islam tercinta.mencari jawapan disebalik nama ISLAM..mengapa selalu ustaz berkata "islam itu mudah"..
ilmu di dada masih belum cukup untuk menjelaskannya kepada mereka yang bertanya kepada ku.semoga dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk terus mencari jawapan tanda tanya  itu.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud: " Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah" 
( R.Ibn Islam)

Berpeganglah kita pada tali ALLAH..insyaAllah kita tidak akan sesat selama-lamanya..
Mari Bersama memburu kemanisan IMAN..^__^


Macam-macam..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

1 comment

Setelah sekian lama..rasanya masalah ni juga berlaku dimana2 ..
saya sudah bersikap positif..bersangka baik..
tapi kali ni ..saya nekad untuk lepaskan rasa kecewa disini...
bukan juga mengadu domba..jauh sekali...
hanya untuk berkongsi rasa dan minta pendapat anda..kalau ada lah yang sudi membaca entri ini..


Kekesalan terhadap segelintir orang..lebih tepat kepada muslimah2 yang menjadi tetamu surau di shopping mall2..terutamanya disini 1borneo KK.Memandangkan saya bekerja disini 1borneo, surau ni lah jadi rumah kedua..bersama sahabat2 surau yang lain..yang juga merupakan pekerja shopping mall ini,yang menjaga solat jumlahnya boleh dikira.
agak mengecewakan..mereka yang tumpang solat di surau ni amat mengecewakan...buang sampah suka hati, makan minum dalam surau..dengan bisingnya lagi masyaAllah ketawa buat macam rumah sendiri kalau ya pun respect lah sikit yang orang tengah solat...dengan sisa2 makanannya..dibuang begitu saja ya mungkin tidak semua,walhal yang datang ke surau ni kebanykannya budak2 U**,budak terpelajar lah katakan dan bukan budak-budak pun..tempat wuduk pun tersumbat..yang kena marah kami lah pulak,sabar je lah dengar makcik cleaner tu membebel..:D 


Solat ekspress..tidak tahu mau gambarkan situasi ni macam mana..bukan sekali saya jumpa orang mcam ni:D..ishhh..manusia2..macam-macam..
Begini, masa solat..kadang2 saya pelik,ada pulak orang solat 1.. 2 minit?
Sah..!org sebelah yang tengah solat pun tidak kusyuk. Zzzuuupp...rukuk, sujud...bla blaa blaa...tahiyat akhir sudah...huhuuu..(ntah hilang kemana tuma'ninah)
solat 1minit...make up berjammm...aduhaiii..pecah cermin ja tidak!..:D 



Surau agak terbiar..houskeping di sini..bersihkan surau berkala,jadi kebersihan surau ini tidak terjaga..kadang2 kamilah yang bergilir-gilir bersihkan surau ni itupun kalau berkesempatan,al maklumlah kami juga pekerja..masa diberikan amat terhad, cukup sekadar 15-20 minit macam tu untuk solat.cukup berterima kasih juga lah kepada Bos tempat saya kerja sebab bagi green light untuk curi sedikit masa kerja pergi ke surau.rest pun terpaksa di tempat kerja,tapau  makanan kejap..1jam masa untuk rest sudah diganti dengan masa solat. itulah realitinya bekerja dengan tauke cina :D..disini sabah jarang jumpa tempat kerja yang benarkan solat.
pengalaman seorang kawan yang terpaksa curi2 pergi solat,lepas bos dia dapat tahu..terus kena buang kerja sebab kedapatan solat.adakah patut??!...


Allahualam...



.:Muhasabah Diri:.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Segala puji kehadratNya Tuhan sekalian Alam...Selawat dan Salam ke atas junjungan baginda Rasullah S.A.W..serta para sahabat dan kaum keluarga baginda..
Al-fatihah buat semua pejuang-pejuang islam ..yang bertuah dijalan syahid..


itulah sebaik pembuka kata..^_^ mari bermuhasabah..
Ah.!.hati cepat sangat kau lupa pada pencipta..kalau hal dunia..seperti tidak pernah jemu mengejarnya selagi tiada dalam gengaman tangan.
Alhamdullilah..Engkaulah selayak-layaknya menerima pujian..
Tatkala hati rindukan ketenangan ..Engkau hadirkan kedamaian pada ilmu Mu..ketenangan dalam solatku yang tiada tandingan..


