.

.

Archive for 2011-03

.::Siapa tahu kita selepas ini??


posted by BERLINDA IBRAHIM

1 comment

Apabila diri sudah dilanda kebosanan..macam2 bisikan syaitan datang..
Astagfirullahalazim....Muhasabah diri sentiasa, semoga sentiasa dibawah lindungan Nya.
Blog ini jadikan teman bicara hati dan minda..

Menjelajah dunia ke seberang sana...dunia tanpa sempadan:-)
Rasa  berbaloi cuci mata dengan benda2 macam ni..menginsafkan hati dan minda.
satu persatu ku perhati dan baca..sambil meng'copy' beberapa gambar dari pakcik 'google'^__^...harap tiada orang marah;-)

Bukan sekadar untuk tatapan mata ..tapi untuk hati dan juga minda...











Gambar ini bukan untuk suka-suka..menjadi penghias blog supaya nampak indah...
untuk muhasabahkan diri ini dan juga kita semua..

Bersyukur lah dengan rahmat Nya..apa harta yang kita belum cukup?
Apa lagi yang kita tangiskan.. hanya kerana 'boyfriend' yang hilang?
Apa lagi kita keluhkan..hanya kerana sedikit bebanan kerja atau tugasan?
Apa lagi yang kita tidak puas hati??..siapa lagi kita kritik selepas ini??
Apa lagi fitnah kita sebarkan ..sedang diri tidak tahu pun kebenarannya!

Daripada banyak ngomelan dan keluhan..apa salahnya kita sama2 mengingatkan diri akan kebesaran Tuhan! menginsafi dosa yang di lakukan! mendoakan saudara kita yang bertarung nyawa antara hidup dan mati demi agama Allah di bumi bertuah!

Merasa kerdil sangat diri ini bercakap soal agama, sedang diri masih merangkak mencari jalan Nya..insyaAllah semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk boleh 'berdiri' dan lantang menegakkan agama ISLAM seperti kalian.

Bersyukurlah....

Siapa tahu esok lusa giliran kita pula..






Mahukan keadilan..tapi perpecahan yang berlaku.
Mahukan kedamaian ..tapi huru hara yang dicetuskan.
Ingin hidup senang tapi banyak rungutan.
Ingin tegakkan kebenaran tapi fitnah bertaburan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana








.:Blog penuh hikmah:.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

1 comment

Alhamdulillah..semoga terus diberikan kekuatan berada di jalan Nya..


Setiap orang yang baru mengenali dunia blog..sudah semestinya 'blogwalking' menjadi rutin para blogger baru.macam saya suka 'skodeng' blog2 yang lain..^__^
tidak kesah lah blog yang macam mana, masing2 punya cita rasa..
bagi saya seorang 'blogger' baru..lebih memilih blog islamik dan motivasi..
setiap 'blogger' ada matlamat tersendiri..sama ada sekadar suka-suka ataupun perkongsian ilmu di alam maya^_^


saya pembaca setia Blog mereka...


:: Kembara sufi di bumi Tuhan::
Bergelar Bidadari Besi..merupakan sahabat kepada kakak saya juga. belajar di universiti Utara malaysia (UUM) sintok kedah^__^ Blog ini sentiasa memberi inspirasi kepada yang pembaca,melalui penyampaian cerita dan pengalamanya yang menarik.


:: Blog Hami Asraff::
Blog abang Asraff...rasanya bukan aku saja jadi pengunjung setia blognya.memang ramai sangat pengikiutnya hehee abang nsyem bah pulak^__^ tapi aku jadi pembaca setia blognya sebab 'isi' blognya juga mantap dan berhikmah.kira abang asraff ni taiko blog sudah lah:)


:: Blog si Iqbal syarie ( Bayyinat )::
Tidak silap saya penulis blog ini sebaya dengan umur ku, tapi penulisan dalam blog cukup mantap ^_^ dan penuh hikmah.iqbal memang ada bakat jadi seorang penulis..


siapa lagi arr...


hahh...ni blog BIGG taiko Blogger!:-D


siapa tidak kenal abang Ben ashaari
Follower sampai 11ribuuu++...orang yang paling pantas dan cepat meng'update blognya.
uuiii ramai gilak pengikut abang ben ni..memang dapur tanpa sempadan hehee...
masuk blog abg ben ni memang traffic jammed hahaa....:D











.::Lidah mencerminkan hati::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Walaupun sekejap cukup bermanfaat.. setialah bersama IKIM.fm hiburan mendidik jiwa^__^
Baru saja mendengar satu slot rancangan bersama DJ nik tidak silap saya..
bercakap tentang fitnah dengan kupasan yang menarik dan mantap 
bersama pegawai penyelidik pusat kajian sains dan alam sekitar IKIM


Apa yang terucap dari lidah kita adalah mencerminkan diri kita
Hendaklah kita menjaga dan memelihara lidah daripada berkata yang sia-sia..
mari kita hayati firman Nya..semoga kita dijauhkan daripada orang2 yang membawa fitnah..
  
