.:: Mari Bersyukur::.


Alhamdulillah...
Syukur ke atas segala nikmat Nya..
bila hati dekat dengan Nya..apa pun berlaku ke atas diri kita..
kita sentiasa dalam keadaan yang redha..sakit ini ujian kepada hambanNya..
bertapa kasihnya Dia kepada kita..mengapa harus mengeluh dengan sakit yang tidak seberapa..sakit ini diberiNya untuk mengingatkan kita supaya tidak leka..


" wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada TuhanMu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai ( dengan tujuan yang keranannya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya.Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu"
surah Infitar:ayat 6-8


memang kita lah yang selalu lalai..dan mengabaikanNya..lihatlah bagaimana Dia menyayangi kita..dibagi makan minum dan tidur secukupnya..diberi rasa untuk berkasih sesama manusia..segalanya Dia sudah bagi!


" sesungguhnya kami telah menciptakan manusiadalam bentuk sebaik-baiknya ( dan kelengkapanyang sesuai dengannya)
surah At-tin: ayat 4

menghirup udara segar dan nyaman..tanpa sebarang musibah, tidak seperti saudara-saudara kita di luar sana..yang masih hidup dalam ketakutan, kebuluran, kesengsaraan dan berperang dengan kesakitan jasad dan jiwa mereka..


mari bersungguh menjadi hamba..melaksanakan segala perintahNya!!


apa guna merasa bahagia dan sihat sentiasa ..tapi hati kosong dan suram saja..
apa yang di cari ..payah rasanya muncul pada realitinya..Nur yang hilang tidak terasa..
bila sudah tersungkur ..baru kau ingat nama tuhan MU..baru kau ingat mau bersyukur?









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.