Nota Hati semalam^_^



Bismillahirahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt..salam sejahtera:-)

Alhamdulillah ..alhamdulillah kupanjatkan syukur kepada Nya, dengan masa dan nyawa yang masih dipinjamkan..dan tangan ini masih cukup sempurna menaip nota-nota untuk blog usang ...

Mata ini masih belum mahu dilelapkan, sepatutnya masa lebih diluangkan untuk (dating) kan..^__^ lagi bermanfaat dan sangat bernilai untuk kita sebenarnya..huh itu namanya kemanisan beribadah di waktu malam ,cuba try test hehee ..insyaAllah semoga jiwa-jiwa kita 
ini terus dididik dengan asuhan kasih sayang untuk mengenal Tuhan semesta alam.

Wahh...panjang intro nampak.selepas menelaah buku—buku ilmu akhirat memang keinsafan itu menyelebungi diri, memang macam tu bah kan :-)..rasanya saya sudah tahu rahsia para blogger yang hebat pada penulisan dalam blog, yang juga boleh menyentuh hati dan minda pembaca..sentuhan ayat-ayat dari hati yang cukup memukau pembaca.sebab ayat-ayat itu  datangnya dari hati nurani yang bersih dan tulus ikhlas yang memang bukan suka-suka menulis/ menaip untuk disampaikan..

Senang cerita jangan hipokrit pada tulisan atau karya sendiri.mati besok semuanya akan ditanya Dalam hidup ini banyak lagi saya kena belajar dan salah satunya kedaifan ku pada ilmu agama..kena usaha lebih untuk dapat lebih kan :-) perjalanan mengenal agama Islam panjang sangat ceritanya, diringkaskan cerita memang bermula dengan zero (0..0) setiap pahit manis perkara yang salah lalui memang telah dicatatkan dalam buku-buku usang sejak zaman sekolah lagi.. diteruskan sampai ke hari ini^_^

Memang seronok ada diari kan?pen kini bertukar kepada keyboard dan sekarang bertukar ‘teman’ baru..laptop inilah menjadi penyimpan segala rahsia dan cerita kehidupan.bukan juga semua dicatatkan (jangan lupa letak password) safety first heheeJ ..yang mana saya rasa memang ‘ngam’ .saya akan buat nota-nota sendiri ..esok lusa di masa tua boleh bacakan untuk anak-anak ..ha ha ha jauh sungguh berangan :-D

Bila buka balik buku nota-nota yang dulu ,memang rindu sangat pada majlis-majlis ilmu.Dengar tazkirah daripada kawan-kawan,ustaz dan ustazah (seangakatan dengannya) senyum sendiri pun ada..baca nota dengan tulisan yang comot ..hahaa
Menulislah selagi mampu, catatlah selalu nota-nota ilmu  sebab otak ni memang boleh hang juga kalau mahu ingat ilmu-ilmu yang dulu kita belajar ..iya kan? Kena lagi sekarang dengan macam-macam jenis virus huhuu..:-D syok sendiri..ok itu saja nota untuk hari ini.

Wassalam

01.24 AM  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.