.

.

Archive for 2011-07

tiada kata-kata


posted by BERLINDA IBRAHIM

1 comment


Nota Hati semalam^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Bismillahirahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt..salam sejahtera:-)

Alhamdulillah ..alhamdulillah kupanjatkan syukur kepada Nya, dengan masa dan nyawa yang masih dipinjamkan..dan tangan ini masih cukup sempurna menaip nota-nota untuk blog usang ...

Mata ini masih belum mahu dilelapkan, sepatutnya masa lebih diluangkan untuk (dating) kan..^__^ lagi bermanfaat dan sangat bernilai untuk kita sebenarnya..huh itu namanya kemanisan beribadah di waktu malam ,cuba try test hehee ..insyaAllah semoga jiwa-jiwa kita 
ini terus dididik dengan asuhan kasih sayang untuk mengenal Tuhan semesta alam.

Wahh...panjang intro nampak.selepas menelaah buku—buku ilmu akhirat memang keinsafan itu menyelebungi diri, memang macam tu bah kan :-)..rasanya saya sudah tahu rahsia para blogger yang hebat pada penulisan dalam blog, yang juga boleh menyentuh hati dan minda pembaca..sentuhan ayat-ayat dari hati yang cukup memukau pembaca.sebab ayat-ayat itu  datangnya dari hati nurani yang bersih dan tulus ikhlas yang memang bukan suka-suka menulis/ menaip untuk disampaikan..

Senang cerita jangan hipokrit pada tulisan atau karya sendiri.mati besok semuanya akan ditanya Dalam hidup ini banyak lagi saya kena belajar dan salah satunya kedaifan ku pada ilmu agama..kena usaha lebih untuk dapat lebih kan :-) perjalanan mengenal agama Islam panjang sangat ceritanya, diringkaskan cerita memang bermula dengan zero (0..0) setiap pahit manis perkara yang salah lalui memang telah dicatatkan dalam buku-buku usang sejak zaman sekolah lagi.. diteruskan sampai ke hari ini^_^

Memang seronok ada diari kan?pen kini bertukar kepada keyboard dan sekarang bertukar ‘teman’ baru..laptop inilah menjadi penyimpan segala rahsia dan cerita kehidupan.bukan juga semua dicatatkan (jangan lupa letak password) safety first heheeJ ..yang mana saya rasa memang ‘ngam’ .saya akan buat nota-nota sendiri ..esok lusa di masa tua boleh bacakan untuk anak-anak ..ha ha ha jauh sungguh berangan :-D

Bila buka balik buku nota-nota yang dulu ,memang rindu sangat pada majlis-majlis ilmu.Dengar tazkirah daripada kawan-kawan,ustaz dan ustazah (seangakatan dengannya) senyum sendiri pun ada..baca nota dengan tulisan yang comot ..hahaa
Menulislah selagi mampu, catatlah selalu nota-nota ilmu  sebab otak ni memang boleh hang juga kalau mahu ingat ilmu-ilmu yang dulu kita belajar ..iya kan? Kena lagi sekarang dengan macam-macam jenis virus huhuu..:-D syok sendiri..ok itu saja nota untuk hari ini.

Wassalam

01.24 AM  

Nota hari ini ^_^


posted by BERLINDA IBRAHIM on ,

1 comment

comeiiiii....( gambar hiasan ) pakcik google bagi..:D

Assalammualaikum wbt..salam sejahtera ^__^

Dewasa kini..cewahh..kebetulan mood dalam keadaan yang tidak stabil, jadi membuang diri ke sini..yeahhh!!! :-D blog yang semakin usang... 
 
Banyak sungguh perkara terabai sejak pindah tempat kerja,kerja memang sibuk dan menyibukkan diri sendiri.ehehee..( ketawa sopan ):-D balik rumah pun lambat, buku-buku menunggu dihabiskan untuk dibaca.nampaknya cita-cita mahu jadi ulat buku sudah terbantut.huhuhuuu...:D 

