.

.

Archive for 2010-11

coret-coret


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Mud xbgs hari ni..semua xkena..

tmpt kerja..emm d rumah..sakit mata-_-
konflik jiwa ,perasaan, emosi...semua lh..

emosi sikit aku sejak kebelakangan ni..
rasa macam mau jmpa kaunselor plak??
try bertahan dlu..
dekat2kn diri dengan Allah..insyaAllah semuanya ok!!!


Dalam kepala ku ni..aku mau sambung belajarrrrrrrrrr.......
huhhh...hidup tiada motivasi,beginilah jadinya..

Cuti sekolah dah bermula..
pening kepala ku ..tengok org semakin ramai d 1B ni..emmmm bdk2 sekolah hurmmm..bkn main lagi..
bersesak2 ke panggung..ke hulu ke hilir..
berkasih mesra.. muslim ke non muslim ke..
kdg2 susah nak dibezakan..


aku ni..mengarut..
sebenarnya kboringan..duk sorg2 dpn laptop..
tasya blk awal pla hari ni..
blog ni je lah teman setia..huhuuu..

rindunya aku...aduiii...
bertuah pnya org..^_^ sapalah yang dirindu ni..
kesian...padahal tdk kna pduli punnn..

Apa aku merepek ni......
tettttttttthh....
wrong turn..

ada 1jam lagi mau pulang..
huh..hujan lagi..redah jak lh..
k smpi cni saja lah crita coret2 utk hari ni..

Assallammualaikum wbt..





Buatlah..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

buatlah apa kamu suka..
buatlah apa yang kamu rasa buat kamu bahagia..
buatlah apa pun yang buat boleh gembira dan tersenyum..
buatlah apa yang terbaik untuk kamu..
buatlah jika itu buat kamu sihat dan dekat dengan tuhan
Buat lah....



Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.
"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )
Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya  Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

SABAR..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Sabar itu lah perlu dipertahankan..
bila kau terasa sakit di hati.macam2 boleh berlaku 
diluar jangkaan..sebab kita bertindak diluar kewarasan fikiran..

Bila seseorang itu di tempat yang selalu 'bersabar'
dia akan selalu anggap dirinya yang betul..
cukup hebat dari segala ancaman emosi orang sekelilingnya..
padahal hakikatnya makan diri sendiri 
kalau kita bersabar bukan dijalan sebenar2nya..

Fuhh..
sukarnya memahami akal manusia..
yang tidak pernah puas..
buatlah apa2 pun..
tapi satu benda kita kena ingat 
betulkah Allah meredhai segala perbuatan kita ?
yang kita rasa apa yang kita buat itu adalah 'betul'????
Tapi agama Allah cukup sempurna..tiada tolok bandingnya..
Sendiri ingat apa yang perlu dibuat..

Cukuplah sempurna bagiNya..
tidak perlu mengharap pandangan dan kebaikan pada manusia yang lain
Dia yang atur semua kehidupan kita sebagai Hamba kepadaNya.
kebanyakannya manusia tidak tahan dengan tekanan..
lebih2 lagi ada permasalahan yang timbul melibatkan
hati dan perasaan..

kita harus akui ..
kita punya kelemahan sendiri..
tidak perlu sombong untuk pertahankan ego
tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
kecuali seorang yang bernama kekasih ALLAH

Walau kita tidak sempurna sepertimana yang kita inginkan
kita masih lagi boleh untuk menjadi seorang yang lebih baik..
yang boleh berbakti kepada orang2 sekeliling kita
dan untuk agama dan bangsa kita 
yang paling penting menjadi yang terbaik untuk diri sendiri..




Dari HATI...


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments




Ya Allah berikan aku kekuatan ..
disaat ku di uji..akan ku selalu ingatkan diri
bertapa indahnya kasih sayang Mu..

Semoga sakit ku membantu aku mendekati Mu
Namun disebalik  ujian Mu..
Aku tetap merasa syukur..
Bahagia dalam kesakitan^_^
disamping orang tersayang..
Walau aku tak sehebat 
Hamba2  soleh  yang lain..
Tapi aku cuba yang terbaik menjejak 
Kasih Mu..

Terima kasih buat sahabat2 yang membantu..
yang nyata atau di alam maya..^_^

Semoga aku diberikan kekuatan


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Semua orang mengiginkan kehidupan yang bahagia..
Gembira,tenang, dan kesempurnaan

Hidup aku tidak seindah orang lain...
Tapi satu perkara yang buat aku kuat..
Ada insan lain lebih berduka,menderita,sengsara ..
Jika dibandingkan dengan hidup aku sekarang

Buat apa yang ALLAH suruh
Jangan buat kalau ALLAH tidak suka..
Sayang semua Makhluk ALLAH..
Sayang semua orang..

Kalau hidup ini untukNya
Hati tidak akan pernah  kecewa..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments




Di mata nampak mudah..
hakikatnya berbeza apa yang di rasa..
Hidup kita berbeza-beza
cuma kita yang menentukan baik buruknya


Jika ketika ini..
kita mampu senyum dan ketawa..
Bersyukurlah..
Mungkin ketika ini ada orang yang terpaksa berduka
dengan pelbagai musibah
Jauh lagi berat penderitaan atau 
kesakitan yang ditanggungnya


Janganlh berduka ..
ingatlah semua yang indah 
apa yang Dia bagi dgn kita
kenapa perlu kecewa bila diuji 
untuk seketika...





