Soal Hati!

Assalammualaikum ..salam sejahtera :-)


 Sejak kebelakangan ni cuaca memang tidak berapa bagus. hujan berterusan, mendung dihari petang. mood pun seakan-akan mengikut rentak cuaca malam ni huhuu..mencari kekuatan disebalik kelemahan diri. tentunya pada Dia jua ku mohon kekuatan..sememangnya Dia tidak pernah jauh dan tidak akan sesekali meninggalkan kita kan ? :')




Bicara soal hati ..huhuu jiwang lah pulak :-D soalnya memang hati ni pun.
Tiada orang yang no feeling kan? namanya juga kita ni manusia yang ada akal, hati dan perasaan. Itu jugalah membezakan kita daripada makhluk ciptaan Tuhan yang lain.


Rasa kecewa itu memang normal bagi kita semua, walaupun kita tidak suka akan 'rasanya' .Ianya tetap akan ada dan dialami oleh semua orang,tiada yang terkecuali! kita jadikan ia sebagai cabaran dan ujian kehidupan.Dan untuk mengatasi rasa kecewa itu memerlukan  kekuatan dalaman yang kuat kan? soal fizikalnya lain lagi..semuanya bermula dari HATI.


HATI inilah yang perlu kita jaga sebaik mungkin,terpulang caranya bagaimana, semua orang ada cara dan fahaman tersendiri.Soal HATI kita jangan tanya orang lain.macam mana kita mahu menjaga hati sendiri begitu jugalah harapan setiap orang terhadap hati masing-masing.so..untuk menjaga hati semua orang sememangnya sukar.jadi saya maafkan mereka yang pernah menyakiti hati atau buat hati ini terasa dan kecewa. 'Rasa' ini sungguh membahagiakan :-) maafkan semua orang. maafkan saya juga ehehee ..:-) 


 Insya'Allah semuanya akan baik-baik saja :-) sandarkan hati dan harapan pada Nya. itu yang terbaik, jangan pernah letakkan harapan setinggi gunung kepada namanya Manusia. untuk dijadikan sandaran hati sangat berisiko tinggi..iya kah? :-) kita hadapinya dengan senyuman dan IMAN ^__^ Wallahualam..


La Tahzan ...semoga ketenangan HATI milik kita :-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.