.

.

Aura positif~


posted by BERLINDA IBRAHIM

1 comment

Assalammualaikum warahmatullah ...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita masih merasa nikmat ini "IMAN". inilah perkara yang paling bernilai selama mana kita hidup dimuka bumi ini kan. IMAN~
Semoga kita semua sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat Nya, berbahagialah juga wahai sahabat kerna kita masih diberikan peluang dan kesempatan untuk berkasih sayang antara satu sama lain, yang paling penting tidak mengkhianati kasih sayang Allah!

:-) Pastinya hidup kita ini ada ceritanya tersendiri, suka dan duka ..ok sekarang fokus kepada yang positif sahaja, kalau fikir masalah sampai bila pun tidak selesai kan? hehee.. saya pernah mengikuti seminar dimana motivator selalu tekankan, kita ini perlukan aura positif dalaman dan luaran. untuk mendapatkan aura-aura positif itu so kita kena sentiasa positif, dan bijak mengenal pasti dan menyelesaikan segala permasalahan yang datang. semua benda pun kena ada usaha bukan , oleh itu usaha untuk menjadi positif pun bukan mudah tapi tidak sukar kalau kita MAHU! InsyaAllah.. pada saya mudah, kalau kita jaga hubungan dengan Allah pastinya, aura positif itu akan sentiasa ada tidak kira dimana pun tempat atau situasi. saya pun masih meneruskan usaha sampai hari ini :)



..Tapi untuk proses ketahap seorang yang positif perlunya ada kekuatan spiritual yang kuat. seoalah-olah Allah itu dekat sangat dengan kita. hakikatnya kita memang macam tu pun kan Allah ita sentiasa ada dengan kita, cuma kita yang lalai.. tapi ini lain, orang yang sentiasa hatinya berhubung dengan Allah pasti dia tahu apa perbezaan dan bagaimana rasanya hidup BERTUHAN! saya menaip macam mudah saja.. hakikat tidak semudah menaip keyboard nie :-D tidak salah kalau mencuba..berkongsi itu indah bukan, tapi tidak semua orang suka berkongsi cewahh... 

..Alhamdulillah lama tidak berkogsi disini, nama pun Blog usang..post pun sebulan sekali itupun kalau ada kelapangan dan kesempatan ehee~ siapa tidak mahu menyebarkan kasih sayang kan?? ^_^ banyak benda yang ingin dikongsikan sebenarnya, besarnya manfaatnya kalau kita sentiasa mengingatkan, terutamanya kepada orang yang sedang menaip ni weeee......~_~kalau kita selalu bahagiakan orang lain , InsyaAllah kita pun akan sentiasa bahagia terutamanya kepada mak dan ayah :') Have you guys ??  Alhamdulillah semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah Amin ya Rabb~

.. sejak akhir-akhir nie asyik terfikir soal jodoh pulak..wahh direct!! Ok lari topik sudah nie ~ kalau kita terfikir or inginkan sesuatu, mohon dan berdoalah kepada Allah, selain itu kenalah usaha juga ,itu pasti dong! sebagai contoh cewahh.. siap bercontoh bagai ehee~ Positif ok! :-) kalau inginkan suami yang soleh, yang baik, penyayang , romantik  etc silalah buat checklist untuk diri kita terlebih dahulu, cukupkan apa perlu, kan mahu jadi isteri solehah kenalah usaha dari sekarang kan hehee~ Semangat bah! ^_^  oraittt...almaklumlah.. sini situ sana, kenduri kahwin memanjang :-) Alhamdulillah ,Tahniah kepada semua pengatin baru ^_^ kekalkan momentum positif! 

Aku setia menunggu mu~ eh..sempat lagi bah berangan! Positif ok :-) semoga kita dipelihara daripada segala kemaksiatan didunia. Amin~

last but not least~ selamat beristirehat hamba-hamba Allah sekalian~ tidur dengan doa,Moga kita dalam kalangan golongan orang2 yang beriman.


1 comment