.

.

Archive for 2011-09

Nota terkini !


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera..




Alhamdulilah..Malam ini diberi sedikit kelapangan untuk bersama blog usang ku, ihsan roomate ku yang baik hati, meminjamkan broadband kepunyaannya hee~
Rutin harian nampak sama saja, sama ada bekerja atau belajar itulah yang kita rasa dan lalui hari demi hari dan hari seterusnya insyaAllah itupun kalau masih diberi peluang bernafas lagi ;-) 


Ya Allah jangan biarkan kami lupa dan lalai dalam setiap masa dan nafas yang Engkau berikan, berilah kami kekuatan dan keberkatan dalam menyempurnakan segala tanggungjawab yang kami dipikul. Amin ~


Memang kena selalu ingatkan diri sendiri, kalau nak harapkan orang lain memang payah.himpunan motivasi banyak terhasil apabila kita selalu menjaga hubungan kita dengan Tuhan ,ya kan ?? hilanglah segala kekusutan dan mewujudkan kedamaian walaupun dicelahan manusia yang sentiasa dalam kesibukan, sampai bila pun tidak akan berhenti..melainkan kita dipanggil Tuhan ^_^




Kehidupan di kampus ..tiada apa yang perlu dikeluhkan,hadapi dengan senyuman..huhuuu~
biasalah tu, proses untuk menyesuaikan diri dalam kelompok manusia yang baru..walaupun agak gementar berdepan dengan subjek yang agak mencabar bagi saya (tapi cover) :-D buat macam biasa saja..tiada apa yang perlu ditakutkan, otak ni kena cuci selalu, dah setahun tidak terlibat dengan aktiviti akademik, memang slow sikit hehee~ 


Semoga dipermudahkan untuk mencapai apa yang kita diimpikan.Amin ~


Istiqamatuljihad..













Budak Baik ^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum wbt..& salam sejahtera..


Segala puji kehadrat Allah SWT..kerana tidak terhitung nikmat yang diberikan Nya kepada diri  ini juga kepada kita semua.


Sungguh..! aku memang tidak pandai mengayat, apalagi bermadah disini..(dah try tapi failed!) :-D direct to the point ada blog memang bagus untuk mengasah bakat dalam penulisan,tidak kesalah dalam bentuk ayat macam mana pun.tapi penggunaan bahasa macam ni (baku) sangat digalakkan untuk memudahkan proses translate oleh pelancong maya yang datang ke blog kita kan? :-) hee ~ itu pun kalau ada kan..


Sebenarnya hati ini rindukan santapan rohani..! -_-" setakat full solat..(itu belum dikira soal kualitinya) tidak cukup hanya dengan membaca al-Quran..(asal baca saja) memang tidak cukup! berpuasa..(puasa wajib pun belum ganti lagi) dahulukan yang wajib..bayar hutang memang wajib! yang sunnah??..lintang pukang ...Astagfirullahalazim.


Ok, sekarang dalam proses mencari sahabat-sahabat usrah.itulah salah satu usaha untuk menjadi budak baik ^_^ kalau tidak percaya jom try sama2..bukan mahu cakap besar (orang sabah cakap 'tembirang') kawan-kawan selalu cakap saya ni budak baik huhuu.. siapa tidak suka dilabel sebagai 'budak baik'' ceahh..:-) setakat menjaga solat ,aurat,batas pergaulan dan tidak couple. free2 dapat title budak baik ..orang sekarang memang macam tu kan,seoalah-olah hukum-hakam agama itu satu perkara yang remeh. Wallahualam 



Bila kita selalu muhasabah diri, baru nampak segala cacat celah pada diri sendiri, jangan tunggu ditegur,diperli atau dihina baru mahu stress..(itulah perangai kebanyakan kita ) selalunya perkara macam tu lah juga yang merosakkan hati dan akhlak kita.tidak mustahil merosakkan silaturrahim yang ada.hurmmm...


Suka sangat baca blog/web islamik, kenapa ? sebab mereka juga memberi kita sumber inspirasi untuk menjadi seorang yang lebih baik, melalui perkongsian cerita dan pengalaman hidup masing-masing..sedikit sebanyak memberi motivasi diri.selalunya orang baik-baik ni tidak kesah soal latar belakang seseorang itu...yang penting kita ada hati mahu berubah.simple kan..tiada manusia suci di muka bumi ini, kita semua sama,pangkat hamba juga cuma bezanya hanya pada taqwa ;-)

Melalui pengalaman sendiri..bagai langit dengan bumi bezanya kalau kita bersahabat dengan orang yang menjaga solat dan yang tidak.sendiri mahu ingatlah kan..baik buruk sesuatu, besar panjang dah pun ..boleh bezakan sendiri. kecuali orang yang sengaja membutakan mata hati sendiri ..hee~ :-) hasilnya kepada diri sendiri juga kan.


