.

.

Archive for 2012-04

Nota Cinta ^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulillah ..Huh sehari telah berlalu, sayangnya Allah dengan kita sangat-sangat kan ? :') 
segala-galanya free or charge (FOC), kita ni kalau soal ''percuma'' semuanya suka ..Tapi bersyukurnya kurang.
kan dah hari-hari dapat free dari Allah! semuanya Dia bagi..sendiri mahu ingat lah kan :-)



Cinta..Cinta ..Cinta...semangat cinta ..huhuu ~
Terasa jangkal pulak bila bercakap soal cinta,jesteru diri ini pun belum mengenal dan fasih soal cinta sebenarnya.Tidak kesahlah tentang cinta apa-apa pun..dengan ilmu yang sangat terbatas ni, malu juga berbicara tentang cinta adakah bahagia,gembira, kecewa dan bermacam lagi yang telah digambarkan oleh keadaan sekeliling kita.kadang rasa lucu ,sedih pun ada mendengar kisah-kisah cinta kawan-kawan yang lain.Emosi sendiri pun pernah juga..itulah kan manusia, "emosinya" tidak pernah ketinggalan. 



Sesuatu yang menyakinkan saya, apa-apa pun berlaku disekeliling kita sama ada baik buruk tentang cinta semuanya pasti berhikmah, dan terpulang kepada seseorang itu mentafsir 'cintanya' bagaimana rupa? setiap orang pun ada pendapat dan pengalaman masing-masing, makanya setiap orang ada hak untuk berkongsi.Bagaimana menggambarkan cinta itu terpulang kepada empunya diri, positif atau negatif. 



Dimana mencari cinta ? itu pun rasanya tak perlu tanya orang lain, kena tanya diri sendiri dahulu. Rujuk itu perlu   kerana apa-apa pun kita kena cari dengan ilmu..jangan sampai sesat sudah! bab-bab rujukan ni penting juga, biarlah berhemah dan berhikmah ..aisehhh, macam pandai sangat.tiada niat mahu bajet diri bagus..huhuu~ moga jauh dari sifat-sifat Mazmumah! 



Apa yang sebenarnya saya ingin sampaikan ni? mengayat punya panjang ...Astagfirullah,beringat-ingat nak !senang cerita, sekarang topik hot  yang selalu ditanya, termasuklah mendengar kisah-kisah suka duka teman-teman ku yang tersayang..siapa tiada kaitan dengan cinta kan? i'ts playing around us..everywhere!:-D ia membuatkan kita sendiri tertanya-tanya .."siapalah jodohku"?? :-D si dia bagaimana agaknya rupanya..macam-macam yang bermain dalam fikiran kita kan. lucu juga bila bab "jodoh" ni jadi topik utama dalam bilik..cerita punya cerita tiada penghujungnya.Roomate ku yang selalu buat diri gembira ..hehee "sayang kamu" :-)



Normallah kan,apabila seorang perempuan fikir soal jodohnya, sejak melangkah umur 20an bohonglah kalau tidak fikir soal itu kan..dengan ilmu yang tidak seberapa ini, saya cuba untuk mencari solusi melalui sumber-sumber yang ada. kesediaan itu amat penting.. terpulang dengan cara masing-masing. perkara yang samar-samar dalam hal agama ni saya perlu dahulukan. ada komitmen lagi penting kan..tidak dinafikan ujian-ujian yang selalu mendatangi kita. ujian itulah buat diri ini rasa bimbang. takut pun ada.
Bersangka baik saja dengan Nya yakin pada janji Nya. pasti ada sesuatu terbaik untuk kita.
Wallahualam


 
 


Nota Aku kesah!


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



Assalammualaikum wbt & salam sejahtera 


Pesan sahabat..Menulislah kerana Allah.Nabi juga ada berpesan biarlah setiap apa yang kita buat itu disertakan dengan niat yang baik ok.Noted! tiada siapa yang boleh pertikaikan itu. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri ini ..mahupun yang membacanya.InsyaAllah


Diri ini baru sedar sebenarnya, bagaimana untuk menghargai orang yang ada dengan kita tanpa mengira tahap kepentingan terhadap seseorang itu.Kalau dulu saya tidak berapa peka soal ini,buat tidak tahu..bertindak sendirian tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.apa yang penting saya buat tu betul dan tidak melanggar hak-hak orang lain.selalunya kalau kita tidak rapat atau tiada urusan dengan seseorang tu,secara automatiknya komitmen untuk ambil berat tu agak kurang. selalunya macam tulah kan. 




Bertapa kita tidak sedar bahawa setiap orang yang berada disekeliling kita itu adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul. bukan hanya untuk mengambil hati semata-mata.tetapi untuk tunjukkan bahawa kita ambil berat, biarlah ada sikap 'ambil peduli' walaupun sedikit. Orang berilmu pernah beritahu, seseorang yang mengambil berat akan agamanya,pasti akan ambil berat soal saudaranya.saya selalu lupa apa-apa pun yang kita buat Islam itu ada bersama. untuk jadi role model bukan mudah tetapi sekurang-kurangnya kita ada 'hati' untuk peka dengan setiap perkara.yang 'over' lain pulak lah ceritanya kan :-D


Biarpun benda tu nampak kecil tapi itu juga menjadi soalan disana nanti kan ? 
Alhamdulillah, kini saya boleh mengawal habit bercakap banyak,dan sedikit sebanyak mampu mendidik diri dan hati untuk sesuatu yang lebih bermanfaat, bercakap biar berhikmah ..cewahh :-) pesan Nabi ''Diam itu Lebih baik" tidak rugi apa-apa pu kalau kita amalkan apa yang Rasullah suruh, malah lebih beruntung! satu perkembangan yang positif..yeahh..tepuk tangan untuk diri sendiri :-D ehehee..


