Nota terkini !

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera..




Alhamdulilah..Malam ini diberi sedikit kelapangan untuk bersama blog usang ku, ihsan roomate ku yang baik hati, meminjamkan broadband kepunyaannya hee~
Rutin harian nampak sama saja, sama ada bekerja atau belajar itulah yang kita rasa dan lalui hari demi hari dan hari seterusnya insyaAllah itupun kalau masih diberi peluang bernafas lagi ;-) 


Ya Allah jangan biarkan kami lupa dan lalai dalam setiap masa dan nafas yang Engkau berikan, berilah kami kekuatan dan keberkatan dalam menyempurnakan segala tanggungjawab yang kami dipikul. Amin ~


Memang kena selalu ingatkan diri sendiri, kalau nak harapkan orang lain memang payah.himpunan motivasi banyak terhasil apabila kita selalu menjaga hubungan kita dengan Tuhan ,ya kan ?? hilanglah segala kekusutan dan mewujudkan kedamaian walaupun dicelahan manusia yang sentiasa dalam kesibukan, sampai bila pun tidak akan berhenti..melainkan kita dipanggil Tuhan ^_^




Kehidupan di kampus ..tiada apa yang perlu dikeluhkan,hadapi dengan senyuman..huhuuu~
biasalah tu, proses untuk menyesuaikan diri dalam kelompok manusia yang baru..walaupun agak gementar berdepan dengan subjek yang agak mencabar bagi saya (tapi cover) :-D buat macam biasa saja..tiada apa yang perlu ditakutkan, otak ni kena cuci selalu, dah setahun tidak terlibat dengan aktiviti akademik, memang slow sikit hehee~ 


Semoga dipermudahkan untuk mencapai apa yang kita diimpikan.Amin ~


Istiqamatuljihad..













Ulasan

NER berkata…
Salam.. selamat berjaya dalam pelajaran :)

My Latest Entry: Kenduri Hakeem, Ikea, dan Acha Septriasa.
Berlinda Ibrahim berkata…
w'salam..terima kasih kak ^_^ semoga dipermudahkan ..dan boleh brjaya dlm akademik mcm akak hee~

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.