Semalam dan Sekarang ~

Assalammualaikum wbt..


Alhamdulillah ...masih bernafas dan bernyawa lagi kita ya ^_^ 
Semoga dipermudahkan segala urusan dan usaha kita, Amin


Selawat dan salam rindu ya Rasullah


Comel kan ? :) memberi seribu makna 

Entri pun belum buat, oleh kerana suka sangat Blogging mahu juga berkongsi sesuatu disini.
setelah beberapa kurun ..wooahh! baru berpeluang Qiam berjemaah di masjid ^_^
bersama roomate  yang tersayang hehee~ .. jadi AJK yang tak bertauliah, sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada kami. yang kelihatan selalu Blurr :D 


Luangkan masa dengan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk JIWA , Alhamdulillah bersama dengan teman serumah, mengeratkan lagi ukhwah sedia ada...berkepit macam budak kecik, ke hulu ke hilir sama2, lucu jugalah :-D Almaklumlah..merendah diri sangat konon! :-D ramai juga yang datang, termasuk budak2 sekolah, golongan VIP,ustaz ustazah ..tidak ketinggalan geng surau yang selalu menyerlah dalam majlis ilmu dimana2  ^_^ Sehati sejiwa ~


Banyak post yang 'tertunda' oleh kerana emosi yang tak tentu arah huhuu~ 
sekarang musim2 cuti peperiksaan. nak buat countdown  pun dah terlambar, semester ni terasa masa sangat singkat. memang pun! :-) berdebar-debar juga.."boleh kah aku ni "?? soalan itu selalu berada di kotak fikiran ..lantas dengan spontannya , study woiii!!!


Disiplin untuk belajar dengan BERKUALI terasa sukar untuk dicapai, kelemahan yang sangat-sangat merugikan  diri sendiri , walaupun tahu baik buruknya nanti. Untuk membangkitkan lagi semangat belajar.ceahhh:-D ku pujuk diri ini duduk di meja belajar,ambil mood lah katakan kalau tidak "penyakit malas" tu terus-terusan melanda ..kalau mood tu tidak sampai-sampai juga?? silalah baca buku-buku motivasi yang ada :-) bukan main pulun lagi beli buku motivasi guna baucer 1Malaysia! hehee~ novel pun tidak pernah habis baca. 


Oleh itu, sedarlah wahai diri yang duduk depan laptop ni , sudah-sudahlah tu Blogging ! hehee~ 


Refresh mood~ 


Bersyukurlah kita untuk hari ini dan selamanya ~ i like that word ~ ^_^ 
( copy paste daripada pengacara program di masjid semalam ) 


Wallahualam














Ulasan

nohas berkata…
Assalamua'aikum, salam singgah..

Belum pernah qiam di masjid..good luck for the exam..
Berlinda Ibrahim berkata…
Wa'alaikumussalam :) terima kasih singgah blog usang ku @nohas
InsyaAllah ada peluang boleh join nanti ..best juga, sekali sekala jemaah qiam di masjid..^_^

All the best to you too..

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.