Kita diBersihkan!

Bismillahirrahmannirahim...

Assalammualaikum wbt...
Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kelapangan dan kesempatan untuk menulis nota-nota kembali di blog ini.Rindu pula rasanya membebel disini hehee..keterbatasan masa yang saya ada memang masa untuk update blog ini sangat terhad ditambah pula dengan kesibukan laptop ini dengan macam-macam aktiviti.agaknya kalau laptop ni boleh bersuara,ia sudah memekik kepenatan:-D sudah menjadi tugasnya diciptakan untuk berkhidmat untuk tuannya kan..^_^

Masih segar dalam ingatan peristiwa 9 julai beberapa hari yang lalu, memang dasyat..sungguh! mereka benar-benar bersemangat. saya pun masih kabur tentang isu ini sebenarnya..post saya di facebook semasa hari kejadian memang tidak menyokong perkara ini berlaku.terus terang saya juga tidak berpihak kepada mana-mana pihak,hanya sebagai pemerhati kecil, sebagai rakyat remaja dan juga umat islam! apa sebenarnya terjadi??...sejak peristiwa itu berlaku banyak sekali  kebencian diluah di laman-laman sosial kita.dan itu yang saya tidak suka..saya tidak suka kepada kekecohan,kebencian yang melampau, perpecahan apalagi dikalangan kita sesama muslim. 

Yang pastinya saya juga percaya peristiwa bersejarah yang berlaku itu ada sebab musababnya tersendiri. sebelum dan selepas kejadian saya hanya sebagai permerhati kecil saja.saya tidak sehebat anda yang berani bersuara dan berjuang sehingga syahid insya'Allah.tidak berani bertindak apa-apa pun. sedar diri dengan kelemahan dan ketebatasan ilmu yang saya ada..dan sampai sekarang masih tertanya-tanya tentang keadaan yang sebenarnya.kepercayaan kita memang tidak boleh diletakkan pada seorang atau sebelah pihak saja.kena bijak dan waras menilai baik buruk yang berlaku.

Sedikit kekecewaan melanda..peristiwa itu turut meragut nyawa, kegansan turut berlaku..siapa mulakan dulu,siapa mengganas siapa?no komen..saya tidak tahu dimana kesahihan berita,masing-masing dengan pendapat dan hujah tersendiri.dikukuhkan dengan pelbagai bukti, gambar,video, dan dalil-dalil qalam Allah lagi lah saya kecut perut untuk bersuara.ada seorang kawan non-muslim tanya.." adakah Islam membenarkan demonstrasi macam tue??" saya malu sendiri..lidah keluh, insyaAllah saya akan usahakan untuk mencari jawapan itu.itu yang saya boleh janjikan, merujuk dengan orang yang lebih pakar.

Semua orang sibuk bercakap tentang BERSIH. pada pandangan saya,lebih baik banyakkan bermuhasabah, bersihkan hati,jernihkan amal ibadah kita kepada Allah .itu pendapat untuk diri sendiri dan kalian berhak untuk ada pilihan dan pendirian tersendiri.bukan mahu bersikap tidak endah, tapi pada fikiran ku dalam diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki dan dibersihkan.apabila ketaksuban berlaku macam-macam boleh jadi saya takut rasa marah dipandu oleh syaitan maka lain jadinya nanti.sedangkan diri ini masih 'kotor' dengan macam-macam dosa,mahu 'bersihkan' orang itu saya masih kurang mampu,nanti mengkritik saja yang lebih.kebencian itu akan membunuh 'kasih sayang' antara sesama manusia.saya yakin islam tidak suka akan permusuhan, sekecil-kecil perkara sehingga perkara besar sebegini,saya yakin islam mempunyai jalan dan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini


semoga kita semua sentiasa dalam hidayah Nya..ameen














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.