Mahu jadi budak baik, memang mudah ..( azam kena kuat) mindset..jangan ingat buat jahat saja yang mudah..seolah-olah kita mudah mengalah dengan syaitan kan? ;-) banyak altenatif boleh diguna pakai, berkawanlah dengan orang-orang yang baik2 ( soleh&solehah) 1st step,bersedia buang perangai buruk..( mengikut kemampuan) insyaAllah dipermudahkan juga jalannya..Bersamamuuuu (Allah) always be with you..so dont worry too much lar. aisehhh..:-D 


Maybe channel pun kena tukar kalau dulu dengar hot fm, sekarang dengar lah pulak radio ikim..kalau suka tengok tv3 sekarang berjinak-jinaklah dengan tv alhijrah..sebagai contoh sahaja..hehee (memang berkesan) mengikut pengalaman sendiri ni..dulu baca majalah komik, majalah mangga, utopia..buang sikit-sikt hiburan tu, tukar pulak dengan bahan bacaan ilmiah lain. seperti majalah solusi kah, al islam, buku-buku motivasi yang lain..dan banyak lagi pilihan ,mudah kan ? :-) siapa cakap nak jadi baik susah.. ( jangan malu2) susah-susah ke tunggu hidayah dari langit ..hehee


Renung-renungkan dan sama-sama beramal....


itu saja coretan tengah malam ni..Wallahualam ^__^ 

Refresh


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum wbt ..salam sejahtera ^_^


Alhamdulilah hari ni ada sedikit kelapangan dan rindu untuk mencoret di sini, kebetulan hari ni tiada kelas hehee ..jarang sangat dah online, aku bukan kaki internet pun. dekat kolej kediaman ni tiada wifi sebab itu ramai kawan yang merungut huhuuu..biasalah kebergantungan dengan internet sekarang bukan alang-alang, macam satu keperluan..terpulang dengan diri sendiri  juga sebenarnya kan?? :-)

Sebagai rutin bergelar seorang pelajar..belajar..belajar dan terus belajar sampai puas hati kan :-D kuliah sudah bermula..nampaknya memang kena banyak refresh otak ni, buka buku yang lama ditinggalkan dulu.sama ada suka atau tidak kini aku belajar matematik semula hahaaa..wahhhh! bahagianya aku..kena tempuh juga, dengan cara apa sekali pun. paling penting jangan mudah mengalah hanya kerana subjek yang kita tidak suka ..hehee chayoooo2x.




Sebenarnya, sejak zaman pra sekolah lagi aku adalah salah seorang di antara berjuta manusia tidak suka belajar matematik..huhuu entahlah :-D mindset sendiri juga kan ?ada orang ni kalau jumpa math macam nampak kek :-) sedap je tengok orang tu buat homework..aku tidak tahu nak cari sifu siapa ni ..segan pulak nak menyusahkan kawan yang lain. al maklumlah namanya juga sama-sama pelajar, orang pun kena study juga takut nanti mengganggu..


InsyaAllah mesti ada altenatif yang lain,kena usaha sendiri..mesti ada kawan yang boleh tolong ringankan beban math ni ..hehee


jumpa lagi ..^__^  


Semoga kejayaan milik kita semua..Amin



Quran Explorer


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Quran Explorer

S.I.K.A.P


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum wbt..salam sejahtera


Alhamdulillah, akhirnya masa ku terluang disini walaupun sekejap..satu kepuasan bila dapat update blog usang ni. perasaan yang bercampur baur..baru saja memasuki dunia kampus,nikmat yang diberikan terlalu besar untuk aku dan juga keluarga..harapan mereka terlalu tinggi,merasa sedikit gementar melalui saat-saat ini..semoga dipermudahkan ,Amin..


Perubahan sikap itu sangat perlu bagi diri ini, untuk terus positif untuk menghadapi apa jua cabaran dan ujian akan datang..cuma bagaimana untuk mempersiapkan diri dan mencari kekuatan, supaya semuanya dalam keadaan stabil baik dari segi rohani dan jasmani.semoga istiqomah dengan kebaikan yang ada sekarang ..


Terpulang kepada diri sendiri, mahu letakkan diri berada di posisi positif ataupun negatif kan?
betul lah kata orang ..kita selalu diingatkan, jangan jauhkan diri kita daripada Allah, hidup akan susah..kalau mengabaikan Tuhan bukan? kebergantungan manusia kepada Tuhan ada di setiap sudut kehidupan,itu hakikat kehidupan yang tidak dapat dinafikan..


Hati ini mudah terasa, mudah berpenyakit, mudah negatif kalau tidak menjaga solat ataupun ibadah..itu pendapat sendiri, walaupun diri ini masih baru belajar dan cuba menyelami kehidupan sebenar seorang muslim.tapi ini yang aku rasa setiap kali benda ni diabaikan. aku pelik kenapa orang yang tidak menjaga solat atau ibadah yang lain tidak merasa susah hati mahupun rasa bersalah??? 


Misi untuk mencari sahabat untuk akhirat perlu dilaksana... ^__^


Wallahualam..