.

.

Mencari Makna ~


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Assalammualaikum warahmatullah, Salam Sejahtera~

Tercari-cari entri sebenarnya, apa yang bagus untuk cernaan minda namun ada sesuatu mengetuk minda, sejak semalam panjang lebar pula bersyarah dengan seorang sahabat. tiada topik yang lebih spesifik tapi kami berkongsi sesuatu yang jarang mendapat perhatian hati dan minda kita, selalunya lah.. 

Almaklumlah kalau bercerita soal keperluan dunia sampai bila pun tidak habis, pokok pangkal ceritanya kita tidak tahu dimana bermula. Mendengar kisah sahabat yang baru melalui proses "penghijrahan" Alhamdulillah Allah permudahkan jalan dan bukakan pintu hatinya. Tumpang gembira :-) dia bertanya " kamu tidak tahu apa dalam hati saya, cuma saya perlukan sokongan dan motivasi untuk lebih kuat"

Saya cuma berkata " Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia ni kita boleh capai semua, tapi kita boleh usaha dan seterusnya bertawakal dengan ALLAH" setelah itu segala ketentuan yang ALLAH berikan kepada kita, hendaklah kita berserah kepada NYA. Sama ada baik atau tidak itulah tarbiyah Sang Pencipta untuk hambanya. kadang kita sendiri tidak sedar dengan nikmat yang ALLAH bagi. Kufur nikmat sangat familiar  dikalangan kita ni kan? tepuk dada tanya iman~

"MAKNA"
Setiap insan ada Hak dan Peluang untuk merasa BAHAGIA~

setiap orang pastinya berbeza matlamat dan prinsip hidupnya tersendiri,baik dalam kerjaya, peribadi, dan kehidupan itu sendiri yang cukup luas untuk ditafsirkan. Sesetengah orang dengan adanya kekayaan dan kemewahan yang dia kecapi sudah cukup untuk memberi makna dalam hidupnya. ada pula orang cukuplah dia memiliki sesuatu yang dia benar-benar inginkan seperti "kekasih" , isteri, suami, anak dan mempunyai keluarga sendiri sudah cukup untuk buat hidup bermakna! Macam-macam lagi tafsiran kita dalam mencari makna. Kadang kecemerlangan akademik itu sendiri kita jadikan ukuran kejayaan seseorang dan makna hidupnya, walhal itu bukan ukuran manusia disisi Tuhannya, iya bukan?

Masih segar dalam ingatan kata-kata motivasi daripada Prof.Muhaya lebih kurang macam ni katanya "Orang yang mengejar cita-cita, kejayaannya tidak akan kekal lama, Tapi orang yang mengejar Makna dalam hidupnya, pasti akan sentiasa rasa tenang dan bahagia, baik di dunia mahupun disisi Tuhannya"

Waraskan fikiran dan bisikan ke dalam hati kita, selama ini saya berusaha untuk apa sebenarnya~ sudah tentulah untuk mencapai sesuatu yang boleh membahagiakan diri kita dan orang-orang yang kita sayangi + orang yang dicintai. Cuma kita selalu lalai dan lupa mencari "makna" untuk hidup disisi ALLAH. semuanya berpaksikan kesenanagan dunia semata-mata. Ramai yang membutakan mata hatinya hanya untuk kebahagian dunia yang SEMENTARA!

Syukur, Terima Kasih ALLAH. kepada kita yang masih celik mata hati dan jiwa.

Untuk mengekalkan aura-aura positif dan sifat "selalu bersyukur" tidak mudah tanpa usaha yang berterusan. Kena lagi kalau kita bergaul dengan orang yang tidak tentu, hati mudah rosak dan minda pun terikut sama. Suka mencari titik perbezaan, Wallahualam .. itu pentingnya kita ini berkawan dan bersahabat dengan siapa?  

Ketenangan itu dicari bukan ditunggu~

"HARAPAN"

Macam mana pun bentuk kehidupan yang kita lalui sekarang susah senang kita tempuh jua, sinar harapan itu pasti ada. ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Kaya, sabarlah kunci segala sesuatu. Maka berbahagialah orang-orang yang tinggi sifat sabarnya. Islam sudah sediakan peta kehidupan untuk kita, " Amal ma'ruf nahi munkar".

Jangan pernah berhenti berharap, ALLAH kan ada, rezeki , kebahagian, ketenangan itu semuanya datang daripada DIA. tiada yang mampu menghalang segala sesuatu yang ditetapkan untuk kita. 

HARAPAN ... Untuk Palestin MERDEKA! Dengan Izin ALLAH.

Apa-apa pun harapan kita dunia mahupun akhirat, letakkan ia ditempat sewajarnya, jangan meletak 'harapan' pada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, itu lagi menyakitkan!

Semoga kita sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat ALLAH.

2 comments