Majalah solusi yang nipis itu pun payah sudah untuk diselak.sampai rumah memang tiada mood untuk melayan telefon atau buka laptop.sebelum tidur memang untuk 'landing time'^____^.Yes!!aktiviti malam sudah berjaya dikurangkan..bagus juga untuk mata yang tidak sihat ni. hehee..buang tabiat buruk tengok movie, online, main game..memang aktiviti tidak sihat untuk  fizikal dan mental :-) kalau kadang-kadang tue tidak apa..hehee

wahhh..saya sudah jadi makcik! exited konon...beberapa hari lepas anak buah sudah balik dari KL, cucu sulung keluarga bah pulak..memang orang rumah tidak sabar menanti kepulangan si kecil tue.Mak pula teruja untuk jadi baby sitter baru..:-D sejak ada si kecil tu memang meriah sikitlah rumah.. abah pula, jadi datuk  mithali hahaa adakah istilah tue..pagi-pagi lagi berketuk buat pagar depan pintu ..safety 1st abah cakap..hehee..

Alhamdulillah bertambah ahli baru dalam keluarga..semoga kebahagian keluarga milik kita semua ameen...

Si kecil yang bertuah

Wassalam



 

Yakinlah pada janji Allah.


posted by BERLINDA IBRAHIM on , , ,

3 comments


Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah..Setelah berhari-hari baru ada masa update blog.semoga kelapangan masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.ameen..

Alhamdulillah ..Alhamdulillah..^____________^ gembira yang tidak dapat digambarkan.
Terima kasih ya Allah bagi hamba Mu yang kerdil ini untuk terus menimbah ilmu..
terasa sangat kerdil untuk bakal menjadi pelajar universiti..insyaAllah, ada masa dua bulan lagi untuk persiapkan diri untuk menempuh rutin kehidupan yang baru.

Terima kasih Mak ayah yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan ku. kepada akak & sis yang sentiasa memberikan sokongan, kakak-kakak yang dikasihi dan cintai kerana Allah. kalau boleh mahu saja aku kongsi berita kegembiraan ini dan peluk kalian semua:') penantian selama setahun lamanya memang banyak mendidik jiwa..bersangka baik dengan Allah, yakinlah pada janji Nya.

Walaupun sahabat-sahabat yang lain sudah lama menjejakkan kaki ke menara gading..setiap orang Allah bagi rezeki masing-masing. kini aku menyusuri langkah kalian untuk mara ke hadapan bersama kalian..semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya.insyaAllah...


Ujian demi ujian..dihadapi dengan sabar dan ketabahan,bersandarkan sekecil-kecil iman..nikmatnya sukar untuk diungkapkan setelah menghadapi pelbagai rintangan,akhirnya Allah makbulkan.yakinlah pada janji Allah, bersabarlah..bersangka baiklah pada Nya.semua ujian itu adalah didikan buat jiwa kita..
setiap baik buruk berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya..nikmat yang ada sekarang pun tidak terhitung oleh kita..setiap nikmat atau pemberian Nya juga satu amanah yang perlu dipikul oleh setiap orang..semua terpulang pada diri kita..

Wassalam




Kita diBersihkan!


posted by BERLINDA IBRAHIM on , , ,

No comments

Bismillahirrahmannirahim...


Assalammualaikum wbt...
Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kelapangan dan kesempatan untuk menulis nota-nota kembali di blog ini.Rindu pula rasanya membebel disini hehee..keterbatasan masa yang saya ada memang masa untuk update blog ini sangat terhad ditambah pula dengan kesibukan laptop ini dengan macam-macam aktiviti.agaknya kalau laptop ni boleh bersuara,ia sudah memekik kepenatan:-D sudah menjadi tugasnya diciptakan untuk berkhidmat untuk tuannya kan..^_^

Masih segar dalam ingatan peristiwa 9 julai beberapa hari yang lalu, memang dasyat..sungguh! mereka benar-benar bersemangat. saya pun masih kabur tentang isu ini sebenarnya..post saya di facebook semasa hari kejadian memang tidak menyokong perkara ini berlaku.terus terang saya juga tidak berpihak kepada mana-mana pihak,hanya sebagai pemerhati kecil, sebagai rakyat remaja dan juga umat islam! apa sebenarnya terjadi??...sejak peristiwa itu berlaku banyak sekali  kebencian diluah di laman-laman sosial kita.dan itu yang saya tidak suka..saya tidak suka kepada kekecohan,kebencian yang melampau, perpecahan apalagi dikalangan kita sesama muslim. 