Surah Al-Hujurat ayat 12-13


 Yang bermaksud...
12.Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.Dan bertawakalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat,dan Maha Penyayang"
13.wahai manusia! sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Disini juga ada penegasan dalam firman Nya:

 Dan kebanyakannya mereka tidak menuruti melainkan sangkaan sahaja, (walhal) Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menetukan sesuatu daripada kebenaran ( iktikad); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
surah Yunus:36

Cukup tegas sudah Allah bagi kita amaran dan peringatan dan kita boleh fikir dengan akal yang waras keterangan ayat2 di atas cukup jelas tanpa ada kiasnya..




Tapi mengapa?..kenapa?...haruskah?
diteruskan sikap kita yang memandang ringan hukumNya..
dalam perhatian saya sebagai seorang remaja..dan masih daif pun dalam agama ini..
saya akui kelemahan yang ada pada diri ini:(


Ramai masyarakat kita 'terjerat' dalam dosa fitnah ini..hanya kerana ingin perjuangkan ego,kuasa, harta dan maruah mahupun sebaliknya..terus menabur fitnah, mencaci dan mencarut sini sana..yang paling sedih bila menggunakan 'ayat2 dari Allah' untuk menegakkan benang yang basah..
bukan juga budak kecil pun..malah orang2 berpendidikan,berkelulusan tinggi, berkedudukan malah ber'title'kan pemimpin, ketua agama dan sebagainya


Astagfirullahalazim...


Apa lagi orang yang seperti saya ,yang kurang ilmu dan  agamanya..
bagaimana untuk kita menangkis sifat 'prasangka' begini pada realitinya..
membaca, mendengar dan melihat keadaan ini ..bermacam fitnah diluahkan tanpa rasa bersalah..yang mendengar pun meng'iya kan walau tanpa selidiki kebenarannya...


Dalam hadis Rasullah S.A.W pun ada menyebut:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka membawa fitnah dan mengaduh domba"


Allahualam..


coretan ini hanya untuk meluahkan kekesalan pada hati..
sekadar ingatan untuk diri sendiri dan yang membaca..
inilah dunia akhir zaman..





.:: Aku anak Laut::.


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Alhamdulillah semuanya sudah baik2 saja..^__^


Jom cerita pasal ikan di laut..^_^


 Tengok gambar ikan besarrr tu...huhuuu...
best kan kalau boleh tengok dengan mata sendiri..dalam laut yang jernih..fuhhh
lama juga tak pergi berenang ..^_^ the favorite thing to do..
aku tak pernah pun pergi pulau2 yang terkenal di malaysia ni..
aku berenang di lautan yang bebas yang tanpa aturan dan pengawasan..hehee


depan kampung aku dulu laut terbentang luas...
dan ada beberapa pulau depannya..tak jauh pun..lebih kurang 100 meter macam tu..:)
ikan2 macam ni memang selalu makan ..hahaa..:D
anak nelayan bah pulak..^__^




memang minat gila ni..hidupan dalam laut..
exited menyelam walaupun tak pakai tangki oksigen..hihiii..
iya kah tue??..betul bah..
bukan laut dalam pun..hehee


sekarang jauh sangat bezanya..
semenjak masuk sekolah menengah tidak pernah lagi bermain-main di laut:D


Memancing?..pernah juga jadi hobi tue...
memang jarang sangat jumpa kawan perempuan yang berminat dengan aktiviti di laut..
macam memancing, berenang kah:D..memang susah..
sekadar hiasan^_^


kena fikir risiko juga kan..dah namanya anak dara..
apa lagi ber'title' muslimah..
tapi bagi aku ..semua tu tidak mustahil..
tidak salah pun ada minat macam ni kan ..
tapi yang penting kena pandai jaga aturan Nya..
begitu dong^__^
best kan dapat spent time dgn ikan2 ni..:)
ada satu tempat ni ..mau sangat aku pergi sana..
mana tue?..the great barrier reef ..nun jauh di Australia..
Subahnaallah..itulah tempat syurga segala hidupan lautan yang terjaga..
mana tau ada rezeki kan..insyaAllah 
tapi apa kurangnya di malaysia kan?..hehee
sabah pun belum habis 'round'..:D


bestnyaaaaa.......^_^ boleh 'date' dgn ikan besar ni..




ini memang xble manja2..bahaya untuk nyawa:D


siapa yang xsuka dolphin kan^_^ cumill..




