.

.

aku sayang mata ku..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

aku sayang mata ku ini ..:-)
TERIMA KASIH YA ALLAH..





kejadian semalam buat aku betul-betul rasa takut...
bukan nak mengeluh..mata ku tak sesempurna mata orang lain..
aku hanya bergantung kepada mata kanan ku ni..


dipendekkan kisah***


8 tahun yang lalu ...
doktor kata .."minta maaf, kami tak boleh buat apa-apa untuk bantu mata kiri awak'
...saraf mata sebelah dah mati,so you kena jaga mata sebelah baik-baik"..
huh..waktu itu aku masih budak mentah, yang tak tahu apa-apa..
walaupun dah 13tahun...kira masih budak lah :-)
sekadar memandang ke arah doktor tu dan mendengar..


orang cakap 'no feeling' lah konon..mak pula memandang ku dengan mata yang berkaca..
tersentuh pula hati kecil ku.."mak..jangan menangis..tiada apa-apa juga ni'
kata si anak..yang masih belum mengerti apa-apa..
itu kisah yang 8 tahun yang lalu..****


kali terakhir buat pemeriksaan mata 4 tahun yang lalu..masa tu aku form5
baru terasa sedih bila melihat dengan mata sendiri, putih saja semua sarafnya..
bila doktor tu tunjukkan di monitornya..memang tiada perubahan apa-apa
jatuh air mata jernih ku tanpa segan silu di depan doktor itu..
sampai lah sekrang tidak pernah jumpa lagi doktor pakar yang 'hensyem' tu..
sempat lagi...hehee...^__^


selalu ingatkan diri..bersyukurlah,sekurang-kurangnya aku diberi penglihatan olehNya
walau hanya dengan sebelah mata..banyak lagi nikmat yang Dia bagi kepada ku yang tidak terhitung  nilainya sampai bila-bila..


semalam punya cerita***


semalam bukan kali pertama..mata ku sakit sangat-_-"..
nak buka mata pun susah ..pedih sangat-sangat..
sakit kepala pun ada dibuatnya..
inilah padahnya kalau depan laptop siang malam..
lepas ni kena makan lobak banyak-banyak:-D nasihat Dr ku..


fuhh..terasa gelapnya dunia..baru ku tahu perasaan orang buta...


Hargai MAtA kita..(@_@)


Aku sayang mata ku..