Yang pastinya saya juga percaya peristiwa bersejarah yang berlaku itu ada sebab musababnya tersendiri. sebelum dan selepas kejadian saya hanya sebagai permerhati kecil saja.saya tidak sehebat anda yang berani bersuara dan berjuang sehingga syahid insya'Allah.tidak berani bertindak apa-apa pun. sedar diri dengan kelemahan dan ketebatasan ilmu yang saya ada..dan sampai sekarang masih tertanya-tanya tentang keadaan yang sebenarnya.kepercayaan kita memang tidak boleh diletakkan pada seorang atau sebelah pihak saja.kena bijak dan waras menilai baik buruk yang berlaku.

Sedikit kekecewaan melanda..peristiwa itu turut meragut nyawa, kegansan turut berlaku..siapa mulakan dulu,siapa mengganas siapa?no komen..saya tidak tahu dimana kesahihan berita,masing-masing dengan pendapat dan hujah tersendiri.dikukuhkan dengan pelbagai bukti, gambar,video, dan dalil-dalil qalam Allah lagi lah saya kecut perut untuk bersuara.ada seorang kawan non-muslim tanya.." adakah Islam membenarkan demonstrasi macam tue??" saya malu sendiri..lidah keluh, insyaAllah saya akan usahakan untuk mencari jawapan itu.itu yang saya boleh janjikan, merujuk dengan orang yang lebih pakar.

Semua orang sibuk bercakap tentang BERSIH. pada pandangan saya,lebih baik banyakkan bermuhasabah, bersihkan hati,jernihkan amal ibadah kita kepada Allah .itu pendapat untuk diri sendiri dan kalian berhak untuk ada pilihan dan pendirian tersendiri.bukan mahu bersikap tidak endah, tapi pada fikiran ku dalam diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki dan dibersihkan.apabila ketaksuban berlaku macam-macam boleh jadi saya takut rasa marah dipandu oleh syaitan maka lain jadinya nanti.sedangkan diri ini masih 'kotor' dengan macam-macam dosa,mahu 'bersihkan' orang itu saya masih kurang mampu,nanti mengkritik saja yang lebih.kebencian itu akan membunuh 'kasih sayang' antara sesama manusia.saya yakin islam tidak suka akan permusuhan, sekecil-kecil perkara sehingga perkara besar sebegini,saya yakin islam mempunyai jalan dan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini


semoga kita semua sentiasa dalam hidayah Nya..ameen














Nota Hari ini


posted by BERLINDA IBRAHIM on , ,

No comments

Assalammualaikum ..


Sejak beberapa hari ini memang sangat sibuk,tiada masa untuk update blog.
terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang baru kerana sudi menjadi sahabat blog ini,juga kepada yang sudi singgah walaupun sekejap hehee,letak iklan dalam 'shoutbox' pun senyum sajalah..:-)


Kebelakangan ni,banyak terserempak dengan senior-senior lama, junior dan kawan-kawan seperjuangan dulu.perasaan bercampur baur,'transformasi' banyak berlaku kepada mereka. apa yang menyedihkan perubahan yang tidak disangka-sangka, yang dulunya bertudung labu kini berubah tanpa sehelai kain pun di kepala,lain lagi rambut ditambah dengan 'warna'.Astagfirullahalazim..kemana hidayah mereka buang:'-(


Saya hanya mampu berdoa, semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. Moga-moga saya terus diberikan kekuatan dan istiqomah di jalan ini.hati ini memang sakit sangat bila tengok kejahatan apalagi keruntuhan akhlak saudara sendiri.malu pun ada..kenapa mereka boleh berubah sampai macam tu sekali?? pengaruh 'moden' ini memang tidak dapat disangkal lagi.


sebahagian kawan yang terjumpa dengan saya siap 'cover line'.saya senyum sendiri..hahaa saya bukannya malaikat pencatit kebaikan..tidak tahu apa yang mereka fikir.saya belajar daripada kehidupan semua orang bagaimana bawa diri kita secara berhemah dengan menjaga nilai-nilai murni yang diterapkan dalam islam itu sendiri.kita berubah tidak cukup hanya dengan berkata-kata, cakap kosong namanya..saya pun masih lagi dalam proses memahami dan mempraktikkan Islam itu secara pelahan-pelahan.kalau secara drastik memang payah untuk jadikan tabiat kita, bermula dengan langkah pertama dahulu untuk sempurnakan langkah seterusnya..


Wallahualam..