.:: Nota sebelum Tidur::.


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

^__^ semoga diberikan kekuatan untuk hari esok..
Ibadah bertambah baik..
terima kasih ibu dan ayah yang sentiasa disisi dalam suka dan duka..
tidak jemu melayani karenah kami adik beradik dan terus sabar menjaga kami walaupun semua dah besar panjang..hehee..
tidak lupa buat akak ku yang sentiasa memberi ku semangat dan kasih sayang yang tak berbelah bagi walaupun akak jauh..^_^
terima kasih atas doanya ya kak :) ..


pandanglah mereka dengan hati dan penuh kasih sayang..
usah mencari kelemahan dan kekurangan yang ada pada mereka ..
carilah kembali segala kebaikan yang pernah mereka berikan padamu..
hargai mereka yang ada disisi mu ..


Bersangka baik lah sesama kita walau dimana dan  dalam apa jua cara sekali pun...
dan paling penting bersangka baiklah kepada Nya..


Allahualam..^___^







.:: Mari Bersyukur::.


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Alhamdulillah...
Syukur ke atas segala nikmat Nya..
bila hati dekat dengan Nya..apa pun berlaku ke atas diri kita..
kita sentiasa dalam keadaan yang redha..sakit ini ujian kepada hambanNya..
bertapa kasihnya Dia kepada kita..mengapa harus mengeluh dengan sakit yang tidak seberapa..sakit ini diberiNya untuk mengingatkan kita supaya tidak leka..


" wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada TuhanMu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai ( dengan tujuan yang keranannya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya.Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu"
surah Infitar:ayat 6-8


memang kita lah yang selalu lalai..dan mengabaikanNya..lihatlah bagaimana Dia menyayangi kita..dibagi makan minum dan tidur secukupnya..diberi rasa untuk berkasih sesama manusia..segalanya Dia sudah bagi!


" sesungguhnya kami telah menciptakan manusiadalam bentuk sebaik-baiknya ( dan kelengkapanyang sesuai dengannya)
surah At-tin: ayat 4

menghirup udara segar dan nyaman..tanpa sebarang musibah, tidak seperti saudara-saudara kita di luar sana..yang masih hidup dalam ketakutan, kebuluran, kesengsaraan dan berperang dengan kesakitan jasad dan jiwa mereka..


mari bersungguh menjadi hamba..melaksanakan segala perintahNya!!


apa guna merasa bahagia dan sihat sentiasa ..tapi hati kosong dan suram saja..
apa yang di cari ..payah rasanya muncul pada realitinya..Nur yang hilang tidak terasa..
bila sudah tersungkur ..baru kau ingat nama tuhan MU..baru kau ingat mau bersyukur?









cakap bagus-bagus Bah(^__^)


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



direct to the point ..:)
sebentar tadi baru saja baca artikel ini Berkata dan Menaip dengan baik
setuju 100%..melalui tutur kata kita, mahupun cara bercakap,kita boleh gambarkan bagaimana personaliti seseorang itu..?
ya kah??..memang betul pun ..hanya dengan kata2 kita boleh 'meneka' keadaan atau emosi seseorang ..itu bagi pendapat saya lah..saya pun bukan 'terror' sangat untuk mengulas 'point' ni..:D

Benda ni memang berlaku disekeliling kita ..dan saya akui pernah berlaku kepada diri sendiri..:( Alhamdulillah sudah diinsafi
saya perhatikan ramai kawan facebook terutamanya..
bukan main bersungguh melepaskan emosi dan tekanan tanpa segan silu..

segala perasaan dihambur begitu saja..menaip tanpa akal yang waras..
orang yang baik budinya..santun bicarannya..bertutur dengan penuh hemah dan hikmah..
subahanallah..siapa yang tidak suka..? hati siapa yang tidak tertarik untuk mendekatinya..

di facebook mahupun Blog ..'add' dan 'follow' saya memang pilih orang..
kawan yang baik itu cerminan kepada diri kita juga ..:)
saya memang tidak teragak-agak untuk meng 'add' atau 'follow' orang yang baik2 dari taipan atau penulisannya dalam blognya..hehee

berkawan jangan nilai dari paras rupanya..





titipan untuk blog usang -> 


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Sabar ...sabar..dan sabar..



bila kau terasa sakit di hati.macam-macam boleh berlaku 
kadang-kadang sampai diluar jangkaan..
sebab kita bertindak diluar kewarasan fikiran..

