Kau dan aku berbeza


Kau dan aku sudah berbeza

Dulu kau teman baik ku..
Kini kau tetap yang terbaik untukku..
Tapi aku bukan lagi teman baik mu

Kita sudah berbeza..
Dunia aku hanya di sini..
kau pula berada di tempat yang indah-indah..
bersama teman baru yang cukup mesra

Dulu kita kongsi segalanya..
Kini kau semakin berahsia..
Sehinggakan aku segan untuk meluah ..
Siapalah aku yang tiada apa-apa

Dulu kita berkongsi rasa ..
Tidak kira sakit atau gembira
Kini aku hanya memendam rasa..
Senyap itu lebih untuk kita
Dulu kau cukup jujur dengan aku..
Kini aku rela tidak percaya
Daripada ditipu bermacam helah
Menanggung pelbagai rasa

Tidak apa
Aku sudah mengalah..
Buang rasa tidak percaya
Kembali meraih saat-saat indah..
Tapi aku hampa akhirnya

Aku masih rindukan kau seperti dulu
Tapi hanya memendam rasa..
Aku lihat kau semakin bahagia di sana..
Aku mengundur diri sebagai teman baik mu..

Hapuslah segala kenangan terindah
Tiada lagi suka duka bersama
Kau dan aku sudah berbeza

dari teman mu..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.