Tidak terluah dengan kata-kata..terima kasih kepada penulis-penulis buku yang tidak terpisah dengan pena,para Blogger atau kolumnis majalah Solusi terutamanya ..subahanallah pendidik jiwa..ya, semua orang mengakuinya..tidak lupa buat radio IKIM memang hiburan mendidik jiwa..para ilmuan.aku sangat mengagumi anda yang cantik kerana ISLAM.
tidak terkecuali kepada guru-guruku tercinta,senior-senior yang banyak membimbing..sahabat-sahabat nyata mahupun di alam maya ini:) yang tidak jemu menjawab segala persoalan..Ini penghargaan peribadiku kepada sesiapa pun yang berbakti dijalan Nya..tanpa mengenal penat lelah menegakkan syiar Islam


ISLAM itu ku kenali melalui anda semua..
bukan alasan lagi berlatarbelakangkan keluarga yang tidak ditarbiyyah..
walau diri bergelumang dengan dosa dan kelalaian..Alhamdulillah ..masih ada sekelumit cinta pada Nya..dan diri ini akan terus berusaha ..menjadikan Dia yang utama..
Cinta ku sudah mula terpaut padaNya..pada Islam ..dan anda orang-orang soleh.


insan sekerdil ku ..malu sungguh pada orang-orang seperti kamu yang berilmu.


wassalam







..Budak Mentah IT..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum w.b.t..salam sejahtera ^__^


Merungkai kisah budak mentah IT lah kiranya..
minat memang ada..sudah di asah cuma belum digilap saja..hehee..
1st time buat email..masa form 1(senyum sendiri) ingat masa tu..asal waktu rehat di sekolah..wajib pergi lab..ntah apa2 pun tidak tahu..menghadap komputer, monitor yg besar macam tv tue:D..main tekan sembarang..hahaa..

'blank' ..belajar pun dengan senior2 yang ada di lab tu, saya bertanya tapi tidak selalu. mana boleh tanya selalu kacau orang buat kerja pula..bila on saja komputer  tidak lain tidak bukan ,main game..buka'yahoo'..masa tu pakcik google belum famous lagi kot..:D
disebabkan minat dengan benda2 ICT ni..memang tidak putus asa sehinggalah ke hari ini..:) ..bertanya..dan terus bertanya dan berusaha..sampai boleh 'kamceng' dengan cikgu jaga lab tu..terima kasih Cikgu..jasamu dikenang..cikgu ni tidak lokek ilmu ..apa pun dia suka share ilmu..ada pun kawan yang tahu serba serbi..payah sangat curi masa minta ajar ..yang kedekut ilmu tu lain cerita pula..lupakan saja..kisah yang lalu ..hihihii..

Alhamdulillah..berkat usaha sendiri, ada peningkatan sudah ni..^__^ tiada apa yang boleh dibanggakan pun..at least orang cakap kita tidak 'buta IT' sudah..kann...:)
terima kasih kepada Mr.Liew..yang tolong ajar buat blog..jasamu dikenang jua..hehee..


Alhamdulillah..sekarang ada laptop sendiri sudah..ya! memang senang hati ..hasil usaha sendiri..:) Dunia dihujung jari lah katakan ..macam2 ada..kalah Astro wei..:D
yang paling penting..pandai2 lah bezakan mana baik buruknya..virus syaitan ada di mana2:D
insyaAllah semoga ICT memberi manfaat kepada kita semua bukan saja di dunia malah Akhirat yang lebih utama...

Memang tidak dinafikan jika kita meminati sesuatu benda tu..kita tidak akan rasa bosan atau jemu..apa pun alasan, saya sendiri mahupun anda diluar sana..saya terbuang masa dek kerana minat semata-mata kan..pandai2 lah bermuhasabah..hehee

Wassaalam..

Stay di Rumah


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Ini akibat lepas saja solat subuh ..sambung tidur balik/semula^_^ 
Susah juga kalau campur aduk bahasa sabah dengan bahasa melayu baku..hehee

'Amboi..mentang2 tidak pergi kerja hari ni..membuta jak kerja kau' ngomelan abang ku dari luar..hehee..apa lagi kalau tengah 'bercuti'...payah sangat tidur awal dan bangun lambatlah alamatnya...Bangun saja ON laptop...:-D

semalam , sempat lagi buat entri.."ancaman segenap sudut"
saya pun bukan pandai sangat 'mengulas' atau bagi pendapat hal2 yang serius..
semalam tu ..sedang bermonolog sendiri dengan laptop ni..:-D

Tapi saya memang serius!!..sejak dua menjak rajin pula saya mencari artikel2 'ancaman islam sedunia' kecilkan skop..ancaman islam di malaysia..:-)
benda lain kita boleh explore kan ..kenapa tidak masalah ni..kalau kita tahu akan ancaman2 ini, kemerbahayanya,risikonya, terhadap diri dan saudara seislam kita ..insyaAllah sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya ..Amin ya Robb..ada sedikit 'booster' disitu:-)

Bermuhasabah diri dulu.besar sudah pun takkan mau enjoy saja kan??
ingat mati ,ingat sakit..ingatlah saat kau sulit..ingat ingat hidup cuma satu kali...
layan lagu wali Band - Taubat Maksiat



Ancaman segenap sudut


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Semoga kita semua sentiasa dalam hidayah dan Rahmat Nya...