Mustahilkah untuk membuat perubahan?


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

utk hari ini..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Sakit datang lagi..
fuhth...
aku mau tidur ..tapi kepala ku sakit sangat..: (
sakit perut..xslesa mau tidur

Bukan mau mngeluh...
sekadar meluah ni..:')
rasanya tidak perlu susahkan org lain untuk bantu kita kan..
Diri kita juga yang merasa..

Pulang dari kerja tadi...
hujan renyai2..aku men reda jak..
lepas tu..xda pla bas,terpaksa tunggu lama lg...
hujan mcm mau lebat...
huhh..nasib baik ada org kasihan..

Sampai rumah..
ada kerja ckit..kawan mnta tlg...
aku buat kerja serabai..huhh mnta maaf..: (
perut ku meragam...aku tahan2 jak...

Abang k call tadi..
nak mnta kirim duit.. rasanya mcm ada masalah..
aku kna tlg jg..tanpa byk tanya..
aku tggu pnggilan akak..tapi hampa..
buka laptop online...dia ada kejap jak..

sakitnya kepala ku ya Allah -_-"...

time to rest....
semoga aku dimaafkan atas segala klalaian dan kesilpan hari ini...
dan aku maafkan semua..
Sayang semua..

"BerR"


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Hari ni sunyi sangat..
smlm tidur lmbat..jm3..huh..
chat dgn akak..sampai mata layu2 tunggu skype call..
last xdpt..

tadi pagi t' miss solat subuh..fuhh..
xble jadi ni..
huh..takutlah dgn Allah!!
bangun jam 9 lbh dah..
abah tlg kasi bangun..xsdar pla..

smpai p tmpat keja 11 lbh dh..
lmbt bberapa minit..
huh..nasib baik boss xmarah..

datang kerja mcm besa..
sapu, mop..kmas pa yg patut..
lepas tu duduk jak kerja..
online..dari semalam ..

sampai mata aku sakit..
dah guna satu mata jak..
aku redha klu itu klemahan bg aku..
pasti Dia bg klebihan yg lain...

mcm sunyi pla 1Borneo hari ni..
hujan lebat..rasanya klu aku pun..
xmud maw gi jalan2..bagus lg stay d uma..

sakitnya mata ku..
klu nda mnghadap laptop ni..
mmg xda kerja lain dh..

Alhamdulillah dibagi kesenangan sebegini..
dari saudara ku yang lain..
terpaksa mengharungi pelbagai ujian hidup 
di luar sana..semoga diberikan kekuatan
dan ketabahan hati menghadapi semua rintangan

tapi ada orang cakap ..
klu kita slalu bahagia ..
kita akan lupa sapa diri kta sbnrnya..
apa lg mngenal orang sekeliling kita..

Jangan terlampau bersenang lenang..
hidup kna pndai bersyukur...
terima kasih ya Allah^_^

tidur lambat lagi..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Emm..
apa nak jadi..
oh mata knapa kau tidak mngantuk lagi..
esok pergi kerja..
huh..

Subuh nnt xbgn2..
ya Allah..
apa nak jadi dgn aku ni..

Salam..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Ya Allah..
berikan aku kekuatan.
supaya aku mampu membantu diri ,keluaga dan orang2 yang memerlukan ku..
siapa lah aku tanpa sokongan Mu...

lemahnya aku tanpa kasih sayang Mu..
sekarang aku redha dengan semua ketentuan Mu..
aku tahu Engkau tidak akan menghampakan hamba Mu

aku sudah kehilangan sokongan
aku hanya ada Engkau ya Allah..


Ada insan yang mengaku hebat..
tapi sebenarnya paling lemah antara semua..
ada orang kata yang dia benar.
padahal banyak kebohongan yang dilakukannya..

Hanya Engkau Maha Mengetahui..

1st concept store LG mobile in Sabah


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments




By BL 20 camera 






cerita Saya..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Hari ini ..
Tiada yang menarik...
rutin hidupku tetap sama bangun pagi , dan pergi kerja..
Bila terfikir soal "Study" ??? huhh sakit jiwa aku fikirkan semua tu..

Aku sudah dapat tawaran ..tapi kebanyakan ipts..
memang tiada kurangnya dari segi akademik..
tapi masih ragu2 lagi ..mau masuk kh tidak..
lagipun mahal sangat..mampu kh aku?
masih mengharap masuk ipta macam kawan2 yang lain..
Sabar...think positif. ^_^

Ada orang cakap kerja lagi bagus..
tapi niat mau sambung study tetap tidak padam
sekarang aku tengah tunggu keputusan..
bersangka baik padaNya..:-)


Senua ni ujian Allah..
alhamdulillah setakat ini aku masih kuat..
Dia bagi kesihatan yang baik,kawan2 yang baik2..
suasana yang baik..
walaupun ada yang tidak sempurna..
memang sudah lumrah hidup ini..

Pagi tadi tadi ..
aku disuntik dengan kata2 semangat..
" sayang semua Makhluk ALLAH"
semoga sifat2 mahmudah dapat ku kutip
sedikit demi sedikit..
insyaAllah..
walaupun ujian terus melanda..

Harap esok lebih baik dari hari ni..
itulah yang diharapkan oleh semua kita..
^_^

Dengan adanya blog ni..
sedikit sebanyak membantu ku
terus meneroka perkara2 yaang baru..

bertemu dengan insan2 yang berilmu..
InsyaAllah..

4/11/2010 :11.45pm