Nota Hari ini

Assalammualaikum ..


Sejak beberapa hari ini memang sangat sibuk,tiada masa untuk update blog.
terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang baru kerana sudi menjadi sahabat blog ini,juga kepada yang sudi singgah walaupun sekejap hehee,letak iklan dalam 'shoutbox' pun senyum sajalah..:-)


Kebelakangan ni,banyak terserempak dengan senior-senior lama, junior dan kawan-kawan seperjuangan dulu.perasaan bercampur baur,'transformasi' banyak berlaku kepada mereka. apa yang menyedihkan perubahan yang tidak disangka-sangka, yang dulunya bertudung labu kini berubah tanpa sehelai kain pun di kepala,lain lagi rambut ditambah dengan 'warna'.Astagfirullahalazim..kemana hidayah mereka buang:'-(


Saya hanya mampu berdoa, semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. Moga-moga saya terus diberikan kekuatan dan istiqomah di jalan ini.hati ini memang sakit sangat bila tengok kejahatan apalagi keruntuhan akhlak saudara sendiri.malu pun ada..kenapa mereka boleh berubah sampai macam tu sekali?? pengaruh 'moden' ini memang tidak dapat disangkal lagi.


sebahagian kawan yang terjumpa dengan saya siap 'cover line'.saya senyum sendiri..hahaa saya bukannya malaikat pencatit kebaikan..tidak tahu apa yang mereka fikir.saya belajar daripada kehidupan semua orang bagaimana bawa diri kita secara berhemah dengan menjaga nilai-nilai murni yang diterapkan dalam islam itu sendiri.kita berubah tidak cukup hanya dengan berkata-kata, cakap kosong namanya..saya pun masih lagi dalam proses memahami dan mempraktikkan Islam itu secara pelahan-pelahan.kalau secara drastik memang payah untuk jadikan tabiat kita, bermula dengan langkah pertama dahulu untuk sempurnakan langkah seterusnya..


Wallahualam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.