Kerisauan ini bukan biasa..hanya ingin berkongsi 'kebimbangan' ini..
sebagai seorang remaja islam..hamba Allah ..memang wajar kita ada ketakutan pada ancaman-ancaman ini...
sedang diri yang masih terhuyung hayang dengan pelbagai dosa dan kelalaian..
Ya..!! sayalah paling lemah..apa pun tiada..hanya berbekalkan iman dan ilmu yang sedikit ini.
saya tahu..anda yang pun begitu..
sudah kah kita bersiap sedia untuk menempuh semua ancaman ini?


Islam Liberal?..yang semakin menular..
Pluralisme agama ancaman lama atau baru?...
Hiburan yang berleluasa? siapa yang tidak perasan??..cuma kita saja yang diamkan diri.
Fitnah yang bertaburan disini sana..di laman2 sosial..
kita tahu kah?tahu..tapi sekejap saja 'sedar' dan 'takut'nya..
Gerakan2 anti islam rahsia kini sedang berusaha untuk mempesongkan akidah dan akhlak umat islam sekarang?terutamanya dikalangan kita remaja..tapi ramai yang tidak menyedarinya..
sumber2 makan dan minuman yang kita tidak pasti halal haramnya..??
ramai yang leka dikalangan kita sekarang..itulah hakikatnya..
kita masih dalam zon selesa kan?? so...tidak payah peningkan kepala?!




Tiada yang perlu dibanggakan ..apa pun keselesaan yang kita alami sekarang..mungkin tidak akan berpanjangan. Nauzubillah..




Berbahagia lah bersama orang2 yang soleh dan sahabat2 yang selalu mengingatkan kita ketika kita lalai ataupun terlupa..
kita ada banyak cara untuk membawa orang kepada kebaikan ..tapi diri kena kuat dulu,punyai akhlak dan akidah yang baik..mantapkan keimanan..!
kita masih ada peluang untuk menegur dan sama2 memperbetulkan apa yang silap..
paling penting ..mengingatkan saudara seislam.paling tidak pun keluarga dan kawan2 kita yang ada sindrom2nya..


Ya..! siapa pun pernah lakukan kesilapan ..tapi kita masih boleh usaha untuk jadi yang lebih baik..dan menjadi hambaNya yang taat..
Kalau sudah tahu hilang arah atau tujuan..berpeganglah pada tali Allah itulah sebaik-baiknya..jelas sekali pada seruan Nya..
kenapa artis atau pimpinan politik sekarang kita boleh sanjung dan jadikan idola..
Walhal Nabi kita yang agung..contoh teladan yang terbaik sepanjang zaman..yang sepatutnya menjadi idola kita semua..


Telinga ini yang mendengar sendiri bagaimana orang2 kafir begitu gembira melihat kita bermusuhan sesama sendiri..rosaknya akhlak saudara2 kita yang lain,perang politik sesama sendiri yang tidak pernah ada penghujungnya...:-( dan senyuman sini termasuk sindiran mereka itu juga lah yang menghentam jiwa saya!..
agama kita diperolok-olokkan..dek kerana kesilapan dan kelalaian kita sendiri!


apa yang aku mampu lakukan :-( masih cukup lemah dan daif untuk membidas mereka dalam soal agama..saya akui kelemahan itu:'(


**Monolog diri sendiri dengan keyboard ni..di tengah malam..untuk mengingatkan diri yang selalu saja lalai..
**ketuk2 iman ni..Bangunnnnnnnnnnn!!!















.:Blogku Wajah Baru:.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments

Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..di rumah mahupun di tempat kerja..
syukur kehadratNya ..diberikan kesihatan yang baik kepada seluruh ahli keluarga serta sahabat2 yang dikasihi..
Tahniah buat akak yang baru dapat tempat praktikal di Perkeso sabah..^__^ hehee..tidak sabar tunggu akak balik kk..
semoga kita sentiasa dibawa rahmat dan hidayah Nya..dijauhkan dari segala musibah dan juga sifat2 mazmumah..Nauzubillah


Blog dengan wajah baru ni..^__^ sebelum ni blog saya ada masalah..
sudah try untuk 'repair'..tapi masih masalah yang sama..or saya memang tidak pakar:D
blog pun pandai hang juga kah?:D...widget pun pandai hilang entah kemana...
Follower tak nampak lansung..ingatkan ok juga nanti .sampai berminggu lamanya,macam tu juga..memang stress... last2 ..tukar template baru..


simple saja..tiada yang special..lebih mudah dan kemas ..hehee
ntah ..dengan 'trade mark' baru.."Lukisan Kehidupan"..huhuuu..
apa pun konsepnya sama..jadi open diary juga bah..main lukis2 gituu..:-D


welcome to my new Blog !..hihihii..sudah di'touch up':D