Macam ni..kalau kita carring dengan orang lain. orang pun akan carring juga dengan kita kan. lebih kurang begitulah soal hati ni..kalau kita tidak berusaha menjaga hati orang ,orang pun tak akan jaga hati kita baik dari segi tindakan,pertuturan dan lain-lain hal lagi.. kadang kita tidak sedar sebenarnya..komitmen hanya untuk diri sendiri , keluarga, dan 'special friend'. Apa-apa pun komitmen kita yang paling utama adalah dengan Pencipta, kalau setakat nak jaga hati orang tapi tak ikut aturan Tuhan, Susah tue! 


Tiada siapa yang mahu mendapat tanggapan negatif dari orang lain kan? dan saya yakin ..kalau kita berusaha untuk mengikut panduan agama mahupun syariatnya.InsyaAllah tiada masalah..bukan mudah untuk puaskan hati semua orang kan. at least kita mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik disisi agama bukan hanya di mata manusia. kalau ada orang yang tidak suka melihat perubahan kebaikan pada diri kita..memang mereka itu ada masalah bukan kita okay! Untuk itu jadilah sebagai seorang berfikiran positif..setakat itu sajalah Nota usang hari ini. Wallahualam


Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Nya.Aminn~















Rajin juga buat Nota


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Speechless..orang putih cakap, tiada perkongsian yang menarik hati kali ini.Tajuk entri pun belum ada lagi, semangat si kawan blogging tengah-tengah malam :-D 
Andai saja disini boleh berkongsi dari hati ke hati, dihambur segala cerita dalam kepala seperti penulis-penulis cerita sensasi..apa yang difikir, apa yang dirasa segala dihujung mata pena versi canggih kini.


Astagfirullahalazim...memang menusuk kalbu zikir terapi versi Hafiz hamidun. Sangat baik untuk terapi hati bila-bila masa dan tidak bosan pun kalau dengar sepanjang masa, tidak percaya ? boleh cuba sendiri,kalau tidak ngam dihati ..sah memang ada yang tidak kena tu:-)
Apabila kita berhenti berfikir seolah-olah hati pun terikut sama, walaupun bukan semua orang begitu kan.. 


ok ;-)  semoga terus istiqamah untuk menjadi "positive thinker" . InsyaAllah kita boleh perbaiki diri dari masa ke semasa dan menghargai setiap orang yang bersama kita tidak kira keluarga, sahabat, kawan , rakan ,teman, taulan pokoknya semua orang yang berada di sekeliling kita. kita tidak tahu turn siapa dahulu untuk menyahut panggilan Nya. yang penting masa itu bukan milik kita,segalanya milik ALLAH jua.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita di Dunia dan Akhirat . Wassalam 




Nota oh kawan!


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera


Menunggu masa lapang walhal kita tidak pernah berusaha untuk melapangkan masa yang ada untuk diri sendiri ,keluarga mahupun orang sekeliling kita..Alhamdulillah dengan sesuatu yang telah selesai. kita masih dipermudahkan Nya ..walau dimana saat kita terlupa, lalai seketika atau buat tidak tahu tentang soal semua itu ..Wallahualam


Melakar sesuatu hanya dengan angan-angan kosong..hanya lakaran semata-mata, apa-apa benda pun tidak akan menjadi, benar bukan? bermonolog sendirian ..sudah lama tidak meluangkan masa untuk menulis sesuatu di sini. perkongsian itu satu kepuasan. tidak kesah lah orang baca atau tidak kan :) 


Datang sebagai tetamu dialu-alukan :-) semoga memperoleh sesuatu yang bermanfaat disini.iya nota-nota kehidupan yang ada dalam blog ini banyak sangat tersirat sebenarnya, sebabnya saya bukanlah seorang yang suka meluah sama ada disini atau facebook sekalipun.Blog usang ini hanya sekadar cernaan minda dan dialog hati antara diri dan kehidupan.Apabila kita selalu berfikir,maka idea pun akan selalu ada..cuma tidak tahu dimana mahu mencurahkan segalanya ..blogging lah paling best untuk orang yang diam-diam ubi berisi ceahh :-D saya tidak aktif dah blogging macam dulu, kononnya yang selalu sibuk!


Lebih suka memerhati dan mendengar pada sesuatu yang baru untuk diri sendiri,apa lagi berdepan dengan sesuatu yang memangnya termasuk dalam kelemahan sendiri.Melihat diri sendiri dengan lebih dalam ..memang banyak sangat penyesalan.Semoga dipermudahkan untuk terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan solehah Aminnn ..


Tanya diri sendiri dahulu ..sebelum persoalkan orang lain.  itulah sebaik-baiknya.
:') salam rindu buat sahabat-sahabat ..sudah lama tidak bertanyakan khabar kamu semua. diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hati dan jiwa terutamanya. 

Diri ini terasa sangat lemah disaat tidak mampu berkata-kata untuk menegakkan kalimah kebenaran. sudah terang-terang saya biarkan meraka pilih jalan hitam.. dimana kemampuan ku ? :'(  hati selalu berkata...hanya mampu berdoa,takut bersuara nanti ada hati yang akan terasa, pasti! pilihan apa yang saya ada..puas difikir jalan apa yang ada. ya Allah saya sayangkan mereka semua. tapi kenapa selalu kaku saat menerangkan jalan Mu.


Doaku selalu bersama kalian..Selalu fikirkan bahawa diri saya pun belum cukup bagus untuk tegur mereka atau bersuara! sampai bila !!? alasan demi alasan ..itu soalan dibenak fikiran ku ..huh, berikan kami hidayah dan janganlah palingkan hati-hati kami dari hidayah Mu.


Dia sentiasa bersama kita ^_^