Notaku

Assalammualaikum wbt



Sesak dalam masa sendiri..tidak tahu sibuk untuk dunia atau perjuangan untuk hari-hari kemudian ? kadang kalau rutin harian kita tidak berubah itu yang membuatkan kita rasa boring dan pandai mengeluh. iyalah buat benda yang sama setiap hari siapa tidak bosan kan? melainkan orang itu pandai mendidik hatinya..buat sesuatu aktiviti yang lebih bermanfaat didalam kelapangan masa yang ada :-) selain daripada  aktiviti "facebooking" ..


" What's on your mind? " ayat inilah yang membuatkan kita selalu jadi mangsa "Wall" sendiri kan? merapu macam-macam, meluah tanpa rasa segan silu  apabila bercakap dengan orang yang "dihadapan". wahh..buat status gempak lah katakan, untuk mendapat "like" sebanyak yang mungkin ,dana-dana dosa berterusan..dari sisi positifnya memang kagum sangat dengan orang yang istiqomah dalam menyampaikan 'aya-ayat' , tazkirah, kata-kata nasihat.itulah sebaik-baiknya..biar kita selalu berpesan-pesan antara satu sama lain. Tapi yang buat rasa aku selalu rasa 'panas' ayat-ayat politikus, tiada henti menunding jari siapa betul siapa salah! kita pun yang membaca tidak boleh menilai sebelah pihak sahaja, itu tidak adil namanya.. biasalah kan setiap hari ada saja berbalahan, ketidakpuashatian, begini begitu dan bagaimana ..huhuuu~ tekanan sendiri.


Tapi apa Dr.M bilang (cakap) :-D semasa syarahannya di UMS, dimana-mana pun "kita tidak akan lari daripada sekumpulan kecil atau besar manusia yang tidak pernah puas hatinya " paling aku suka ayat Dr.M " Kalau melayu mudah lupa jangan pula orang sabah terikut sama" sepangjang ucapannya memang banyak sangat berkias, perli pun ada..tapi tak tahulah siapa yang diperlinya :-D sebagai seorang pemikir dan bekas pemimpin dia memang layak untuk dihormati bukan sebaliknya.walaupun hakikatnya kita ni suka mengkritik itu ini, aku pernah terbaca status FB sewaktu hangatnya isu BERSIH 3.0. "sudah layak kah kita mendapat pemimpin yang 'maksum' sedangkan diri kita/rakyat suka memberontak tanpa kewarasan fikiran". betullah kan, dengan 'rupa' kita yang susah sangat mahu bersyukur ni..minta lagi lebih-lebih!! titik-titik persamaan semakin berubah mengikut perdearan masa,almaklumlah ..orang sekarang bukan boleh 'dikelentong' lagi, belajar tinggi-tinggi sudah konon:-) permintaan pun harus tinggi ..hehee~


Eh..buat kontrovesi sendiri pulak..hahaa :-D rilek bah ..biasalah dunia ni, macam-macam ada..pandai-pandai kita bawa diri, emosi dan kewarasan fikiran untuk bertindak dengan lebih baik tanpa ada kemurkaan ALLAH. Jaga si "IMAN" baik-baik itulah satu-satunya kunci kita ada, yang membawa kemana arah tuju hidup sebenarnya.hurmmmm...ayat:-D


Pengaruh persekitaran memang banyak, tapi apa yang penting kita cuba berusaha untuk mencari teman-teman 'sepermainan' yang baik-baik. yang soleh solehah lagi baik! hehee..tapi bukan bermakna kita mengabaikan rakan-rakan yang ada, jangan pilih bulu sangat.berkawan biar seribu bercinta biar satu ..wahhh! :-D walaupun bukan semua orang 'boleh' menerima kekurangan dan kelemahan orang lain ..tapi bagi akulah kan :-) ceahh..inilah cara terbaik kita belajar tentang kehidupan, berinteraksi dengan manusia yang penuh drama ^__^ ( memujuk hati yang telah dikecewa) huhuuu~..


Last but not least.."TEGUHKAN IMANMU" :-) 


Wallahualam..

Ulasan

kak yong berkata…
Assalamualaikum...
saja nak tinggalkan jejak kat blog comel ni...
hehehheheheh
Berrrr
Berlinda Ibrahim berkata…
xpyh kasi tggl jejak , i dah taw u dtg hahaa..:-D
Kak ..jgn lupa bgtau klu sampai kk ar, ada benda kita mau settle ni hehee.. :')

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.