Harapan ~

Assalammualaikum warahmatullah ..

Alhamdulillah, bertemu kembali semoga kita semua sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah. Tiada yang lebih penting melainkan keberkatan dan keredhaan daripada Nya. Apa yang terbaik segalanya dari Allah apalagi yang kita rasa sempurna,dan setiap apa yang menyakitkan atau menguji kita itu semua adalah kasih sayang daripada Allah. bersangka baiklah..InsyaAllah, Allah lebih Tahu mentarbiah hati dan jiwa-jiwa hamba Nya.

Walaupun sudah tidak bergiat aktif dalam dunia Blog, yang kononnya sibuk walhal sentiasa mencari kesibukan diri :-D. al maklumlah bercuti 3bulan di rumah,menjadi suri rumah sepanjang masa. Huh..boleh tahan juga penatnya, walaupun rutin nampak sama saja ,tapi cabaran tu tetap ada. Waktu bekerja sentiasa berjalan mengikut keperluan. hehee~ orang cakap " Practice make's perfect ! Hidup ni memang perlukan cabaran. tak begitu kawan2? ;-) 

Intro punyalah panjang :-) bercakap soal HARAPAN, siapa yang tiada harapan dalam dunia ni. setiap orang ada harapan masing-masing, kalau cita-cita pulak? lagi tinggi lah, maksudnya komitmen lebih tinggi berbanding "harapan", tapi nampak macam sama saja kan. Cita-cita vs Harapan. ada beza tu ..terpulang kepada diri sendiri bagaimana untuk menilai semua itu.

Harapan untuk diri sendiri, keluarga,agama, bangsa dan negara! wahh...semangat pulak tengah-tengah malam ni. harapan itu tetap ada tersemat dalam diri kita dari sekecil-kecil harapan sampailah sebesar-besar harapan. tidak lupa juga untuk harapan "Mati yang bermakna" :') anda sudah sedia? harapan itu hancur lebur begitu saja...bila cakap soal mati,kenapa? Komitmen untuk "mati bermakna" sangat kurang kan. 

Dipanjangkan cerita, soal hati dan perasaan. harapan itu dekat sekali dengan hati kita, walaupun saya kurang arif lagi kurang bijaksana. hanya bercerita dan berkongsi melalaui pengalaman dan pengamatan mata hati dan akal yang ada. besar maknanya..HARAPAN itu, walaupun nampak 'tiada' pada mata dan pendengaran kita. 

Harapan inilah banyak buat orang kecewa, ALLAH lagi kecewa... 
" aku hantar kamu sekolah tinggi-tinggi supaya kamu jadi orang berguna kelak" itu selalu pesan ayah..." aku buat semua ini sebab aku percayakan kamu" itu pun harapan juga.." walau apa-pun kita tidak akan berpisah" siapa kita untuk menetukannya.." semoga aku mati dalam kalangan orang-orang yang beriman"  InsyaAllah sematkan dalam hati,Allah Maha Teliti dalam apa pun perkara. 





Ulasan

tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Sekadar muzakarah saja.
Harapan akan tinggal harapa jika kita tidak buat sesuatu dalam hidup kita. Surah AlMaidah:68 قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ ۗKatakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)"
Apalah makna harapan kita disisi Allah SDWT jika kita tiada nilai sesuatu pun kecuali kita mentadabbur AlQuran dalam hidup kita. Surah AnNisa`:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُ‌ونَ الْقُرْ‌آنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ‌ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرً‌ا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
Banyak persoalan yang hendak diketengahkan lebih2 lagi harapan orang2 mukmin bahawa selagi agama Allah SWT terdapat fitnah (kekufuran) selagi itulah tugas dan tanggung-jawab tidak akan selesai dimuka bumi ini.
Surah AlBaqarah:193 وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّـهِ ۖ Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah.
Wallahualam
Berlinda Ibrahim berkata…
Wa'alaikumsalam warahmatullah...setuju 100% dgn tajnur :) Terima kasih atas kunjungan ke blog usang sy ^_^ dan komen yang sangat membina.

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.