Bila pula seseorang itu di tempat yang selalu 'bersabar'
dia akan selalu anggap dirinya yang betul..
cukup hebat dari segala ancaman emosi orang sekelilingnya..
padahal hakikatnya makan diri sendiri 
kalau kita bersabar bukan pada landasan yang betul.
Dia itu Maha Mengetahui...

Fuhh..
sukarnya memahami akal manusia..
yang tidak pernah puas..
buatlah apa-apa pun..
tapi satu benda kita kena ingat 
betulkah Allah meredhai segala perbuatan kita ?
yang kita rasa apa yang kita buat itu adalah 'betul'????
Tapi agama Allah cukup sempurna..tiada tolok bandingnya..
Sendiri ingat apa yang perlu dibuat..
Sama ada mencari salah diri sendiri ataupun orang lain?

Cukuplah sempurna bagiNya..
tidak perlu mengharap pandangan dan kebaikan pada manusia yang lain
Dia yang atur semua kehidupan kita sebagai Hamba kepadaNya.
kebanyakannya manusia tidak tahan dengan tekanan..
Ya..memang tidak pernah dinafikan manusia selalu saja berkeluh kesah..
Lebih-lebih lagi permasalahan yang timbul melibatkan
hati dan perasaan..

kita harus akui ..
kita punya kelemahan sendiri..
tidak perlu sombong untuk pertahankan ego
tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
kecuali seorang yang bernama kekasih ALLAH.
Apa yang kita perlu buat untuk kita rasa bahagia disampingNya..?

Walau kita tidak sempurna sepertimana yang kita inginkan
kita masih lagi boleh untuk menjadi seorang yang lebih baik..
yang boleh berbakti kepada orang-orang sekeliling kita
dan untuk agama dan bangsa kita 
yang paling penting menjadi yang terbaik untuk diri sendiri..


Blogger islamik


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments


Tenangnya hati bila bersama-sama orang2 yang soleh..tidak kisah lah walaupun di alam maya..^_^ jadi sahabat anda di alam maya, saya sudah rasa cukup bertuah..:)
aku insan kerdil yang masih dahagakan ilmu akhirat ..dan aku berharap kepada kalian..
biarlah..apa pun orang nak kata ..^__^ aku suka anda yang berjiwa jihad ke jalan Allah
siapa tidak suka kepada kebaikan?siapa pula tidak suka orang2 soleh kan?


jauh di lubuk hati ..ingin juga punya sahabat  seperti kalian yang boleh mengingatkan kelalaian dan kealpaan..


Banyak yang aku belajar ..semenjak mengenal dunia blog.
ya..benarlah orang cakap, Blog medium dakwah..


cuma aku tidak suka blog yang berbaur politik..
kadang2 orang yang daif pada agama..yang baru mengenal ISLAM..
kita boleh bersangka buruk pada orang lain..walhal kita tidak tahu kebenaran.
pandai keliru dek isu politik sini sana..Allahualam
so..hati2 dalam berdakwah..^__^


semoga terus istiqamah dalam jalan ini..





** catatan nota kecil ku ketika di bangku sekolah


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



::IKHLAS::
 

Sifat yang ditegah untuk ikhlas
:: Malas bersendirian 
:: Suka apabila di puji 
:: Berhenti apabila dikeji


Keikhlasan beribadah 
:: Beristiqamah ( berterusan )
:: Muhasabah diri 
:: Banyakkan istigfar dan berdoa


3 Golongan ALLAH tidak akan pandang (murkah)
:: Mengira apa yang diberi 
:: Bersumpah palsu mengenai barang jualannya
:: Pakaian meleret ke bumi ( sombong )


2 Golongan penghuni neraka yang tidak akan masuk syurga 
:: pemimpin yang zalim
:: perempuan yang berpakaian tetapi 'telanjang' 








7/8/09

tiada istilah 'Boring'


