Motivasi Diri



Assalammualaikum wbt..Salam sejahtera ^_^


Kesempatan masa yang ada,yeahh...blog terus! :-D 
Bulan mulia, bulan bahagia, bulan barakah...pastinya yang baik2 saja.insyaAllah ...
sebelum masuk kerja tadi ..dengar radio ikim, memang favorite setiap hari rabu bersama prof.Muhaya, rasanya bukan saya seorang saja yang menjadi pendengar setia rancangan ni..
motivasi yang prof sampaikan memang sangat berkesan kepada setiap yang mendengar..kepada diri yang memang kurang ilmu ni,terasa kerdil sangat2..:-(




Malu dengan diri sendiri mengaku baik..huhuu, hanya Allah yang tahu macam mana nakal ku dulu..itu cerita lama, semua orang ada kisah masing2..kalau nak bercerita disini,sungguh aku tidak sanggup :-D cover line...


Kita buka lembaran baru...yang berlalu tetap berlalu,semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk kita menjadi insan yang lebih baik ...insyaAllah, prof.Muhaya cakap tadi,cara yang paling bagus untuk mengelak daripada dosa adalah dengan mengingati mati..terharu juga, mendegar panggilan daripada pendengar ikim tadi sampai tersedu2 dalam talian,semoga hidayah bersama kita semua..amin:-)


Macam mana payah sekali pun kena teruskan juga berubah kerana Allah,bukan untuk manusia..bukan untuk nama, tiada apa-apa pun yang boleh dibanggakan..usaha ini masih sangat sedikit, terlalu sedikit..jika dibanding banyaknya dosa dan kesilapan kita lakukan:'-( Astagfirulllahalazim...


Berubah untuk menjadi 'baik' memang tidak mudah..paksa diri sendiri pun tidak apa, untuk diri sendiri juga pulangannya..cuma kena 'bersabar'.. bukan sedikit,tapi banyak. aku tahu macam mana rasanya dunia indah tapi dalam 'kegelapan'..Alhamdulillah Allah masih sayang dengan aku, masih sayang kita semua..Dia terlalu SAYANG sudah.sampai kita pun tidak sedar diri..ego dengan tuhan, sombong pada kebaikan..huh! 


Semoga terus diberikan kekuatan untuk meninggalkan kehidupan yang kononnya dikatakan 'indah' ..tapi hati dan jiwa meronta kesakitan..aku banyak belajar daripada kehidupan ini, mahupun kehidupan orang lain..jangan pura-pura butakan mata hati kita. 


Pesan Prof.Muhaya tadi jangan suka amalkan 3M : Mengeluh, Merungut dan Menyesal.
tidak apa kalau menyesal dengan dosa dan bertaubat kepada Nya :-)
jangan kita termasuk dalam golongan orang yang rugi..amin^_^ 

Ulasan

nur_insani berkata…
Assalamualaikum wbt..
Saya pun suka mendengar segmen bersama Prof Muhaya.
Mudah difahami..
Ni ada link ingin saya kongsikan http://e-usrah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=90:koleksi-segmen-qislam-itu-indahq-dari-prof-muhaya&catid=40:audio&Itemid=112
Moga bermanfaat.. ^^

Teruskan menulis ye.. InsyaAllah. Moga sentiasa dlm redha dan kasihNya. Amiin..

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.