Budak Baik ^_^

Assalammualaikum wbt..& salam sejahtera..


Segala puji kehadrat Allah SWT..kerana tidak terhitung nikmat yang diberikan Nya kepada diri  ini juga kepada kita semua.


Sungguh..! aku memang tidak pandai mengayat, apalagi bermadah disini..(dah try tapi failed!) :-D direct to the point ada blog memang bagus untuk mengasah bakat dalam penulisan,tidak kesalah dalam bentuk ayat macam mana pun.tapi penggunaan bahasa macam ni (baku) sangat digalakkan untuk memudahkan proses translate oleh pelancong maya yang datang ke blog kita kan? :-) hee ~ itu pun kalau ada kan..


Sebenarnya hati ini rindukan santapan rohani..! -_-" setakat full solat..(itu belum dikira soal kualitinya) tidak cukup hanya dengan membaca al-Quran..(asal baca saja) memang tidak cukup! berpuasa..(puasa wajib pun belum ganti lagi) dahulukan yang wajib..bayar hutang memang wajib! yang sunnah??..lintang pukang ...Astagfirullahalazim.


Ok, sekarang dalam proses mencari sahabat-sahabat usrah.itulah salah satu usaha untuk menjadi budak baik ^_^ kalau tidak percaya jom try sama2..bukan mahu cakap besar (orang sabah cakap 'tembirang') kawan-kawan selalu cakap saya ni budak baik huhuu.. siapa tidak suka dilabel sebagai 'budak baik'' ceahh..:-) setakat menjaga solat ,aurat,batas pergaulan dan tidak couple. free2 dapat title budak baik ..orang sekarang memang macam tu kan,seoalah-olah hukum-hakam agama itu satu perkara yang remeh. Wallahualam 



Bila kita selalu muhasabah diri, baru nampak segala cacat celah pada diri sendiri, jangan tunggu ditegur,diperli atau dihina baru mahu stress..(itulah perangai kebanyakan kita ) selalunya perkara macam tu lah juga yang merosakkan hati dan akhlak kita.tidak mustahil merosakkan silaturrahim yang ada.hurmmm...


Suka sangat baca blog/web islamik, kenapa ? sebab mereka juga memberi kita sumber inspirasi untuk menjadi seorang yang lebih baik, melalui perkongsian cerita dan pengalaman hidup masing-masing..sedikit sebanyak memberi motivasi diri.selalunya orang baik-baik ni tidak kesah soal latar belakang seseorang itu...yang penting kita ada hati mahu berubah.simple kan..tiada manusia suci di muka bumi ini, kita semua sama,pangkat hamba juga cuma bezanya hanya pada taqwa ;-)
Melalui pengalaman sendiri..bagai langit dengan bumi bezanya kalau kita bersahabat dengan orang yang menjaga solat dan yang tidak.sendiri mahu ingatlah kan..baik buruk sesuatu, besar panjang dah pun ..boleh bezakan sendiri. kecuali orang yang sengaja membutakan mata hati sendiri ..hee~ :-) hasilnya kepada diri sendiri juga kan.


Mahu jadi budak baik, memang mudah ..( azam kena kuat) mindset..jangan ingat buat jahat saja yang mudah..seolah-olah kita mudah mengalah dengan syaitan kan? ;-) banyak altenatif boleh diguna pakai, berkawanlah dengan orang-orang yang baik2 ( soleh&solehah) 1st step,bersedia buang perangai buruk..( mengikut kemampuan) insyaAllah dipermudahkan juga jalannya..Bersamamuuuu (Allah) always be with you..so dont worry too much lar. aisehhh..:-D 


Maybe channel pun kena tukar kalau dulu dengar hot fm, sekarang dengar lah pulak radio ikim..kalau suka tengok tv3 sekarang berjinak-jinaklah dengan tv alhijrah..sebagai contoh sahaja..hehee (memang berkesan) mengikut pengalaman sendiri ni..dulu baca majalah komik, majalah mangga, utopia..buang sikit-sikt hiburan tu, tukar pulak dengan bahan bacaan ilmiah lain. seperti majalah solusi kah, al islam, buku-buku motivasi yang lain..dan banyak lagi pilihan ,mudah kan ? :-) siapa cakap nak jadi baik susah.. ( jangan malu2) susah-susah ke tunggu hidayah dari langit ..hehee


Renung-renungkan dan sama-sama beramal....


itu saja coretan tengah malam ni..Wallahualam ^__^ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.