.::Siapa tahu kita selepas ini??
Apabila diri sudah dilanda kebosanan..macam2 bisikan syaitan datang..
Astagfirullahalazim....Muhasabah diri sentiasa, semoga sentiasa dibawah lindungan Nya.
Blog ini jadikan teman bicara hati dan minda..
Menjelajah dunia ke seberang sana...dunia tanpa sempadan:-)
Rasa berbaloi cuci mata dengan benda2 macam ni..menginsafkan hati dan minda.
satu persatu ku perhati dan baca..sambil meng'copy' beberapa gambar dari pakcik 'google'^__^...harap tiada orang marah;-)
Bukan sekadar untuk tatapan mata ..tapi untuk hati dan juga minda...
Gambar ini bukan untuk suka-suka..menjadi penghias blog supaya nampak indah...
untuk muhasabahkan diri ini dan juga kita semua..
Bersyukur lah dengan rahmat Nya..apa harta yang kita belum cukup?
Apa lagi yang kita tangiskan.. hanya kerana 'boyfriend' yang hilang?
Apa lagi kita keluhkan..hanya kerana sedikit bebanan kerja atau tugasan?
Apa lagi yang kita tidak puas hati??..siapa lagi kita kritik selepas ini??
Apa lagi fitnah kita sebarkan ..sedang diri tidak tahu pun kebenarannya!
Daripada banyak ngomelan dan keluhan..apa salahnya kita sama2 mengingatkan diri akan kebesaran Tuhan! menginsafi dosa yang di lakukan! mendoakan saudara kita yang bertarung nyawa antara hidup dan mati demi agama Allah di bumi bertuah!
Merasa kerdil sangat diri ini bercakap soal agama, sedang diri masih merangkak mencari jalan Nya..insyaAllah semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk boleh 'berdiri' dan lantang menegakkan agama ISLAM seperti kalian.
Bersyukurlah....
Siapa tahu esok lusa giliran kita pula..
Mahukan keadilan..tapi perpecahan yang berlaku.
Mahukan kedamaian ..tapi huru hara yang dicetuskan.
Ingin hidup senang tapi banyak rungutan.
Ingin tegakkan kebenaran tapi fitnah bertaburan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana
Ulasan