.

.

Archive for 2011-02


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Aku tidak lah pandai mengayat seperti blogger2 yang lain..
dengan rasa rendah diri ni ..huhuu...
tapi rasa sangat bersyukur sebab dipertemukan dengan insan2 blogger yang 'sayangkan islam' tu..yang sentiasa bersemangat memperjuangkan islam tercinta..
walau tidak pernah bersua..sahabat2 di alam maya^_^ terima kasih buat anda semua..
di atas segala perkongsian ilmu yang diberikan..


*** pengakuan berani mati ni..
hehee...aku lah pembaca blog kalian yang paling setia..hehee..fb dah pn di anak tirikan sudah:-D
tapi..aku pun pilih blog juga..kalau yang banyak merapu ..singgah tak lama:-),kalau yang 'isinya bermanfaat' untuk aku..ok aku tolong jadi follower yang setia..^__^


sejak jadi 'tukang tengok blog' orang ni..macam2 cerita..sampai pening kepala dibuatnya..
lebih-lebih lagi dalam dunia politik semalaysia ataupun sedunia...
aku bukan penyokong atau pembangkang mana2 pihak:)
tidak berani menyatakan pendapat apa2..just jadi 'tukang baca'
bukan teRpelajar pun..spm pun tak lepas..hehee..
kadang2 timbul pelbagai persoalan di benak otak ku ni:)
sampai sekarang tak terjawab2..expire dah dalam peti soalan:D


 Dan kebanyakannya mereka tidak menuruti melainkan sangkaan sahaja,(walhal) Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menetukan sesuatu daripada kebenaran ( iktikad); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
[surah Yunus:36] 

itu lah sebaik-baiknya..berhenti dari perangai buruk sangka...


ok..sudah..**tiada juga orang tengok blog kau..huhuu


ini dari hati yang tulus ikhlas..^__^ mengharap bimbingan dan sokongan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati ..insyaAllah..
itu yang aku tengah usahakan sekarang..
al maklumlah ..aku bukan dari keluarga yang ditarbiyah..**betul kah istilah tu??:)
sekolah pun tak tinggi mana...oh sorry aku bukan mualaf
sedihnya bila dilabel begitu..yalah pelik kot nama ku si Berlinda ..


aku berdepan dengan masalah ..memang perlukan bantuan!
di tempat kerja mahupun di rumah...terpaksa berdepan dengan orang yang daif ISLAMnya..
bermacam2 soalan ku terima dari seorang muslim tapi hilang 'islamnya'..dari seorang yang tiada agamanya(pagan), tidak kurang dari orang yang bukan muslim, mualaf .dan yang paling sedih bila kita berjumpa dengan orang yang telah belajar,sudah di ajar, terpelajar, semualah...tapi sayangnya mereka buat2 tidak tahu agama..tahu tapi tidak buat.
tahu dilarang tapi dibuatnya juga,.huhh..


nasib baiklah ada insan2 yang sentiasa membantu memberi semangat dan motivasi..
ada pula orang2 yang dikatakan 'soleh' dan 'solehah' (pada pandangan mata lah) tapi pandang kita sebelah mata saja..apa lagi orang yang kurang 'soleh'nya..hehee
kalau tak ber'Title Mahasiswa or mahasiswi..(siapa lah kau untuk aku kenal)tiada maknenye....huhuu ..
macam mana nak berdakwah..bagilah perhatian sikit kepada orang yang bermasalah mencari jalan sepatutnya..bukan mencari salah silap sesiapa..
orang cakap 'jangan jaga tepi kain orang' ^__^


ehh..rajin pulak aku menaip hari ni...
sudah lah...


ini lah kerja ku..depan laptop memanjang..memang tak sayang mata ~_~"


STOP!! ok..ok..


wasalam..





























saya setuju!


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH S.W.T? Yakinlah... andai kita mendekatkan diri pada-NYA, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.


Berhentilah berbicara tentang kegagalan lalu. Biarkan masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk melakarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.






By : iluvislam.com


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments

Inilah akibatnya kalau kita abaikan Dia..

keadaan semua tidak tentu arah...
serabut hidupku tanpaNya..fuhh...


Dia jugalah yang terbaik..tidak pernah buat aku rasa sunyi dengan ketenangan..
Dia sentiasa buat aku rasa cukup dengan apa yang ada, aku dan Dia tidak pernah rasa jauh,
aku perlukan Dia sangat2..kalau Dia tiada hidupku jadi huru hara..
bila sudah rapat dengan Dia..aku selalu mendapat perhatian Nya di mana2..
Dia tidak pernah buat aku kecewa...Dia lah juga teman baikku seumur hidup...
Fuhh..aku rindu sangat2..Aku minta maaf selalu melanggar perintah Mu..

memang  aku tiada 'sahabat' yang baik2 kah?
kenapa semua orang yang aku jumpa pentingkan diri sendiri..
sehingga aku rasa bosan melihat kebaikan yang tunjukkkan pada ku..:'(
sehingga aku rasa penat untuk menjaga hati semua orang ..

adakah orang yang aku jumpa menggambarkan bertapa buruknya sikap dan perangai ku??

berperang dengan perasaan sendiri...

orang yang aku jumpa kebanyakannya yang mahu dipimpin ...
bila kah pula masa ku untuk dipimpin orang lain ..
yang boleh mengajarkan aku erti hidup sebenarnya yang berlandaskan syariat Allah ..
dan panduan dari Nabi agung kita..



coretan hari ini..


posted by BERLINDA IBRAHIM on

No comments



Salam...


rasa sunyi di tempat kerja ku..fatin dgn fifie sudah resign minggu lepas..
sunyi pula aku di sini..lepas ni siapa pula jadi teman kerja ku...siapa lagi aku 'train' nanti..
terlintas di fikiran ku ..bila pula aku tinggalkan tempat ini??


memang aku sudah rasa selesa dan serasi di sini..tapi aku kena fikir soal masa depan ku..
aku mesti sambung study ..kalau memang tiada peluang masuk IPTA tahun ni ..
biar lah IPTS sekali pun..itu lah matlamatku selama ini ,itu juga aku usahakan ketika belajar form 6 dulu..
itu juga harapan ibu dan ayah ku ..ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya..
InsyaAllah mak ayah ..aku akan kotakan janji ku untuk gengam segulung ijazah ..:')
semoga dipermudahkanNya untuk tahun ini..:-)
dengan sokongan padu dari orang-orang tersayang^_^


..Dan hari ni awal balik kerja..yes!!..


lepas ni kena buat cermin mata ...kritikal dah mata kanan ku ni..
inilah satu-satunya harapan ku..huhuhuuu..
tadi online cari tentang penyakit mata...jumpa ni 
http://pakarmata.com/malay_glaucoma.html

kepada yang rasa-rasanya ada masalah mata..baik pergi jumpa Dr awal-awal..
jangan jadi macam aku ni..kebanyakan penyakit mata tidak dapat dirasa pada peringkat awal..
"mencegah lebih baik daripada mengubati"^____^





itu saja untuk hari ni ..sambung esok..
wassalam..