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments


Tidak senang melihat blog ini sepi begitu saja ..^_^
kerja pun tidak lah sesibuk mana ..segala jenis blog pun aku terjah..
ada juga manfaatnya ..tapi kena pandai juga jaga masa...
kerja ..kerja juga..:)




masa ku terluang di sini..banyak sahabat2 blogger yang memberi inspirasi..
walaupun 'blogger' macam aku ni tidak dikenali ..hehee..



baru saja habis baca^_^

banyak manfaatnya..rugi nda baca..^_^ 
tidak rugi luangkan masa dengan membaca..

kupasan menarik dari penulis baru kita bah^_^

mohon tunjuk ajar dari kalian yang punyai ilmu yang lebih dalam tidak kira dalam bentuk apa pun..yang penting ikhlas untuk berkongsi dan memberi.
orang seumpama aku ini amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar..


ilmu itu memang sangat luas..tapi ada juga batasnya..sebab Dia yang punya..
apa yang kita ada sekarang hanya setitis air di lautan..betul bah kan:)


manfaatkan masa sebaiknya..jangan hanya tahu 'update status' di sini sana..(FB) :D
tidak jauh..kini, semua hanya di hujung jari..tepuk dada tanya iman^_^


*** kadang ada juga rasa kecewa..bila bertanya lansung tiada 'reply' nya..
tidak apa..mungkin soalan ku buang masa..
*** berkongsi rasa bila aku rajin bertanya..walaupun lambat dapat 'jawapannya' ^_^
tetap sabar dan terus bertanya sehingga ada jawabnya :)
*** bersangka baik itu bagus bah...^_^

yang BAIK saja


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

siapa mengaku yang dia tidak pernah lakukan kesilapan?
siapa yang berani mengaku dirinya tidak pernah menyakiti orang lain?

ya..semua kita pernah buat salah mahupun kesilapan..
setiap orang ada punya sejarah hidup masing2 tidak kira baik atau buruk...

siapa pun pernah jatuh dalam berjuang ..
'jatuh' itulah yang membuat seseorang itu mampu bangkit semula ..
mencipta sebuah kehidupan yang lebih baik dan berjaya kini.

semoga kita terus istiqamah ..
untuk berusaha ke arah hidup yang lebih baik sebagai seorang HAMBA 
tidak kira lah apa pun 'title' yang kita pegang sekarang..
di sisi-Nya kita tetap sama ..
apa lah salahnya kalau kita 'copy' yang baik dari orang lain..
'remove' apa yang buruk pada diri kita..dan apa yang tidak disukai oleh Nya..
 Allahualam...

Senyuman untuk semua ^___^







ikhlaskan hati pada ilmu


posted by BERLINDA IBRAHIM on

2 comments

cintailah ilmu sepenuh hati mu..
ilmu yang kita tahu amalkan dengan bersungguh..

dengan rasa rendah diri menaip ni..
siapalah aku bercakap tentang ilmu..?
siapa lah aku...
keluhan hati yang kecewa..

baru sebentar tadi terjumpa cikgu..
eh..tak sambung study lagi??
hanya senyuman untuk soalan itu...
..InsyaAllah cikgu ..harap dipermudahkan tahun ni..

jangan sedih ..Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kamu..
yang penting jangan pernah putus asa..
^__^ wahh..semangat ni...

masa yang terluang ni ..berusaha untuk manfaatkan masa mencari ilmu sebanyak yang boleh..jadi ulat buku dan kaki online ^_^
walaupun tanpa guru..tapi aku masih boleh bertanya kan ^_^
walaupun masih merangkak mencari Nur ISLAM...

insyaAllah aku yakin Dia akan permudahkan..
walau dipandang sebelah mata..kerana belajar pun tak tinggi mana..
tapi aku akan cuba mengamalkan ilmu yang aku pelajari sebaik yang mungkin
orang sekeliling ku perlu tahu dan amat perlukan ISLAM itu..







Tiada duka yang abadi


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Tiada duka yang abadi di dunia..
Tiada sepi merantaimu selamanya ..
Malam kan berakhir , hari kan berganti ..
Takdir hidup kan dijalani..

Tangis dan tawa..nyanyian yang mengiringi..
Hati yg rindu tanda cinta dijalan Nya
Namun ku percaya ..hati menyakini ..
 Semua akan indah pada akhirnya..

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
Tapi waktu tak berhenti..tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini...

Waktu berputar rembulan dan matahari ..
Bunga yang mekar akan layu akan mati..
Malam kan berakhir, hari kan berganti..
Takdir hidup kan dijalani..